Friday, October 16, 2015

Berdua

Ku masih ingat lagi kali pertama memandang.
Kata orang 'love at the first sight'.
Tanpa sebarang rencana insan, hanya rencana indah drp Tuhan.

Sekadar meneman abang ke medan selera di kuantan parade, sambil2 bertemu dgn makcik2, akak2 dan kenalan2 lama, tempat pernah aku meraih rezeki suatu ketika.

Lalu muncul dia.
Sepintas lalu.
Dan aku hanya sempat merakamnya dihujung mata.
Dan hanya beberapa saat yg sederhana itu sudah cukup membuatkan aku termanggu,
Mungkin kerana itu mahu Tuhanku, penggerak buatku utk episod hidup mendatang; hari ini.

Dan itu juga mungkin menjadi salah satu faktor utk ku kembali ke medan selera itu, sekali lagi sebagai pekerja.
Sekali lagi berkhidmat untuk pakdin & cikpuan.
Dan kerana menurut Tuhanku rezekiku masih disitu.

Dari hari pertama hingga ke suatu ketika, tak pernah ku mencuba untuk mencuri lihat jelas wajah itu. Entah kenapa, malu mungkin, atau mungkin juga aku fikir ia tak mampu bertukar  menjadi cerita indah, jadi seeloknya biarku diam saja.

Pelik.
Semakin cuba tidak diendah, cuba dilupakan,
Makin kuat pula perasaan yg datang.
Berkali dalam sujudku pohon dihapuskan saja perasaan yg datang ini jika di akhir cerita hanyalah mimpi yang mengecewakan.

Tak mudah uñtuk meluah perasaan pada seseorang yg kita tidak pasti apa perasaannya terhadap kita.
Besar juga risikonya:
Bagaimana jika tertolak? Bagaimana hari2 selepas itu? Bagaimana harus aku bereaksi? Apa pula reaksinya?

'What if tomorrow never comes'
Lalu aku mulakan dgn menyampaikan mesej melalui sekerja sebagai mediumnya. Responsnya kosong. Jual mahal!

Cuba untuk mendapatkn nombor telefon bimbitnya drp rakan sekerja.
Berjaya. Yes! Berbunga jiwa!

Sms pertama seingatlupa aku adalah berupa mutiara kata.
Balasnya bertanya, siapa ni?

Kemudian masa pun berjalan panjang,
SMS kami sekadar sahaja,
Separuh purnama sekali SMS mungkin, atau bila hanya di hari2 besar seperti hari raya, sekadar mengucap selamat dan bertanya khabar, patah kata yg tidak panjang.
Sekadar utk menyatakan yang talian itu masih wujud.
Bersua muka tak sekali.

Setelah 7tahun tolak campur Akhirnya bersatu.

11.12.15
Terima kasih Allah,
Terima kasih cinta

Tuesday, December 16, 2014

PLUVIOPHILE.





Pernah sewaktu di Perak dulu, aku bangkit pada jam 3 pagi semata nak main hujan.
Berjalan perlahan di kawasan taman, seketika berdiri diam, membiarkan saja ia membasah. Menikmati titis2 hujan yg turun mengikut sukat aturan tuhan, menyubur alam (QS.43:11).
Sengaja ku pilih malam, kerana jika di siang hari mungkin akan dikata gila, kurang siuman. Manusia.
Jika diwaktu kecil alasannya kerana kita masih kecil, maka bermain hujan itu adalah normal. Bila sudah dewasa bermain hujan secara terang itu dilihat orang maka kurang senang. Jadi, sekarang untuk bermain hujan itu perlukan waktu yg terlindung drp awam.

Aku begitu suka pada hujan, seperti ada perasaan yg unik dan sensasi bila mana titis2nya menyapa kulit, ada rasa bahagia yg sukar utk dicerita. 
Mungkin kerana pada hujan itu adalah rahmatNya,
Dan malaikat2 yg ditugaskan keatasnya.
Dan doa yg mustajab pada waktu turunnya ,
Juga pada kisah Rasulullah dalam melazimi hujan;

[rumasyo.]
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami pernah kehujanan bersama Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyingkap bajunya hingga terguyur hujan. Kemudian kami mengatakan, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan demikian?” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى
Karena hujan ini baru saja Allah ciptakan.”
An Nawawi menjelaskan, “Makna hadits ini adalah hujan itu rahmat yaitu rahmat yang baru saja diciptakan oleh Allah Ta’ala. Oleh karena itu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertabaruk (mengambil berkah) dari hujan tersebut.”
An Nawawi selanjutnya mengatakan, ”Dalam hadits ini terdapat dalil bagi ulama Syafi’iyyah tentang dianjurkannya menyingkap sebagian badan (selain aurat) pada awal turunnya hujan, agar terguyur air hujan tersebut. Dan mereka juga berdalil dari hadits ini bahwa seseorang yang tidak memiliki keutamaan, apabila melihat orang yang lebih berilmu melakukan sesuatu yang ia tidak ketahui, hendaknya ia menanyakannya untuk diajari lalu dia mengamalkannya dan mengajarkannya pada yang lain."
Dalam hal mencari berkah dengan air hujan dicontohkan pula oleh sahabat Ibnu ‘Abbas. Beliau berkata,

أَنَّهُ كَانَ إِذَا أَمْطَرَتِ السَّمَاءُ، يَقُوْلُ: “يَا جَارِيَّةُ ! أَخْرِجِي سَرْجِي، أَخْرِجِي ثِيَابِي، وَيَقُوْلُ: وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاءِ مَاءً مُبَارَكاً [ق: 9].
”Apabila turun hujan, beliau mengatakan, ”Wahai jariyah keluarkanlah pelanaku, juga bajuku”.” Lalu beliau membacakan (ayat) [yang artinya], ”Dan Kami menurunkan dari langit air yang penuh barokah (banyak manfaatnya).” (QS. Qaaf [50] : 9)”  

Friday, November 7, 2014

Hashim's School of Hope

Sebuah cerita yg menumbuk rusuk, menampar pipi berkali-kali, serta menabur habuk ke mata yang terbuka.

Cerita Jihad seorang pelarian perang.

Moga Allah mencurah rahmat dan berkat yg melimpah buat bro.Hashim dan mereka yg membantu beliau.


Video:




p/s: Apa sumbangan, juang dan usaha yg telah kita buat dijalan Allah?

Thursday, November 6, 2014

Kopi, kertas dan pena

Malam menghampiri minit pertama pagi, cuba mengeras mata untuk tidak lena, melawan fitrah insan biasa.
Malam ini harus kuat, menatap lembar2 nota dgn harapan minda ini lebih kreatif memujuk jari bersama pena menari, berharap kemudahan utk esok hari
Dan secawan kopi sebagai additive dlm usaha utk terus jaga. Kesannya entah benar atau sekadar cerita. Cuba saja.
Dan sempat lagi mencoret disini.
Ok cukup.

Wednesday, March 26, 2014

MH370: Ujian buat semua

Peristiwa MH370.
Tragedi yg berlaku untuk menguji.
Ujian yg bukan sahaja pada keluarga mangsa, tapi juga pada pemimpin negara, juga pada seluruh rakyatnya..kita semua.

Ujian kehilangan yg tersayang buat keluarga mangsa, menguji rasa sabar dan mengajar reda.
Juga medan uji buat pemimpin, mmberi gambaran pada dunia akan bagaimana kepimpinannya, bagaimana beraksi ketika saat genting.
Dan ujian juga buat kita, bagaimana kita mencerna berita dan menyebarnya.
Ada yg memilih utk berdiam dan tunggu..mereka tahu yg memastikan sahihnya berita itu perlu.
Dan ramai pula yg memilih utk mengutip segala sumber tak kira salah benarnya, lalu menyebar pula ia..berlumba seperti aku serba tahu segala.
Pakar2 penerbangan segera pun muncul, dan teori2 konspirasi juga bak cendawan selepas hujan, mendidik minda utk menjadi paranoid, lupa mengejar pada apa yg sebenarnya perlu.

''Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.'' QS: Al-Hujraat (6)

Sunday, March 23, 2014

Kuala Lumpur lagi.

Kembali ke Kuala Lumpur.

Sudah hampir tiga bulan.

Meninggalkan Pekan kecil Pontian, meninggalkan teman-teman,
Menghasil coret2 kenangan, sekeping lagi cantuman pada kepingan2 kisah hidup.

Apa pun, di sini sudah kembali aku. Sekali lagi kembali mencorak kanvas hidup di kota Kuala Lumpur.
Moga warna2 corak ini lebih mendekat aku pada-Mu tuhan.

Thursday, December 26, 2013

Battles.

Everyone has their own battles to fight.

Seperti mana mereka, ku juga sama.
Berperang hingga jatuh rebah berdarah,
Kemudian bangun bertongkat, terus melawan.
Doa semangat yg bersisa itu tinggal satunya senjata.
Perisai sabar dan redha itu sudah beribu calar, moga masih lagi mampu bertahan lebih panjang.
Berperang,
melawan perasaan, menerima keadaan, melawan musuh yg nyata, melawan yg bertentang.

Kepenatan, kekadang ku membuta hayunkan saja pedang tekad.
Tak henti jiwa bermandi keringat.

Syurga itu seperti masih jauh.

Mohon dgn sangat,
Mohon dgn sangat,
Mohon agar ku bersama mereka
Terbang bebas bersama burung2 hijau disana.

Friday, December 20, 2013

Mesin kembara masa

Katanya, setiap kita punyai mesin kembara sepantas cahaya.
Dan katanya lagi, ia bisa membawa kita menyelusuri ke pelosok angkasaraya.
ia mustahil, kan? Sekadar angan yang terlebih melimpah ruang.
Bagaimana mungkin?

Katanya,.ia adalah dua mata,
hadiah yang hebat daripada sang Pencipta.

tak mustahil.


Tuesday, September 3, 2013

Aman.

Aman itu bukan di hutan.
Atau di bukit atau lautan.
Aman itu tenang.
Damai walaupun dalam ramai.
Tidak resah atau gelisah, walau bingit telinga menadah ribuan cemuhan atau carutan.
Aman itu pada hati yang selalu mengingati Tuhan.


''Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang'' - QS: Ar-Ra'd (28)

Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan di Selatan.

Selamat menjalani ibadah puasa. Moga stiap amal kebaikan kita bernilai disisiNya.

Sudah hampir 3 bulan ku di selatan.

Buat 3bulan yg pertama ini..
hidup di sini ku akui tak seceria seperti di Manjung dulu,
tak ada teman2 bersembang atau bersiar dihujung minggu.
Ku tinggal berseorangan di rumah sewa, lagilah bertambah sunyinya =.=
Jiran2 seperti mempunyai kehidupan mereka sendiri tanpa mencampuri sekitarnya, ku pun juga sama.
Kekadang cuba juga bercakap dengan dinding, kot kot dinding membalas balik.
Ya, balasnya gema.
Kini ku hanya mampu menyembunyi sunyi itu dengan melayan fb, atau cerita anime di laptop.
Cuba mencari gedung buku disini tapi tak ketemu.
Tapi, slalunya balik ku pun sudah lewat maghrib, ku terus saja lena usai isyak memandangkan tiada aktiviti yg mampu ku lakukan selain melayan laptop.

Ditempat kerja juga tiada yg boleh dianggap sebenar teman, cuma sekadar rakan sekerja.
Mungkin kerana dalam team ku ini hanya ku saja yg berbangsa Malaysia,
kerana berbeza bahasa dan budaya mmbuatkn kami kurang enjoy bila bersama,
hanya sekadar ketawa 'buat' dan senyum nipis.

Ramadhan kali ini, yg pertama buatku di selatan.
Tahun lepas di utara, dan dua tahun lepas di barat kl.

Dan ramadhan yg kali ini, membuatkn ku banyak terfikir akan ramadhan2 yg lalu.
Ramadhan yg mana yg paling ku enjoy, yg mana yg paling ku usaha ditahap maksima.
Kerana ramadhan yg kali ini ku rasakan seperti agak biasa.
Bukanlah salah ramadhan, kerana ramadhan sentiasa sama,
mungkin ku yg mnjadikan ia biasa.
Rasanya seperti berjalan atas garisan lurus yg kosong.
Mungkin kerana kepenatan bekerja, menjadikan seperti tiada jiwa.

Ramadhan yg masih bersama ini,
masih ada ruang utk ku cuba menjadikan ia lebih makna ku harap, InsyaAllah.
Bukan semua insan yg berkesempatan bertemu ramadhan.
Jika mensia-sia yg kali ini, yg akan datang tidak pasti. Kerana ajal boleh jadi bila2 masa.


p/s: Ku suka pada langit malam disini, pada bulan dan bintang2nya.