Monday, September 24, 2012

Cerita dua sahabat.

Ada Dua yang selalu menemaniku bila sendiriku di kamar,
Yang menjadi teman bualku, yang menjadi penasihat baik ku :)

Ku akui ia agak tidak sihat jika selalu bercakap pada cermin yg tiada jiwa dan nyawa :)
Boleh jadi orang akan mengatakan ku ini seorang yg gila akal :D
Tapi ku slalu berbual dengannya; pada cermin almari di kamar.

''Wahai cermin biasa, cermin yang tiada kuasa, siapakah yg paling awesome?.'' :D
Lalu dia menunjukkan diriku, dan membuatkan ku tersenyum sendiri.
Dia adalah teman yg sentiasa optimis bila ku optimis,
dan boleh juga menjadi pesimis bila ku pesimis.
Tidak pernah dia berbohong, sentiasa menunjukkan diriku pada diriku.

Dan teman ku yg lagi satunya bersegi empat,
Padanya ku jumpa semua siapa yg ku mahu,
Padanya ku cedok cerita, nasihat dan ilmu:
Pada AlQuran, buku dan kitab.
Sungguh, Kalamullah itu benar tak pernah gagal memberikan ku rasa semangat.
Dan jika hari ini ku rindu Rasulullah, lalu temanku itu menceritakan padaku sirah Nabi Allah itu,
Dan kemudian ku ingin berjumpa dengan AlGhazali,
lalu dalam lembaran tulisan beliau ku temui
Atau pun Jika ingin saja mahu dinasihati, lalu dibawaku pada Sheikh kadir Jailani, atau pun asSya'rawi,
Atau Ingin merasa kuat, meniup semangat jihad..
Lalu ku dia bacakanku sirah sahabat.

Sahabat - sahabatku itu yang agak pelik dan hebat :)
Dan kerana begitu susah mencari sahabat seperti itu dikalangan insan,
Dan ku masih mencari.

Sunday, September 23, 2012

Ku ingin menjadi bintang syurga.




Ku suka merenung pada langit malam,
Melihat indah ciptaan Tuhan.
Selalunya..ku akan memilih diantara berjuta itu satu bintang untuk melambangkan ia sebagai diriku,
lalu ku pilih yg paling malap di sisi sang bulan yang terang.
"Suatu hari nanti kau harus bersinar.'' janjiku pada diri.
Dan kalau tidak bersinar di langit dunia, masih tak mengapa.
Pastikan bersinar di syurga.

Esoknya, ku lihat ia berteman dengan lain bintang di langit malam,
Dan aku masih disini,
Dan juga ku tidak sendiri, walaupun tanpa insan disisi.
Kerana ada yg Maha melihat; Allah tuhanku,
Ada juga Malaikat2Nya di kiri kananku,
Dan makhluk2 kecil itu sebagai temanku. :)

Dan untuk itu, ku bersyukur.




Tuk adam, nek hawa..jauh lagikah utk ku sampai ke kampung halaman kita?
Syurga.

Tuesday, September 18, 2012

Dewasa ini.




"Aku ingin menjadi dewasa."

Itu yg ku selalu monologkan pada hati diwaktu usia yg awal dulu.
Kataku waktu itu, dewasa adalah ertinya bebas.
Dewasa itu boleh berbuat apa saja tanpa halangan.
Dewasa itu penuh dengan gembira dan suka.
Dan usia kecil itu maknanya adalah terkekang.

Dan kini aku adalah dewasa,
Dan rasanya..Seperti mahu saja ku cari mesin masa untuk kembali pada zaman kecil usia.
Seperti ada saja yang serba tak kena.
Terpukul oleh dunia yg seperti tidak bertimbang rasa,
Senaknya membuatkan ku terduduk rebah.
Dan kerana sedar ku ini adalah sebuah perjalanan..lalu ku harus bangkit dan teruskan.
berkali rebah dan bangkit, berulang yg sama.

Fahamkan diri erti sebenar dewasa itu tidak mudah.
Boleh jadi dewasa dan cabaran itu kembar siam yg berlainan acuan mungkin, ia tidak dapat dipisahkan. =.=

Dan kini ku tahu,
Dewasa itu indahnya bukan pada jalan yg dilihat indah,
Dewasa itu..indahnya ada pada susah.
Pada sakit dan rebah..luka berdarah,
Pada bangkitmu ketika kau merasa seperti mahu saja mengalah.
Menempa jiwamu dengan acuan air mata lalu menjadikanmu lebih manusia.
Menjadikanmu dewasa.


Selamat menjadi remaja yang dewasa. :)
Moga menjadi syabab yg berjiwa hebat.






Monday, September 17, 2012

Ku yg bersemangat.

Determination MAX!.

Dari semalam lagi ku sudah membuat keputusan untuk berusaha lebih lagi dalam menyingkirkan title 'pre-obese' yg ku dapat daripada doktor berdasarkan keputusan ujian darah.

So, Ku akan cuba untuk mengawal cara pemakananku,..it's memang agak susa.
dan ku cuba untuk berjalan kaki atau berjogging dalam perjalanan pergi dan pulang daripada VMMP.
Ia tak dekat sebenarnya, lebih kurang 8-10 kilometer juga anggaran kasarnya. =.=

Hari ni bersemangat ku mulakan perjalanan daripada rumahku ke VMMP dari pukul 5.30am,
Tapi ku tak sangka ia akan mengambil masa lebih 1jam =.=, mungkin sebab terlalu banyak rehat dalam perjalanan, 4 kali berhenti di pit stop. Ehe.

Tapi, sebenarnya berjalan kaki lebih relax berbanding berjogging,
Semalam ku balik ke rumah daripada VMMP hanya mengambil masa 1 jam tepat tanpa berhenti,
Berjogging sebenarnya membuatkan jantung mengepam darah dengan lebih laju, sampai jadi pitam, sampai terduduk, terbaring di rumput pinggir jalan..tu la sebenarnya yg berlaku pagi tadi yg menjadikan 4 kali stop. =.=

Dan bila terbaring, baru ku rasa..ia agak indah sebenarnya.
Langit pagi yg bersedia menyambut mentari, Embun yg bersemi pada rumput, Rasanya dingin.
Biarkan apa saja kata segelintir ummat, Ku selesa pada tikar hijau yg menjadi hamparan dunia itu.
Dan bila jantung mula berdegup normal, lalu ku teruskan lagi larian.

InshaAllah, ku akan cuba teruskan.
Demi memenangi The biggest loser competition yg sedang berlangsung sekarang, :DD
dan mengelakkan obes. :)
Tapi, jika dilihat badanku..bukanlah bersaiz besar pun,
 mungkin inilah yg dipanggil 'the hidden fat'

tapi kan...Semua yg ku cuba lakukan ini, walaupun baru 2 hari..
ia memang penat dan memenatkan. =.=

ganbatte kudasai!.

Selamat pengantin baru sahabat - sahabat.

Smenjak dua ni, ku asyik terfikir pasal kawin je =.=
Mungkin terkena tempias daripada sahabat2 yang berkahwin baru2 ni kot :D

Meri & Nik,
Sebenarnya, kalau ditanya pada sahabat2 satu bangku sekolah, mereka juga agak suprise dengan penyatuan dua insan ini. Tapi Allah yg menentukan jodoh kn, so..apa yg nak di'suprise'kn :)
Cumanya, melihat daripada susur perjalanan diorg membuatkan kami rasa suprise dan tersenyum.
Diorg ni adalah dua sahabat ku daripada bangku sekolah rendah lagi, dan nik sebenarnya sepupuku sebelah emak.
Dan, sebenarnya dah agak lama ku tak bersua dengan diorg. Hampir 10tahun.
Habis je SPM, ku berkelana ke kuantan, kemudian ke Kuala Lumpur, dan sekarang di Perak.
Balik ke terengganu untuk beraya pada tahun2 lepas pun, masih juga tak berkesempatan.
Perkahwinan diorg pun ku tak dapat hadir atas sebab accident yg menimpaku.
InshaAllah, nanti akan bersua juga jika diizinkan, mengerat kembali tautan sahabat.

Pokyeop & Hawa,
Seorang sahabat yg hebat pada zaman sekolah sebenarnya dia ni,
Pelajar no 1 di SMKPB pada batch kami.
Selama ku menetap di KL, juga tak berkesempatan bersua muka dengannya,
Khabarnya menjadi jurutera yg berubah kepada profession kepolisan, agak tak hairan, sebab kami memang agak active kat sekolah bersama kadet polis.
Ada satu kisah yg agak lucu antara kami, dan ia bukanlah sesuatu yg elok untuk dicoret disini :)
Smoga berbahagia bersama isteri yeop! :)


Zenny & taufiq,
Zenny ni sahabatku dari bangku sekolah rendah.
Bertahun kami di gossipkan bersama..ahaha!
Thanks to matmin yg mengeluarkan idea yg kurang bernas itu.
Habis je sekolah rendah, dia berpindah ke kuantan,
Last ku jumpa dia dekat megamall kuantan, waktu tu ku baru jugak menjejak kaki di kuantan.
Dia masih kelakar dan bising seperti dulu.

Dan Sahabat2 yg lain yg mungkin sudah beranak bercucu, :)


Honestly, tak satu majlis sahabat pun yg ku hadir dari dulu sampai sekarang,
even sudah dibuat 2kali reunion, ku masih juga tak berkesempatan untuk hadir.
Mung nim kori, busy supe tokei doh2! =.=

Maaf sahabat2,
Diantara 1 wish dalam list adalah untuk bersama kalian lagi dalam majlis yg penuh senyuman dan bersama mengimbau nostalgia,
tapi, mungkin belum berkesempatan lagi,
komitmen urusan dunia slalu menjadikan kita sibuk dan lupa.

Dan kalian,
jangan lupa doakan juga untuk ku :)
Dan ku slalu doakan kalian, Moga dirahmati Allah.

Dan, jika tidak lagi berkesempatan bersua didunia,
Di syurga kita bersama, inshaAllah.
Janji, kalian harus berusaha ke sana, dan ku juga sama.

Friday, September 14, 2012

Ghurabaa'.

Pernah dengar alunan nasheed drp sheikh Yaser Brijas? - Ghurabaa'
Apa itu Ghurabaa'? siapakah ghurabaa' itu?

Ghurabaa' tu adalah 'orang asing'

Mereka ni ummat akhir zaman yg kerjanye berjuang untuk islam  tak kala yg lain leka dalam lalai.
Mereka ni tak hirau apa org cakap..mujahadah mereka tinggi pada jalan Allah.
Dan apabila mereka yg lain melihat kepada golongan ghurabaa' ni mereka rasa pelik, mereka dilihat asing.
Apa yg mereka pakai, apa yg mereka buat..segala sunnah yg cuba ditegak..golongan ramai akan melihat ia sebagai suatu yg pelik.


Rasullah SAW bersabda :

Islam bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali dalam keadaan dagang. Maka  (syurga) kepada para pedagang

Para sahabat bertanya kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Siapakah para pedagang itu.

Di dalam riwayat Imam Tirmidzi menyebut, Rasullah SAW bersabda: Iaitu golongan yang menghidupkan kembali sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia.

Di dalam riwayat Imam Ahmad dan Tabrani : Mereka ialah suatu kaum yang kecil di kalangan kaum jahat yang ramai di mana orang yang menentang mereka lebih ramai dari mentaatinya.

     

Dari Abu Hurairah R.a, bahwa Rasulullah S.a.w bersabda:

 Pertama kali muncul, Islam dianggap asing (gharib), nanti dia akan dianggap asing lagi seperti awalnya. Maka, beruntunglah orang-orang terasing itu. (HR. Muslim No.145. Ibnu Majah No. 3986. Abu Uwanah dalam Mustakhraj No. 221. Ath Thabarani dalam Al Awsath No. 7493, dari Abu Said Al Khudri. Al Qudhaâi dalam Musnad Asy Syihab No. 982, dari Ibnu Umar. Abu Jaâfar Ath Thahawi, Musykilul Atsar No. 588, dari Anas bin Malik )


Dalam riwayat lain, dari Abdurrahman bin Sannah R.a,   dia mendengar bahwa Rasulullah S.a.w bersabda:

      
Pertama kali muncul, Islam dianggap asing (gharib),  kemudian dia akan dianggap asing lagi seperti awalnya. Maka, beruntunglah orang-orang terasing itu. Ditanyakan: Wahai Rasulullah siapakah ghuraba itu? Beliau menjawab: Orang-orang yang melakukan perbaikan ketika manusia merosak.(HR. Ahmad No. 16094. Ibnu Baththah, Ibanah Al Kubra No. 30, dari Abu Hurairah. Alauddin Al Muttaqi Al Hindi, Kanzul Ummal, No. 1201. Dishahihkan oleh Syaikh Al Albani, lihat As Silsilah Ash Shahihah No. 1273 )


Hari ni dah boleh dilihat akan perkara ni.
Apabila sesuatu yg baik cuba dilakukan, ditonjolkan..ia dilihat pelik.
Umat islam itu sendiri seperti malu menonjolkan identiti islam mereka, cara berpakaian yg sebenar, cara kehidupan mereka.
ramai kini lebih suka pada pakaian keduniaan, cara hidup yg tidak berlandaskan islam. mereka sukakan kepuasan dan kecantikan yg takkan kekal, suka pada pujian manusia.

lihat saja pada mereka yg tidak bertutup aurat..kita seperti lali, seperti ia bukan lagi kesalahan yg harus dipandang, dengan wanita yg tak menutup aurat dengan sempurna, lelaki pun sama dgn slua pendeknya. kita seperti tidak merasa pelik dengan smua ni.
Tapi, Bila ada yg berserban berjubah atau berpurdah, atau yg cuba mengamalkn sunnah..mata2 manusia akan tertumpu, seperti itu suatu yg bukan kebiasaan zaman.


So guys, Let's be a Ghurabaa'.
Jalannya tak mudah,
Mujahadahnya perlu tinggi melangit.
Tapi Allah sentiasa membantu org2 yg cuba menegakkan jalanNya inshaAllah.
Moga sesama kita termasuk dalam golongan yg diredhai Allah. 

A friend that's who I need.

 Puisi ini, bukanlah coretanku,
tapi ia benar seperti apa yang ku ingin sampaikan.

I've still been searching
And long have I waited
For someone to like me as me
To laugh with, To cry with
To be just beside with
A friend that's who I need
To fight with, Make up with
To know that you need them
Believing that they need you, too
To walk hand in hand with

To argue to talk with
A friend that's who I need

And even though
I make mistakes
And never do anything right
A smile, a hug
Can change all that
And everything will be alright

Someone who'll share
All my dreams and ambitions
Someone who'll love me as me
I need this person
Someone to rely on
A friend that's who I need

A friend that's who I need

  
credit to: dr.maza.

Monday, September 10, 2012

Emosi cinta pada jiwa.

Dunia,
ia takkan pernah senang atau menyenangkan.
Kalau pun senang, ia takkan berkekalan.
tapi,,itulah dunia dan lumrahnya.
Kerana yg penuh menyenangkan itu hanya di Syurga,
yg indahnya kekal selamanya.
Hadiah kepada si pencinta dari sang Pencipta.

______________________________________

Dah hampir 5 bulan ku di Perak,
5bulan yg penuh dengan pelbagai rasa.
Rasa yg datang dari sebab ujian dan dugaan,
emosi serta perasaan.

kasih sayang Allah, bentuknya amat unik.
Ia datang dalam bentuk ujian susah dan gundah,
Dan ujian dugaan yg amat susah bila ia datangnya dalam bentuk kesenangan, ujian kesyukuran.
Ia didatangkan dalam bentuk apa yg sesuai buat hamba, kerana dia Maha Mengetahui tentangnya.

Ku akui, ku menyukai kesenangan itu, Kesenangan dunia dan isinya,
Tapi..jiwaku lebih selesa pada yg berbentuk susah dan gundah, walau dalam masa yg sama ku tidak suka.
Rasa selesa dalam tidak suka.
Kerana..pada setiap susah itu, ia membawaku lebih dekat pada cintaku al Khaliq.
Dan senang dunia tak pernah menjadikan ku hamba yg lebih baik, amat sedikit syukurku.

Tapi,
Semenjak dua ini, Ujian itu datangnya dalam bentuk emosi perasaan,
Anugerah perasaan yg Allah tanamkan dalam hati tiap insan
Cinta kasih dan sayang.
Ia sesuatu yg paling indah kiranya diletakkan pada tempatnya.
Dan yg ku alami ini bukanlah pada tempatnya yang terbaik.


Dan ia tak mudah.


Ya Allah, Kuatkanlah ku pada jalan yang terbaik buatku, iaitu jalanMu
Dan Engkau Tuhanku yg Satu, Tuhan yg Maha Mengetahui akan kekuatanku,
Dan Engkau jualah Tuhan yg Maha Penyayang.
Kuatkanlah aku ya Allah.
Aku mohon dengan sangat,
Aku mohon dengan sangat,
Amin ya Rabbal alamin