Friday, October 16, 2015

Berdua

Ku masih ingat lagi kali pertama memandang.
Kata orang 'love at the first sight'.
Tanpa sebarang rencana insan, hanya rencana indah drp Tuhan.

Sekadar meneman abang ke medan selera di kuantan parade, sambil2 bertemu dgn makcik2, akak2 dan kenalan2 lama, tempat pernah aku meraih rezeki suatu ketika.

Lalu muncul dia.
Sepintas lalu.
Dan aku hanya sempat merakamnya dihujung mata.
Dan hanya beberapa saat yg sederhana itu sudah cukup membuatkan aku termanggu,
Mungkin kerana itu mahu Tuhanku, penggerak buatku utk episod hidup mendatang; hari ini.

Dan itu juga mungkin menjadi salah satu faktor utk ku kembali ke medan selera itu, sekali lagi sebagai pekerja.
Sekali lagi berkhidmat untuk pakdin & cikpuan.
Dan kerana menurut Tuhanku rezekiku masih disitu.

Dari hari pertama hingga ke suatu ketika, tak pernah ku mencuba untuk mencuri lihat jelas wajah itu. Entah kenapa, malu mungkin, atau mungkin juga aku fikir ia tak mampu bertukar  menjadi cerita indah, jadi seeloknya biarku diam saja.

Pelik.
Semakin cuba tidak diendah, cuba dilupakan,
Makin kuat pula perasaan yg datang.
Berkali dalam sujudku pohon dihapuskan saja perasaan yg datang ini jika di akhir cerita hanyalah mimpi yang mengecewakan.

Tak mudah uñtuk meluah perasaan pada seseorang yg kita tidak pasti apa perasaannya terhadap kita.
Besar juga risikonya:
Bagaimana jika tertolak? Bagaimana hari2 selepas itu? Bagaimana harus aku bereaksi? Apa pula reaksinya?

'What if tomorrow never comes'
Lalu aku mulakan dgn menyampaikan mesej melalui sekerja sebagai mediumnya. Responsnya kosong. Jual mahal!

Cuba untuk mendapatkn nombor telefon bimbitnya drp rakan sekerja.
Berjaya. Yes! Berbunga jiwa!

Sms pertama seingatlupa aku adalah berupa mutiara kata.
Balasnya bertanya, siapa ni?

Kemudian masa pun berjalan panjang,
SMS kami sekadar sahaja,
Separuh purnama sekali SMS mungkin, atau bila hanya di hari2 besar seperti hari raya, sekadar mengucap selamat dan bertanya khabar, patah kata yg tidak panjang.
Sekadar utk menyatakan yang talian itu masih wujud.
Bersua muka tak sekali.

Setelah 7tahun tolak campur Akhirnya bersatu.

11.12.15
Terima kasih Allah,
Terima kasih cinta