Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? QS: Al-'ankabut: 2 Dulu hambe lah yang terpaling positif. Apa saja ujian dan kemungkinan ambe bayangkan dalam kepala dan mencari jalan untuk terima smuanya dengan sabar. Bila hambe dengar ceramah2 yg terlontar dari lidah penceramah tentang sabar, tentang ujian, ambe mengangguk. Ya, pasti, hambe kuat, kerana Allah hanya pikulkan keatas hambanya dgn beban yg termampu. Lalu bila ianya datang dari semua sudut segenap arah menerpa, datang menimpa, datang menyambar. Hambe jadi terkedu. Terduduk. Ya, masih lagi utuh fikiran2 seperti awalnya tadi, cuma realitinya perit yang amat. Rasanya seakan mahu melangkah tapi kaki tersangkut dan badan terikat. Ia tak akan terungkai sendiri melainkan ambe sendiri yg kena menggagah diri mencari solusi. Melihat ke bawah, berselerak, motivasi yg bersepai tunggu di kutip dan di cantum balik. Lalu ambe tersedar, Yang sembang itu ringan dan mudah. Tapi realiti itu hanya dirasai oleh si pemikulnya. |
Wednesday, March 1, 2023
Sungguh heh
Thursday, September 15, 2022
Tuesday, May 24, 2022
redoh hati
Sunday, September 27, 2020
Masih di sini
Kata mereka zaman blogging sudah berakhir. Tapi aku masih disini, masih menaip papan kekunci demi sebuah post di blog, walaupun setahun sekali, mungkin
Anak sudah dua. Ahmad Thalhah dan Amani Tasneem. Dan isteri masih satu.
Sekarang sedang menghabiskan sisa kerja di Kuala Lumpur sebelum berangkat ke Terengganu dan memulakan hidup baru disana.
Beberapa minggu ni banyak yang bermain di fikiran. Tentang diri, tentang keluarga, tentang manusia, tentang kehidupan, tentang masa depan, tentang kematian.
Aku rasakan aku sudah cukup dewasa dan masak tentang dunia dan manusia, rupanya tidak.
Tuesday, December 16, 2014
PLUVIOPHILE.
Pernah sewaktu di Perak dulu, aku bangkit pada jam 3 pagi semata nak main hujan.
Berjalan perlahan di kawasan taman, seketika berdiri diam, membiarkan saja ia membasah. Menikmati titis2 hujan yg turun mengikut sukat aturan tuhan, menyubur alam (QS.43:11).
Sengaja ku pilih malam, kerana jika di siang hari mungkin akan dikata gila, kurang siuman. Manusia.
Jika diwaktu kecil alasannya kerana kita masih kecil, maka bermain hujan itu adalah normal. Bila sudah dewasa bermain hujan secara terang itu dilihat orang maka kurang senang. Jadi, sekarang untuk bermain hujan itu perlukan waktu yg terlindung drp awam.
Aku begitu suka pada hujan, seperti ada perasaan yg unik dan sensasi bila mana titis2nya menyapa kulit, ada rasa bahagia yg sukar utk dicerita.
Mungkin kerana pada hujan itu adalah rahmatNya,
Dan malaikat2 yg ditugaskan keatasnya.
Dan doa yg mustajab pada waktu turunnya ,
Juga pada kisah Rasulullah dalam melazimi hujan;
[rumasyo.]
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata, ”Kami pernah kehujanan bersama Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyingkap bajunya hingga terguyur hujan. Kemudian kami mengatakan, “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan demikian?” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
An Nawawi menjelaskan, “Makna hadits ini adalah hujan itu rahmat yaitu rahmat yang baru saja diciptakan oleh Allah Ta’ala. Oleh karena itu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertabaruk (mengambil berkah) dari hujan tersebut.”
An Nawawi selanjutnya mengatakan, ”Dalam hadits ini terdapat dalil bagi ulama Syafi’iyyah tentang dianjurkannya menyingkap sebagian badan (selain aurat) pada awal turunnya hujan, agar terguyur air hujan tersebut. Dan mereka juga berdalil dari hadits ini bahwa seseorang yang tidak memiliki keutamaan, apabila melihat orang yang lebih berilmu melakukan sesuatu yang ia tidak ketahui, hendaknya ia menanyakannya untuk diajari lalu dia mengamalkannya dan mengajarkannya pada yang lain."
Dalam hal mencari berkah dengan air hujan dicontohkan pula oleh sahabat Ibnu ‘Abbas. Beliau berkata,
Friday, November 7, 2014
Hashim's School of Hope
Cerita Jihad seorang pelarian perang.
Moga Allah mencurah rahmat dan berkat yg melimpah buat bro.Hashim dan mereka yg membantu beliau.
Video:
p/s: Apa sumbangan, juang dan usaha yg telah kita buat dijalan Allah?
Thursday, November 6, 2014
Kopi, kertas dan pena
Ok cukup.
Wednesday, March 26, 2014
MH370: Ujian buat semua
Tragedi yg berlaku untuk menguji.
Ujian yg bukan sahaja pada keluarga mangsa, tapi juga pada pemimpin negara, juga pada seluruh rakyatnya..kita semua.
Ujian kehilangan yg tersayang buat keluarga mangsa, menguji rasa sabar dan mengajar reda.
Juga medan uji buat pemimpin, mmberi gambaran pada dunia akan bagaimana kepimpinannya, bagaimana beraksi ketika saat genting.
Dan ujian juga buat kita, bagaimana kita mencerna berita dan menyebarnya.
Ada yg memilih utk berdiam dan tunggu..mereka tahu yg memastikan sahihnya berita itu perlu.
Dan ramai pula yg memilih utk mengutip segala sumber tak kira salah benarnya, lalu menyebar pula ia..berlumba seperti aku serba tahu segala.
Pakar2 penerbangan segera pun muncul, dan teori2 konspirasi juga bak cendawan selepas hujan, mendidik minda utk menjadi paranoid, lupa mengejar pada apa yg sebenarnya perlu.
''Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.'' QS: Al-Hujraat (6)
Sunday, March 23, 2014
Kuala Lumpur lagi.
Thursday, December 26, 2013
Battles.
Everyone has their own battles to fight.
Seperti mana mereka, ku juga sama.
Berperang hingga jatuh rebah berdarah,
Kemudian bangun bertongkat, terus melawan.
Doa semangat yg bersisa itu tinggal satunya senjata.
Perisai sabar dan redha itu sudah beribu calar, moga masih lagi mampu bertahan lebih panjang.
Berperang,
melawan perasaan, menerima keadaan, melawan musuh yg nyata, melawan yg bertentang.
Kepenatan, kekadang ku membuta hayunkan saja pedang tekad.
Tak henti jiwa bermandi keringat.
Syurga itu seperti masih jauh.
Mohon dgn sangat,
Mohon dgn sangat,
Mohon agar ku bersama mereka
Terbang bebas bersama burung2 hijau disana.