Kalian pergi ke tadika, Habis je tadika further lagi ke sekolah rendah..study bukan main lagi nak amik UPSR..akhirnye dapat la 5A,
Lepas tu anda dapat ke Sekolah berasrama penuh,
PMR anda dapat 8A, SPM pla dapat anda 40A1! nak catat rekod baru kot~..tak pe la kan.
Akhirnya anda dapat melanjutkan pelajaran ke oxford U.
Dalam usia dalam 25 cmtu anda dapat Phd, tu tak campur lagi dgn 2 lagi degree yang dah abis.
memang hebat la kan~..
Soalannya..
Anda ada beberapa degree, dan PhD, Adakah anda sudah menjadi seorang yang educated?
Bolehkah Tahap dan kuantiti sijil menjadi penanda aras untuk menentukan educated atau tidak?
Sebenarnya, anda tak perlu ke sekolah atau university untuk menjadi seorang yang educated.
Anda ke sekolah hanyalah untuk ke university/ kolej, anda belajar di University adalah demi keperluan hidup, untuk sekeping sijil demi mendapatkan kerja yang bagus. Yep! itu adalah mindset kita dari awal lagi kn~ ^^.
Tetapi, untuk menjadi seorang yang educated..asasnya adalah minda yang berjalan dengan lancar serta berkembang. Tempat belajarnya adalah Sekolah kehidupan..atau University of life..atau School of hardknocks (memandangkan itu yg kebanyakan kita rasa).
Contoh:
Orang yang kurang berpelajaran, apabila seseorang yg dia tidak sukai datang kepadanya mengutarakan pandangan..dan pandangan tersebut juga sesuatu yang agak bercanggah dengan fikirannya, dia akan membantah terus.
ketika si pemberi pandangan itu belum habis cakap lagi, dalam fikirannya sudah ada terbentuk penolakan.
manakala, orang yang berpelajaran, apabila datang kepadanya orang yang dia kurang sukai, dihambur pula dengan pandangan yang amat berbeza dengannya, dia akan menerimanya dengan minat dan xde nye nak menyampuk ketika orang belum abis cakap,
Dia akan mengambil masa untuk berfikir, meletakkan pandangan yg dia tak suka itu satu tempat dengan pandangannya sendiri, kemudian membezakannya, menilai, menganalisis.
Memungkinkan dia mengembangkan satu idea baru atau pandangan yg lebih baik yg mungkin juga akan diterima oleh sebelah pihak lagi.
Seperti anda membaca sesuatu buku atau kitab, lalu ada khilaf fakta atau khilaf pemahaman..jangan terus stop untuk membacanya. Baca biar sampai habis, tolak saja apa yg tak perlu..terima apa yang patut. Dan jangan terus menilai penulisnya dengan sesuatu yang buruk dan menolak 100%, tapi lihatlah sisi baiknya.
Dan kalau anda membaca sesuatu buku yang isinya memang buruk..baca juga sampai habis, mungkin ia tiada kebaikan dalam isinya, tapi ia boleh jadi sebagai satu ilmu tambahan atau sekadar pengetahuan.
Menurut K.P Mohanan, CDTL, NUS.
Orang yg educated ni orang yg menjalani proses pembelajaran yg mana resultnya meningkatkan daya mental yang mampu berfungsi dengan efektif dalam kehidupan peribadi ataupun intelektual . In order to function effectively in such situations, one needs to acquire:
- general information (knowledge),
- general thinking abilities involved in knowledge building and knowledge critiquing,
- general language abilities needed for clear, precise, and effective communication for epistemic purposes,
- the capability for independent learning with respect to (a)-(c), including the capability to engage in rational modes of inquiry, and, above all,
- the mind set that facilitates
Menurut Mr. shankar pla, seorang motivator.
nak jadi orang yang ber'educated ni perlukan 3 entertainment steps.
Yang pertama, Entertain new ideas
Orang yg educated bukan sahaja pandai mengutarakan idea, tetapi tahu mengembangkan idea yang sedia ada.
Alvin Toffler ckp..“the illiterate of the twenty-first century will not be those who cannot read and write, but those who cannot learn, unlearn, and relearn”
Ambil contoh orang yang berkerja dalam bidang IT,
Dalam lingkungan tahun 80an atau awal 90an komputer memang cikai la waktu tu kan~..skrin pun ijau itam je kn~..Apa yg orang dalam bidang IT blaja waktu tu takde la secanggih sekarang. itu zaman mereka LEARN.
Dan apabila waktu berlalu, technology ni pla semakin berkembang laju dan maju..Semua yang mereka belajar dulu..banyak daripadanya orang dah tak guna sekarang, semua dah baru..kerana mereka mampu menerbitkan idea2 dan mengembangknnya..jadi mereka harus bersedia untuk buang memori lama, UNLEARN dan terima apa yg baru, LEARN balik. dan apabila idea baru ni dikembangkan lagi..proses ini harus berpusing berkitar, ini yang menggerakkan teknologi atau apa saja, yang membangun ketamadunan manusia, kemampuan untuk belajar, membina idea dan mengembangkan idea.
Yang kedua, Entertain Yourself
Bukan dengan mendengar music atau menari atau menyanyi! (ku tau memang ni la yg terbayang bila sebut entertainment kn~ Ehe)
Dengan berfikir, luangkan sedikit masa untuk berfikir.
Ada org ckp kat ku..(sbb ku blum baca lg buku2 diorg ni) Satu persamaan yang agak besar peranannya dalam kehidupan Dr.M dan Lee kuan yew (bekas Pm singapore) adalah mereka ada memperuntukkan masa untuk berfikir.
Dr.M ckp dalam bukunya Dr.M in the house..dia ckp dia ada berfikir lebih kurang 1jam kot lepas subuh.
Lee kuan yew pla ckp sesetengah dasar yg dilaksanakan di singapore dia dapat ilham ketika bermain golf sorang2.
ha..tengok bertapa pentingnya peranan berfikir. tapi berfikir la tentang idea yg baik dan mampu kn~..tak payah la sampai berfikir nak take over the world kn~. Ehe.
Yang ketiga, Entertain People
Bukan dengan blanja makan atau bagi hadiah..tapi oke jgk cmtu skali skala kn~.
Anda kene tau cara untuk berkomunikasi yang berkesan, walaupun dengan strangers.
Komunikasi yg membuatkan orang selesa dengan anda, komunikasi yg menjadikan orang yakin kepada anda.
Belajar daripada penjual insuran, survival kepada hidup membuatkan mereka terpaksa membuang malu dan akhirnya menjadikan mereka seorang yg hebat dalam komunikasi/menarik pelanggan..tengok la berapa ramai dah yg kecundang dibibir mereka? Ehe.
Tapi komunikasi memang penting dalam hidup, pemalu tahap gaban skali pun..masih perlukan komunikasi.
Tu cuma sedikit senarai keperluan dalam menjadi orang educated, Yang penting adalah bagaimana anda mendidik diri anda, jiwa dan akal anda, bagaimana anda react pada kehidupan yg anda lalui, keadaan yg anda tempuhi, mengeluarkan idea dan mengembangkannya, memanipulasinya,..ini akan membantu menjadikan anda seorang yg educated.
Jadi..berbalik pada soalan asal..Adakah anda seorang yang educated?