Friday, March 9, 2012

aku yang dah penat.

Aku ingat lagi,

Dulu,
waktu ku sekolah dulu..
waktu Kuala lumpur itu hanya gambar dalam kaca TV,
dan ia sebagai destinasi utama pilihan cikgu2 untuk pelajar2 mereka dalam jadual lawatan sambil belajar bagi sekolah ku dulu. (Tentang 'lawatan' memang ku stuju..tapi tang 'sambil blaja' tu ku tak brapa yakin. Aha!)
Waktu tu aku darjah 6 berlian setelah lompat drp kelas 5 mutiara.
Sekolah adakan lawatan ke kuala lumpur, sambil belajar kata mereka. Maka satu kelas yg pergi kalau tak silap. tapi ku sorang je yg tak pergi
1 bulan sebelum ku da cakap kat mak nak pi lawatan ke KL..memang excited! KL tu~..ibarat London la kot bg kami waktu tu. Tapi keluarga ku agak kesempitan hidup, dan ku pun memang da agak pun..cuma sekadar cuba nasib kot2 mak nak bagi kan~.
waktu tu..Bila dengar ada orang kampung balik drp KL mesti rasa cam nk pi kat orang tu..tanya dia cmna rasa duk sane? mesti dapat byk duit kn? sbb orang cakap kt sana lubuk rezeki.

Dan kini,
campur tolak..Dah 3 tahun Aku kat KL, sebuah tempat yg dulu ku pandang gah dan penuh kehebatan.
Dan lawatan panjang ku kini benar2 sambil belajar.
belajar kenal manusia, belajar kenal diri, belajar kenal hidup.
Dan lubuk rezeki yg dicanang mereka memang benar.
Kita hanya perlu pilih saja, ada yang baik, ada yang buruk,

Kat sini,
Banyak yang ku jumpa..pelbagai ragam manusia.
Dan kini aku termasuk salah seorang daripada mereka.
Aku yg dalam leka mentafsir ragam sekeliling, dan kini celik ku terfikir utk menilai kembali, lihat balik kedalam diri, bagaimanakah agaknya diriku?
cuba mengintai kembali benih kebaikan yang tersemai waktu muda kurang noda dulu, adakah masih disitu? suburkah?.

Aku dah letih.
Sungguh memenatkan dunia ini.
Alangkah bagusnya kalau mampu ku kembali ke kampung halaman, kampung tok adam dan nek hawa..

Syurga.