Selamat menjalani ibadah puasa. Moga stiap amal kebaikan kita bernilai disisiNya.
Sudah hampir 3 bulan ku di selatan.
Buat 3bulan yg pertama ini..
hidup di sini ku akui tak seceria seperti di Manjung dulu,
tak ada teman2 bersembang atau bersiar dihujung minggu.
Ku tinggal berseorangan di rumah sewa, lagilah bertambah sunyinya =.=
Jiran2 seperti mempunyai kehidupan mereka sendiri tanpa mencampuri sekitarnya, ku pun juga sama.
Kekadang cuba juga bercakap dengan dinding, kot kot dinding membalas balik.
Ya, balasnya gema.
Kini ku hanya mampu menyembunyi sunyi itu dengan melayan fb, atau cerita anime di laptop.
Cuba mencari gedung buku disini tapi tak ketemu.
Tapi, slalunya balik ku pun sudah lewat maghrib, ku terus saja lena usai isyak memandangkan tiada aktiviti yg mampu ku lakukan selain melayan laptop.
Ditempat kerja juga tiada yg boleh dianggap sebenar teman, cuma sekadar rakan sekerja.
Mungkin kerana dalam team ku ini hanya ku saja yg berbangsa Malaysia,
kerana berbeza bahasa dan budaya mmbuatkn kami kurang enjoy bila bersama,
hanya sekadar ketawa 'buat' dan senyum nipis.
Ramadhan kali ini, yg pertama buatku di selatan.
Tahun lepas di utara, dan dua tahun lepas di barat kl.
Dan ramadhan yg kali ini, membuatkn ku banyak terfikir akan ramadhan2 yg lalu.
Ramadhan yg mana yg paling ku enjoy, yg mana yg paling ku usaha ditahap maksima.
Kerana ramadhan yg kali ini ku rasakan seperti agak biasa.
Bukanlah salah ramadhan, kerana ramadhan sentiasa sama,
mungkin ku yg mnjadikan ia biasa.
Rasanya seperti berjalan atas garisan lurus yg kosong.
Mungkin kerana kepenatan bekerja, menjadikan seperti tiada jiwa.
Ramadhan yg masih bersama ini,
masih ada ruang utk ku cuba menjadikan ia lebih makna ku harap, InsyaAllah.
Bukan semua insan yg berkesempatan bertemu ramadhan.
Jika mensia-sia yg kali ini, yg akan datang tidak pasti. Kerana ajal boleh jadi bila2 masa.
p/s: Ku suka pada langit malam disini, pada bulan dan bintang2nya.