Wednesday, March 1, 2023

Sungguh heh

Beriman, sungguh heh?

 


Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? QS: Al-'ankabut: 2

Dulu hambe lah yang terpaling positif. Apa saja ujian dan kemungkinan ambe bayangkan dalam kepala dan mencari jalan untuk terima smuanya dengan sabar. 

Bila hambe dengar ceramah2 yg terlontar dari lidah penceramah tentang sabar, tentang ujian, ambe mengangguk. Ya, pasti, hambe kuat, kerana Allah hanya pikulkan keatas hambanya dgn beban yg termampu. 

Lalu bila ianya datang dari semua sudut segenap arah menerpa, datang menimpa, datang menyambar. Hambe jadi terkedu. Terduduk.

Ya, masih lagi utuh fikiran2 seperti awalnya tadi, cuma realitinya perit yang amat. Rasanya seakan mahu melangkah tapi kaki tersangkut dan badan terikat. Ia tak akan terungkai sendiri melainkan ambe sendiri yg kena menggagah diri mencari solusi. Melihat ke bawah, berselerak, motivasi yg bersepai tunggu di kutip dan di cantum balik.

Lalu ambe tersedar,
Yang sembang itu ringan dan mudah. Tapi realiti itu hanya dirasai oleh si pemikulnya.




.