Sakit yg datang sebagai nasihat dan ujian
Kali ni ku benar rasa sedih bercampur simpati.
Ku sudah kelu pada penulisan, apatah lagi lisan.
Keluh..bagaimana lagi harus ku bantu.
Kalau bisa ku memikul rasa yg di rasa, pasti ku sanggup.
Pernah kalian bersemangat kerana senyuman?.
Ada senyuman pada seseorang,..dan ku bimbang senyum itu akan hilang.
Senyuman yg selalu membuatkan ku rasa senang.
_______________________________________
Ku juga pernah merasa yg hampir sama, wlau tak serupa.
11/10/2004, minggu lepas genap 8 tahun ayah pergi bertemu ilahi.
Percayalah, tersenyum ketika dilanda ujian bukanlah sesuatu yg mudah,
Rasanya benar hambar tidak bergula.
Rasanya penuh gundah gelisah.
Biarkan ku ceritakan padamu kisah Mohamed.
Dan ini bukanlah kisah sang ayah yg terhebat..
tapi masih tetap hebat dimata seorang anak - bvkhari.
Ayah ku garang sangat orangnya, :)
Pernah kami dua beradik di lempar bendul pintu kerana ponteng mengaji,
lalu larilah kami sembunyi ke hujung 'baroh'
dirotan kerana ponteng solat? itu sudah rutin biasa.
Dulu kami tidak mengerti..kata kami,'' sayang apa kalau dirotan?''.
Kini, ini adalah kami, hasil rotan ayah yg mendidik.
Pernah dulu..ayah menggoreng nasi,
Lalu ditanya kami mana yg lebih sedap antara yg dia atau emak.
Dan emak hanya tersenyum mengalah, kata emak..ayah memang pandai memasak.
Kami hanya senyum dan diam.
Kami tak memilih siapa yg menghidang , apa saja yg terhidang, yg pentingnya kenyang :D
Dulu..rumah kami tiada rak buku,
lalu, Ayah merentang tali pada dinding dijadikan tempat disandar segala kitab.
Dan bila dia membaca kitab2 nya ku pasti tersenyum,
kami tak perlukan lagi radio,
lagaknya seperti pak khatib melontar khutbah di mimbar,
Di bacanya dengan suara garau dan lantang.
Ayah jarang di rumah, kerjanya memerlukan dia 'berjarah' merata
tapi bila dia kembali dan lagi mahu pergi..akan ada tiga perkara dipesannya;
''Anak2 ayah..
Jangan pernah tinggalkan solat,
Selalulah melazimi alQuran,
Rajinkan diri ke majlis ilmu.''
Kali terakhir waktu sihatnya ku jumpa adalah ketika dirumah salah seorang saudara.
Pesan akhirnya,''Hidup ni sama juga seperti jurutera mmbuat bangunan, asasnya yg perlu dikukuh. Dan asas hidup adalah iman''.
Detik
akhirnya, siapa pun tidak lagi dia kenali..wlaupun anak2nya.
Kata
doctor sakitnya Tuberkulosis,
sampainya ke otak lalu tidak lagi selamat.
Dua
minggu ayah koma tidak sedar.
Akhirnya
Allah menjemput ayah kembali kepadaNya.
Dan
bila Ayah sudah tiada, segala kenangan seperti butang rewind pada
remote,
semua
kembali mengimbau.
Rindu
pada rotan ayah, pada khutbah lewat malamnya, pada bendul pintu yg
dilempar, pada kitab2 usang nya pada dinding..pada semua.
Dan
nasihatnya, kami takkan pernah lupa.
_______________________________________________
Percayalah,
Selama didunia, Kita tidakkan pernah merasa cukup bersama yg kita
sayang.
Tapi
maut itu pasti..sesiapa pun akan merasainya.
Maut
itu, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti pasti.
Apa
yg membezakan adalah bagaimana kita hadapinya, apa yg kita telah
sediakan.
Cubalah
berusaha ke syurga,
Di
sana tempatnya indah dan kekal,
Disana
boleh kita berjumpa bersua, kembali bersama.
Dunia
ni tak lama, sekejap sekelip dua mata saja.
Sabarlah.
No comments:
Post a Comment