Wednesday, May 1, 2013

New episode di selatan.

Alhamdulillah, slamat sampai di pontian.
Berpenat berpusing mencari rumah sewa, masih tak jumpa.
InshaAllah, esok cuba lagi.
Untuk malam yg pertama ni bermalam di seaview hotel. Cantik pandangan laut dari sini.

Habis wirid dan zikir, biri2 pun dah habis di kira, tapi masih belum mampu terlelap.
Melayang memikir hari esok. Bermula episode baru ditempat baru.

Bismillah, moga dipermudah segala.

Monday, April 29, 2013

Sri Manjung: The Finale.



Dah agak lama tak posting.

Kesempatan untuk mencoret itu ada aja, cumanya..ideanya skejap ada, kemudian hilang dan tak kunjung2 tiba.

Hari ini, Sejak post yang lepas..badanku makin membelon dengan peningkatan mendadak 4kg,
Jadi, ku tak mahu bicara tentang itu, membuatkan ku kecewa pada selera yg tak terkawal. =.=!

Dan, hari ini adalah hari akhir ku di Sri Manjung..Setelah hampir genap setahun mengutip pengalaman, mengumpul pelbagai rasa.

Perasaan Sentimental ku pada Sri Manjung, bukan kerana apa yg ada pada Sri Manjung.
Tapi kerana apa yg ku lalui sepanjang keberadaanku disini.
Pada orang2nya, pada teman2 yg ku kenal pada sepanjang cerita.

Banyak kisah cerita yg begitu membuatku terkesan selama ku disini,
Dan setengahnya tak mampu ku coretkan.
Tapi, Segala yg ku lalui itu benar membuatkan ku lebih mengenal akan hidup.

Kisah disini seperti sudah hampir ke titik akhir.
Dan nanti akan bermula satu lagi kisah yg baru.

Ke Selatan pula cerita ini ku bawa, inshaAllah.


Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk terus kuat pada jalanMu.
Amin.


p/s: Terima kasih teman.

Monday, January 21, 2013

boikotku,

Ku dah mula melupakan McD,
Dan segala produk yg berkaitan dengan zionis.
Atau bahasa mudahnya, boikot.

Dulu, ku berfikir,
Apa guna ku boikot segala ini?, apa kesannya?
Seperti ia tiada fungsinya,
atau,.. sebenarnya aku lah yg masih belum mampu faham ketika itu.

Boikotku ini,
Memang harapku ia berkesan, kerana itu harapku ramai yg melakukan.

Dan..kalaupun ia tiada kesan, boikot ini akan tetap ku terus lakukan.
Kerana ia juga nanti akan menjadi satu jawapanku dihadapan Tuhan.

''Ku masih belum mempunyai ruang untuk berjuang disisi mereka wahai Tuhanku.
Ku juga tidak punyai harta dan wang untuk ku sumbangkan berterusan.
Oleh itu, ini yg ku mampu lakukan wahai Tuhan, terimalah."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ya, Facebook adalah hak milik seorang yg berbangsa Yahudi,
dan ya, ku masih menggunakan facebook.
Perlu di fahami, yg diboikot bukanlah bangsa yg bernama yahudi, tetapi dasar apertheid yg dijalankn oleh Zionist.
Perlu juga difahami seorang yahudi tidak automatik menjadikan dia menyokong zionist.
Perlu tahu membeza yahudi dan zionist.
Yahudi itu sebuah bangsa, zionist pula adalah serpihan yg ada pdnya.
Boleh saja berniaga dengan Yahudi, tetapi tidak dgn Zionist.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dan kita,
..masih terus tidur,
Sekali digempar..sekali terjaga.
Dan kemudian kembali tidur.
Nyenyak di ulit nyanyian peluru dan tangis sendu.

tak mengapalah..cukuplah kita saja yg merasa aman..kan?

Monday, January 14, 2013

Ganbatte yo!.




Soal usaha itu ada beberapa.
pertama, adakah kamu sudah berusaha?
kedua, adakah kamu sudah berusaha kuat?
ketiga, adakah kamu sudah berusaha cukup kuat?

Cukup kuat itu bila tiada lagi ruang untuk dilakukan walau sekecil usaha.
dan Waktu itu barulah kamu akan melepaskannya dengan rasa puas walau ia tidak mu capai.
Tiada sesal, hanya ada redha.
Redha bhawa itu yg tertetap kerana Maha tahu Allah apa yg baik buat hamba.

Dan buah 'kalau' itu akan timbul jika usaha tidak cukup kuat dan masih ada tersisa, lalu dilepas ia berlalu dan lalu gagal.
''Kalau lah ku try lebih skit je lagi''.
Waktu tu juga akan terbit sesal.
Dan time machine itu memang tak wujud walau sesal beribu.

Tuesday, December 25, 2012

Senyumlah! Moga lebih kuat :)

Ku Suka melihat mereka2 tersenyum, ketawa seperti tiada apa.
Ku percaya setiap orang itu ada isunya, ujian yg tertimpa.
Ku Selalu tertanya2. Apakah yg di sembunyikan dibalik senyum ceria mereka?
Kerana ku juga sama, melindung duka dengan ceria yg di cuba sedaya.
Menunjuk kuat pada dunia, sedang di dalamnya terluka.
Tapi, itulah cara kita kn?
Terima apa yang datang dengan redha, dan percaya itu adalah yg terbaik buat kita,
kerana ia sudah tertetap olehNya setelah kita berbuat usaha.
Lalu kita tawakkal dalam balutan senyum tawa.

Pernah dengar kisah si badut paggliaci?;

Seorang lelaki berjumpa doctor.
Katanya dia tertekan.
Katanya dunia ini begitu kasar dan kejam padanya.
Merasa sendirian, kabur dan tidak pasti pada dunia yg mengancam dihadapan.
Lalu kata Doctor, "Ubatnya mudah, Paggliaci si badut yg hebat berada di bandar malam ini, pergilah bersua dengannya. Ia akan membuatmu lebih lega.
Lalu berderai air mata si lelaki itu.
''Tapi Doctor, aku lah Paggliaci.
End.

Melukis senyum pada wajah, membuat mereka terhibur gembira.
Melindung duka demi ketawa mereka.
Lakaran kelakar di wajah menutup lara.
Kasihan si badut Paggliaci.

Dan untuk kita,
Gembiralah..Bila ujian itu datang,
Kerana Allah mahu menjadikan kita lebih kuat.
Senyum yg kita ukirkan bukanlah palsu, ia senyum percaya.
Ia senyum redha dan senyum tawakkal.
Dan senyum ibadah, sadaqah yg mudah
Kerana Allah selalu bersama kita, hambaNya,
orang2 yg sabar.

************************************
Kalam Allah pemujuk hati;-

Ya Allah.. Kenapa semua ini terjadi pada aku?
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. “ (Surah Al-Baqarah ayat 216)

Ya Allah.. Kenapa berat sangat ujian ini?
” Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya.” (Surah Al-Baqarah ayat 286)

Ya Allah.. Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi.
” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman.” (Surah Al-Imran ayat 139) ” ….. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf ayat 87)

Ya Allah.. Bagaimana harus aku menghadapi segalanya ini?
” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat ; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk .” (Surah Al-Baqarah ayat 45)

Ya Allah.. Kepada siapa untuk aku berharap?
” Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. “ (Surah At-Taubah ayat 129)

p/s: Senyum pakai taip lebih mudah drp mengukir di wajah :)

Wednesday, December 12, 2012

Kaku.

Entah bagaimana mahu memula cerita.

Dulu,
aku lah hero, dalam menasihat sahabat tentang jalan cinta dan rasa.
Dan kini, ku kaku dalam epilog sendiri.
Mahu saja ku harapkan ini sekadar mimpi.

Dan rasa ini..
Ah, biar kan saja ku pendamkan,
Ku adu kan saja pada Tuhan.

Ku teringat pada kata yg ahli,
Biarkan saja berada dirimu pada laluan ini, jika itu ketetapan tuhanmu,
Dan walau pedih memerit, jangan pernah keluar darinya,
Kerana Dia meletakkanmu pada yg terbaik tanpa tahu mu.
Dan Dia juga yang akan mengeluarkanmu daripada jalan itu bila usai tugasmu pada yg itu.
Kuncinya adalah sabar. Dan kunci sabar itu adalah tawakkal.

Thursday, December 6, 2012

Kenapa tak boleh makan bebi?.

Kenapa islam tak benarkan makan bebi ( pork)?
Sebab Allah s.w.t melarangnya.
Kenapa Allah melarang makan bebi?

Jawapannya banyak versi,
Kerana ada bakteria berbahaya dalamnya, (Ku lihat hidup pemakan bebi sihat je. cam takda beza kan?)
Kerana ia makan benda2 yg kotor serta sukakan tempat dan benda kotor ( Bagaimana bebi yg dibela dikandang yg dijaga?)
Kerana bebi ni adalah Mixing vessel bak kata Dr. yoshihiro kawaoka, tempat pengumpulan virus (sama cam atas)
Kerana ia tak boleh disembelih sebab takda leher ( Bebi ada leher, cuma tak jelas, tebal diselaput daging dan lemak.Tujuan sembelih kt leher untuk memutuskan salur pernafasan, urat merih..bebi takda urat merih ke? =.=)
Kerana ada alkisah kononnya bahtera nabi Nuh yg entah dari mana datang riwayatnya dikatakan nabi Nuh mngusap kepala gajah lalu keluar tikus untuk bersihkan kotoran bahtera, dan kemudian iblis keluarkan babi.(Er..ni kisah dari mana?)

Mungkin ada diantaranya point yg betul. Tapi ku tak brapa mampu untuk men'digest jawapan2 di atas.

Jadi, Kenapa islam tak benarkan makan bebi?
Ku lebih suka melihat ia seperti kisah adam hawa dan buah khuldi.
Dalam banyak beribu nikmat daging haiwan yg Allah kurniakan, yg ini Allah tak bagi makan
Untuk menguji iman dan patuh taat hamba.
Hurm, ia lebih masuk akal bagiku.

Thursday, October 25, 2012

kisah dimalam eidul adha.

Tak dapat balik kg, entah program apa yg bleh dibuat kt sini..haih.

Usai saja solat isyak Ichou-san (incik perut) mula mendendang lagu.
Ku pun bersiap diri sekadar perlu, hajatnya mahu menuju ke Restoran nana Tanjung.
Sampai separuh jalan ku hampa, restorannya gelap tidak bercahaya. ''Awalnye tutup, smangat raye diorang ni'', getus hatiku.
Tak mengapa lah, Halimah tomyam kelihatan seperti masih beroperasi cam biasa, kotiaw lakna pun kotiaw lakna lah.

Sampai ku di Halimah tomyam, cuba mencari tempat yg sesuai...hampa juga.
Bukan setakat tempat sesuai, tempat yg tak sesuai pun semua kerusi dijajah orang.
Yang berdiri sepertiku pun hampir sama ramai dengan penduduk pada kerusi setiap meja,
dan mata melilau mencari tempat yg mungkin ada yg sudah selesai..ku tidak sukakan persaingan ini.

''Ramai..'' Sapa ku pada si waiter.
''A'ah, biasanye tak ramai camni, ni sebab nana tanjung dengan Din seafood tutup, sebab tu ramai malam ni'', Balas si waiter, Mukanya jelas terpancar penat dan kecewa. Mana tak nye, kebiasaan waktu kemuncak Halimah tomyam pun dia masih mampu menjeling pada kaca tv, tapi tidak untuk malam ni.

Dan dendangan ichou-san makin jelas, lagunya berentak lapar.
Ku mulai hilang pertimbangan, "KFC!'', kedai makanan beracun itu mula menerjah fikiran.
Ku pernah berjanji pada Ichou-san ku tidak akan meracuninya lagi.
Tapi malam ini ku seperti melupai segala, dan langkah mula di hayun laju ke supermarket Giant.

Seperti tidak begitu ramai pelanggan di KFC malam ni.
''Ye incik, makan sini? bungkus?'', Waiter di kaunter bertanya, itu memang tugasnya seperti biasa, beserta pakej senyumannya yg ku harap ikhlas, tak seperti ayam plastik jualan nya.
''Aa..Makan sini.'' Sambil mata memilih menu.
Berkira2 mana yg patut di ambil, snack plate seperti sudah memadai, dengan 2 ketul ayam.
Eh, Dinner plate lah yg sepatutnya, inikan dinner. Akhirnya yg tiga ketul ayam itu ku pilih.

Mulutku hanya sempat melafaz doa, kemudian tidak lagi sempat bersuara, tangan dan jari begitu cepat kerjanya menyuap. Lapar sangat kot :D
Ia tak mudah sebenarnya untuk menghabiskan 3 ketul ayam KFC memandangkn McD lebih dekat dihati.
Tapi ku selesaikan jua, dan ichou-san hanya diam tidak berkata, menerimanya dengan redha.

Selesai,
Menyandarku pada kerusi berwarna ceria itu. tiga ketul ayam berlemak tepu itu benar2 ku habiskan.
Dan bibit penyesalan mula datang. Warasku kembali. Bagaimana ku boleh sampai ke sini?
Ah! hancur dietku, maafkan ku ichou-san.
Perlukah lagi ku berjalan kaki ke tempat kerja seperti dulu? , ia benar memenatkan.  
Longlai ku beserta sesal meninggalkan permis itu bersama ichou-san yg penuh terisi,
Dan terbayang gelak tawa pakcik tua KFC bermuka putih itu, dia pasti gembira malam ini kerana tewasku.

Mata memandang langit malam, mencari bintang yg sembunyi dibalik kelabu awan.
''Ah, bosannya..ape yg kau nk mkn esok ichou-san. bestnye kalau dapat balik kg.''


Selamat menyambut eidul adha.


Monday, October 22, 2012

Ujian sakit dan maut

Kali ini kisahnya nenda pada seorang.
Sakit yg datang sebagai nasihat dan ujian
Kali ni ku benar rasa sedih bercampur simpati.
Ku sudah kelu pada penulisan, apatah lagi lisan.
Keluh..bagaimana lagi harus ku bantu.
Kalau bisa ku memikul rasa yg di rasa, pasti ku sanggup.

Pernah kalian bersemangat kerana senyuman?.

Ada senyuman pada seseorang,..dan ku bimbang senyum itu akan hilang.
Senyuman yg selalu membuatkan ku rasa senang.
_______________________________________

Ku juga pernah merasa yg hampir sama, wlau tak serupa.

11/10/2004, minggu lepas genap 8 tahun ayah pergi bertemu ilahi.
Percayalah, tersenyum ketika dilanda ujian bukanlah sesuatu yg mudah,
Rasanya benar hambar tidak bergula.
Rasanya penuh gundah gelisah.

Biarkan ku ceritakan padamu kisah Mohamed.

Dan ini bukanlah kisah sang ayah yg terhebat..
tapi masih tetap hebat dimata seorang anak - bvkhari.

Ayah ku garang sangat orangnya, :)

Pernah kami dua beradik di lempar bendul pintu kerana ponteng mengaji,
lalu larilah kami sembunyi ke hujung 'baroh'
dirotan kerana ponteng solat? itu sudah rutin biasa.
Dulu kami tidak mengerti..kata kami,'' sayang apa kalau dirotan?''.
Kini, ini adalah kami, hasil rotan ayah yg mendidik.

Pernah dulu..ayah menggoreng nasi,

Lalu ditanya kami mana yg lebih sedap antara yg dia atau emak.
Dan emak hanya tersenyum mengalah, kata emak..ayah memang pandai memasak.
Kami hanya senyum dan diam.
Kami tak memilih siapa yg menghidang , apa saja yg terhidang, yg pentingnya kenyang :D

Dulu..rumah kami tiada rak buku,

lalu, Ayah merentang tali pada dinding dijadikan tempat disandar segala kitab.
Dan bila dia membaca kitab2 nya ku pasti tersenyum,
kami tak perlukan lagi radio,
lagaknya seperti pak khatib melontar khutbah di mimbar,
Di bacanya dengan suara garau dan lantang.

Ayah jarang di rumah, kerjanya memerlukan dia 'berjarah' merata

tapi bila dia kembali dan lagi mahu pergi..akan ada tiga perkara dipesannya;
''Anak2 ayah..
Jangan pernah tinggalkan solat,
Selalulah melazimi alQuran,
Rajinkan diri ke majlis ilmu.''

Kali terakhir waktu sihatnya ku jumpa adalah ketika dirumah salah seorang saudara.

Pesan akhirnya,''Hidup ni sama juga seperti jurutera mmbuat bangunan, asasnya yg perlu dikukuh. Dan asas hidup adalah iman''.



Detik akhirnya, siapa pun tidak lagi dia kenali..wlaupun anak2nya.
Kata doctor sakitnyTuberkulosis, sampainya ke otak lalu tidak lagi selamat.
Dua minggu ayah koma tidak sedar.
Akhirnya Allah menjemput ayah kembali kepadaNya.

Dan bila Ayah sudah tiada, segala kenangan seperti butang rewind pada remote,
semua kembali mengimbau.
Rindu pada rotan ayah, pada khutbah lewat malamnya, pada bendul pintu yg dilempar, pada kitab2 usang nya pada dinding..pada semua.

Dan nasihatnya, kami takkan pernah lupa.

_______________________________________________


Percayalah, Selama didunia, Kita tidakkan pernah merasa cukup bersama yg kita sayang.
Tapi maut itu pasti..sesiapa pun akan merasainya.
Maut itu, kalau tidak hari ini, suatu hari nanti pasti.
Apa yg membezakan adalah bagaimana kita hadapinya, apa yg kita telah sediakan.

Cubalah berusaha ke syurga,
Di sana tempatnya indah dan kekal, 
Disana boleh kita berjumpa bersua, kembali bersama.
Dunia ni tak lama, sekejap sekelip dua mata saja.
Sabarlah.






Tuesday, October 16, 2012

Cerita rezeki.

Seorang anak bertanya kepada ayahnya,"Daddy, Apa itu rezeki?"
Sambil ditangannya ada seketul ayam goreng yg sudah separuh dimakan.

Ayahnya berfikir sejenak, bukan mudah nak menerangkan supaya faham kepada anaknya yg baru berusia 9tahun itu.

''Bak sini ayam tu my son''.

''Tapi.. Daddy belikan ayam ni untuk saye, mungkin daddy kene pi beli lagi satu kalau daddy nak,''
Si anak berat hati untuk melepas pergi ayam goreng yg masih belum lagi habis dinikmatinya.

''My son.. kolestrol berlebihan tak bagus untuk kesihatan.'' Si ayah cuba memujuk anaknya.
(kenapa dibelikan juga ayam tu kalau da tau ayam goreng tu kolestrol kn? =.=!)

Lalu dengan hati seberat kinabalu, si anak menghulurkan ayam goreng itu kepada ayahnya. Dalam hati timbul rasa sesal sebab tak makan abis cepat2 ayam goreng tu.
Bukan mudah untuk mencari ayam goreng sesedap tu di kawasan taman perumahan tempat mereka tinggal, yg ada cuma gerai ayam goreng uncle Obama je, itu pun cepat aje 'sold out' nye. 

Lalu ayam goreng itu di suap kepada kucingnya Najib Ronaldo yg dari tadi berpusing - pusing sambil membuat muka kiut dengan harapan tuannya akan memberikan ganjaran. tricknya itu terbukti menjadi.

''Kenapa Daddy?, Kenapa?", Si anak seperti tidak dapat menerima apa yg ayahnya lakukan.
''Adakah Ronaldo lebih Daddy sayangi?, atau Daddy berniat untuk membunuh Ronaldo dengan meningkatkan kolestrolnya?".

Si ayah tersenyum mendengar spekulasi yg anaknya cuba timbulkan itu.

"My son, rezekimu pada ayam goreng tadi hanya separuh, dan lagi separuh adalah rezeki Ronaldo".

Si ayah pun berlalu menuju ke gerai uncle Obama, meninggalkan anaknya yg masih dalam kebingungan, masih tidak mengerti akan apa yg ayahnya cuba sampaikan.

10 minit kemudian ayahnya kembali dengan membawa sebakul ayam goreng.
Lalu dihulurkan ia kepada si anak.

''Daddy, i just don't get it''. Si anak makin tak faham.

''Rezekimu pada ayam goreng tadi mungkin dah abis, tapi rezekimu yg baru ada dalam bakul ini''

Si anak melihat ke dalam bakul, ia penuh terisi dengan ayam goreng yg agak hangus kehitaman.
 '
'Pemberian daripada uncle Obama, sebab hari ni ayam gorengnya kurang laku''.Terang si ayah.

''My son, Rezeki itu..sesuatu yang amat cantik jalan ceritanya, ia seperti satu drama yg berleret panjang, yg menghubungkan semua makhluk dan insan dengan susunan cerita yg amat unik dan menarik.''

''Rezeki uncle Obama adalah duit daripada kita, Rezeki keluarganya adalah daripada duit hasil ayam gorengnya, Rezeki kita adalah ayam goreng hangus nya, Rezeki Ronaldo adalah ayam mu tadi my son. Begitu la seterusnya berkembang.
Rezeki itu sentiasa ada, dan telah tertetap untuk kita oleh Allah.
Jika tidak disini, mungkin disana. Atau mungkin tidak disana, mungkin dimana saja.
Lihatlah pada burung, Resminya, Ia pergi mencari rezeki pada awal pagi, pulang pada petang hari..dan yg dibawanya hanya makanan untuk hari ini. Kerana percaya ia yg rezeki untuk esok itu akan tetap ada pada esok, dan percayanya ia kepada Tuhannya yg menetapkan rezeki untuknya.
Lihat juga pada hutan2 yg dalamnya ada bermacam binatang, bagaimana mereka hidup.
 Kerana percaya mereka pada ketetapan rezeki oleh ilahi. Tapi, mereka tidak hanya menunggu, ada usaha yg diserta. Do you get it my son?.

Si anak mengelengkan kepala, Mana mungkin anaknya faham, kerana dari tadi yg difokusnya hanyalah pada ayam goreng hangus itu.

''Suatu hari nanti kau akan faham juga my son". Si ayah mengusap rambut si anak sambil satu tangan menjamah ayam goreng, terasa pahitnya ayam goreng hangus tak tersedar menitis suam air mata jantan.
''pahitnye ayam kau Obama."

+++++ End+++++++

Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, Nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) - Surah At-Thalaq (3)

Ibn Abi ad-Dunya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak menuturkan riwayat dari 'Uqbah ibn Amir as-Sahabi r.a., dia berkata, ''Yang pertama kali mengetahui kematian seorang hamba adalah malaikat penjaga, kerana dia yang membawa naik amal perbuatannya dan membawa turun rezekinya. Jika malaikat penjaga itu tidak keluar membawa rezeki untuknya, beerti dia mengetahui bahawa orang itu telah meninggal.