Semalam alhamdulillah Allah ketemukan kami kembali, walaupun hanya kat YM, panjang lebar jugaklah perbualan kami. Segala persoalan yg ada kat kepala ku semua dikeluarkan. Sekarang barulah jelas. Memang benar ke sudan dia. University international africa..itu lah tempat dia berkelana. khabarnya dia ambil kuliah dakwah kat sana, alhamdulillah tercapai jugak cita2 dia. Dia ada jugak ajak aku ke sana belajar bersama, katanya x perlukan apa - apa..cuma sediakan sijil spm, pasport dan tiket flight sahaja, bagi yang tak punya asas bahasa arab perlu masuk foundation bahasa arab dhulu selama setahun dan selepas itu terus ke semester 1. Selama pengajian disana tak perlukan bayaran apa - apa, yuran pengajian tidak dikenakan kecuali untuk foundation bahasa arab shaje yg perlukan bayaran. Sebenarnye aku agak terkejut jugak, maklumlah kat Malaysia ni semua kene bayar, ilmu agak mahal disini. Tapi kat sana ilmu begitu murah. Katanya lagi, kebanyakan IPT kat sana semua macam tu, bagaimana di mesir, jordan agaknya? Jika benar, pastilah ianya sesuatu yang amat bagus
Sebenarnya, itulah yang aku mahukan, meneroka sedalam2nya ilmu agama, berada dikalangan mereka, kerana sudah puas ku mengejar ilmu keduniaan. Tapi, ku kat sini masih ada banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan, hutang waktu belajar dulu pun masih belum diselesaikan sepenuhnya, nak berkelana sejauh tu bagi aku perlulah selesaikan segala yang tertunggak kat sini dulu, takut tak sempat, kita kan tak tahu bila mati itu menjemput. Aku berdoa pada Allah agar diberi peluang untuk aku menceduk sebanyak yang aku mampu segala ilmu yang baik selagi aku masih hidup dan berikan aku kekuatan agar aku mampu menyebarkannya, semoga Allah memudahkan urusanku. Semoga Allah memudahkan urusan kalian juga. Ameen~.
No comments:
Post a Comment