Showing posts with label emokori. Show all posts
Showing posts with label emokori. Show all posts

Tuesday, September 18, 2012

Dewasa ini.




"Aku ingin menjadi dewasa."

Itu yg ku selalu monologkan pada hati diwaktu usia yg awal dulu.
Kataku waktu itu, dewasa adalah ertinya bebas.
Dewasa itu boleh berbuat apa saja tanpa halangan.
Dewasa itu penuh dengan gembira dan suka.
Dan usia kecil itu maknanya adalah terkekang.

Dan kini aku adalah dewasa,
Dan rasanya..Seperti mahu saja ku cari mesin masa untuk kembali pada zaman kecil usia.
Seperti ada saja yang serba tak kena.
Terpukul oleh dunia yg seperti tidak bertimbang rasa,
Senaknya membuatkan ku terduduk rebah.
Dan kerana sedar ku ini adalah sebuah perjalanan..lalu ku harus bangkit dan teruskan.
berkali rebah dan bangkit, berulang yg sama.

Fahamkan diri erti sebenar dewasa itu tidak mudah.
Boleh jadi dewasa dan cabaran itu kembar siam yg berlainan acuan mungkin, ia tidak dapat dipisahkan. =.=

Dan kini ku tahu,
Dewasa itu indahnya bukan pada jalan yg dilihat indah,
Dewasa itu..indahnya ada pada susah.
Pada sakit dan rebah..luka berdarah,
Pada bangkitmu ketika kau merasa seperti mahu saja mengalah.
Menempa jiwamu dengan acuan air mata lalu menjadikanmu lebih manusia.
Menjadikanmu dewasa.


Selamat menjadi remaja yang dewasa. :)
Moga menjadi syabab yg berjiwa hebat.






Monday, September 10, 2012

Emosi cinta pada jiwa.

Dunia,
ia takkan pernah senang atau menyenangkan.
Kalau pun senang, ia takkan berkekalan.
tapi,,itulah dunia dan lumrahnya.
Kerana yg penuh menyenangkan itu hanya di Syurga,
yg indahnya kekal selamanya.
Hadiah kepada si pencinta dari sang Pencipta.

______________________________________

Dah hampir 5 bulan ku di Perak,
5bulan yg penuh dengan pelbagai rasa.
Rasa yg datang dari sebab ujian dan dugaan,
emosi serta perasaan.

kasih sayang Allah, bentuknya amat unik.
Ia datang dalam bentuk ujian susah dan gundah,
Dan ujian dugaan yg amat susah bila ia datangnya dalam bentuk kesenangan, ujian kesyukuran.
Ia didatangkan dalam bentuk apa yg sesuai buat hamba, kerana dia Maha Mengetahui tentangnya.

Ku akui, ku menyukai kesenangan itu, Kesenangan dunia dan isinya,
Tapi..jiwaku lebih selesa pada yg berbentuk susah dan gundah, walau dalam masa yg sama ku tidak suka.
Rasa selesa dalam tidak suka.
Kerana..pada setiap susah itu, ia membawaku lebih dekat pada cintaku al Khaliq.
Dan senang dunia tak pernah menjadikan ku hamba yg lebih baik, amat sedikit syukurku.

Tapi,
Semenjak dua ini, Ujian itu datangnya dalam bentuk emosi perasaan,
Anugerah perasaan yg Allah tanamkan dalam hati tiap insan
Cinta kasih dan sayang.
Ia sesuatu yg paling indah kiranya diletakkan pada tempatnya.
Dan yg ku alami ini bukanlah pada tempatnya yang terbaik.


Dan ia tak mudah.


Ya Allah, Kuatkanlah ku pada jalan yang terbaik buatku, iaitu jalanMu
Dan Engkau Tuhanku yg Satu, Tuhan yg Maha Mengetahui akan kekuatanku,
Dan Engkau jualah Tuhan yg Maha Penyayang.
Kuatkanlah aku ya Allah.
Aku mohon dengan sangat,
Aku mohon dengan sangat,
Amin ya Rabbal alamin

Friday, June 22, 2012

Aku di Lumut

Sudah agak lama tak update blog,
Sebab yg jelas adalah malas. Sedikit pengaruh komitmen pada sesuatu yg lebih perlu.

Dah hampir sebulan ku berkelana ke Lumut, Perak..selepas singgah henti di KL mencedok pengalaman dari perigi hidup yg geloranya persis laut, atau ia memang laut?. Mungkin aku yang tidak bisa mengukur dengan tepat. Dan sekarang, ini  aku, di lumut.

Ok, tetiba dah hilang mood nk mengarang. haih~! =.=!


Saturday, April 23, 2011

Yang jauh makin menjauh, yang mendatang belum pasti.



"Apa yang paling jauh dari kita didunia ini?" Soal imam al-Ghazali kepada anak muridnya.
Ada yang jawab Negara Cina..ada juga yang jawab bulan, matahari..bintang-bintang.
Al-Ghazali membenarkan semua jawapan itu, tetapi jawapan yang paling benar ialah 'masa lalu'.

Amat benar.
Gunalah sepanjang hayat hidup yang ada ini untuk mengejar walau seminit masa yang telah berlalu pun, tak akan kembali dekat kita padanya, makin menjauh.

Dan, kerana keinginan manusia amatlah tinggi kepada benda yang paling jauh ini..maka terciptanya teori 'time machine', juga blackhole yang sesetengah orang percaya ia boleh membawa manusia merentas masa,
dan juga doraemon yang kiut itu.

Jika benar masa lalu itu boleh kita kembalikan,
Apa yang kalian akan lakukan?..apa yang ku mahu lakukan?
Yang pastinya, ku tak akan ubah sedikit pun apa yang da berlaku.
Bukanlah kerana ku sudah cukup bahagia sekarang, bukan jugak kerana ku da cukup cemerlang.
Tapi kerana apa yang aku lalui selama ini, pahit atau manis atau masam pun..itu yang menjadikan aku sekarang.
Yang sudah tertetap akan aku yang hari ini, kerana aku percaya ini yang terbaik buatku,
Aku tauhidkan sepenuhnya pada Yang Maha Tahu, Setelah apa yang telah ku cuba.

Dan..
Jika benarlah masa lalu itu kita boleh kembalikan,
Hari ini, pencuri makin berani mencuri,
pembunuh akan membunuh sesuka hati tanpa bimbang akan hukuman.
Kita juga..tak perlu berusaha untuk sesuatu, tangguhkan saja segala.
Kerana masa itu kita boleh kembalikan.
ku yakin sangat..Pasti huru hara, pasti hidup ini akan hanya sekadar mainan.

Sebab tu lah masa lalu tidak boleh kembali,
Doraemon harus kekal sebagai watak kartun..tak boleh jadi real.
begitu juga teori2 mengarut..kekal sebagai karut.

Sebab tu, Jangan remehkan masa yang masih ada.
Kita mungkin terlelap, hanyut pada mimpi indah dunia..
Cepat2 terjaga, celik, bangkit..
Uruskan masa ini agar lebih bermakna, supaya nanti tidak kita sesal akan waktu yang berlalu itu.
Waktu yang berlalu itu pastinya jauh, dan Yang masih tinggal ini tidak pasti bila penamatnya.
Maha Pengasihnya Allah yang masih memberi ruang waktu untuk kita perbaiki diri,
kalau tak, entah dimana lah tempat kita disana.
Bila lihat kematian yang datang pada yg lain..
jadikan ia pengajaran bagi kita agar lebih bersedia untuk menghadapnya.
kerana..Hari esok itu tidak pasti datangnya.

Hidup ini bukan untuk menjadi happy, tetapi untuk jadikan ia bernilai,
akan ada rasa pedih, akan terluka, akan menangis.
Hidup ini adalah satu medan niaga..amal baik atau buruk. matawangnya dosa pahala.
Laburkan saja pada saham akhirat. Urus niaga dengan Allah pasti lebih baik, sederhana lah saja pada dunia.
kita ini memcari tambang untuk balik ke kampung halaman..kampung abadi.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Wednesday, April 20, 2011

Ku yang speechless.

"aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil kerana orang jahil itu tidak pernah faham akan landasan ilmu", - Imam syafie.

ku sokong bebenar dengan statement diatas.
Bukanlah nak cakap aku ni orang yang tinggi ilmunya sampai boleh berhujah dengan 10 orang yang berilmu,
Ilmu ku pun takdelah seberapa..
Masih banyak yang perlu belajar.

Apa yang ku nak sampaikan kat sini sebenarnya..Amatlah susah untuk kita bercakap berkisar tentang sesuatu ilmu dengan orang yang tak berminat dengannya. Contohnya beberapa orang sahabat yang ku sayang itu (no need to mention their name la kan~, sekadar teladan), apa saje yang ku utarakan..walau fakta yang jelas nyata sekali pun, dan tujuannya adalah untuk menyebarkan pengetahuan sesama rakan..ia tetap sia-sia, tetap dibalasnya dengan mainan kebudak-budakan yang sehingga suatu ketika mampu membuat ku naik hangin, sehingga membuatkan ku speechless, membuatkan aku tersenyum hambar..dan aku sendiri tak tahu kenapa aku tersenyum, kerana tak tahu nak cakap ape dah ke? atau..senyum kerana kebodohan ku yang berkali2 tak pernah serik cuba untuk berdiskusi ilmu dengan orang yang tak minat akan ilmu.


Kekadang aku terfikir..
kenapalah Allah meletakkan aku dikalangan mereka2 ni..
Kenapalah Allah tak letakkan aku dalam kelompok orang yang sentiasa dekat dengan ilmu. Kan lebih best~.
Mungkin juga kerana tanggungjawabku,
menjadi penegur jika mereka keterlaluan, menjadi penyokong bagi mereka untuk menjadi insan yang lebih baik.
Bagaimana lah agaknya, sedang aku sendiri masih dalam proses pembaikian kualiti.
Ya Allah..bagi lah ku kekuatan.
Ameen~.

Friday, June 4, 2010

khabar dari sudan

Dah lama la jugak tak dengar khabar dari alox, sahabat dari kedah, sebilik dengan ku time kat polisas dulu. 2 Tahun lepas ada jugak telefon umah dia, mak dia cakap, "Alox x daq, dia pi sudan, blajaq sana." dengan loghat pekat kedah, pastu perbualan yang agak singkat, masih agak kabur sebenarnya, membuatkan aku tertanya-tanya betul ke kat sudan? macam mana boleh hanyut sejauh tu. Dulu dia memang ada bagitau nak dalami ilmu agama bila dah abis blaja kat polisas tapi waktu tu dia x ade la menekankan sangat apa yang dia cakapkan, aku pun sekadar mengangguk tanda menyokong.

Semalam alhamdulillah Allah ketemukan kami kembali, walaupun hanya kat YM, panjang lebar jugaklah perbualan kami. Segala persoalan yg ada kat kepala ku semua dikeluarkan. Sekarang barulah jelas. Memang benar ke sudan dia. University international africa..itu lah tempat dia berkelana. khabarnya dia ambil kuliah dakwah kat sana, alhamdulillah tercapai jugak cita2 dia. Dia ada jugak ajak aku ke sana belajar bersama, katanya x perlukan apa - apa..cuma sediakan sijil spm, pasport dan tiket flight sahaja, bagi yang tak punya asas bahasa arab perlu masuk foundation bahasa arab dhulu selama setahun dan selepas itu terus ke semester 1. Selama pengajian disana tak perlukan bayaran apa - apa, yuran pengajian tidak dikenakan kecuali untuk foundation bahasa arab shaje yg perlukan bayaran. Sebenarnye aku agak terkejut jugak, maklumlah kat Malaysia ni semua kene bayar, ilmu agak mahal disini. Tapi kat sana ilmu begitu murah. Katanya lagi, kebanyakan IPT kat  sana semua macam tu, bagaimana di mesir, jordan agaknya? Jika benar, pastilah ianya sesuatu yang amat bagus

Sebenarnya, itulah yang aku mahukan, meneroka sedalam2nya ilmu agama, berada dikalangan mereka, kerana sudah puas ku mengejar ilmu keduniaan. Tapi, ku kat sini masih ada banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan, hutang waktu belajar dulu pun masih belum diselesaikan sepenuhnya, nak berkelana sejauh tu bagi aku perlulah selesaikan segala yang tertunggak kat sini dulu, takut tak sempat, kita kan tak tahu bila mati itu menjemput. Aku berdoa pada Allah agar diberi peluang untuk aku menceduk sebanyak yang aku mampu segala ilmu yang baik selagi aku masih hidup dan berikan aku kekuatan agar aku mampu menyebarkannya, semoga Allah memudahkan urusanku. Semoga Allah memudahkan urusan kalian juga. Ameen~.