Saturday, April 23, 2011

Yang jauh makin menjauh, yang mendatang belum pasti.



"Apa yang paling jauh dari kita didunia ini?" Soal imam al-Ghazali kepada anak muridnya.
Ada yang jawab Negara Cina..ada juga yang jawab bulan, matahari..bintang-bintang.
Al-Ghazali membenarkan semua jawapan itu, tetapi jawapan yang paling benar ialah 'masa lalu'.

Amat benar.
Gunalah sepanjang hayat hidup yang ada ini untuk mengejar walau seminit masa yang telah berlalu pun, tak akan kembali dekat kita padanya, makin menjauh.

Dan, kerana keinginan manusia amatlah tinggi kepada benda yang paling jauh ini..maka terciptanya teori 'time machine', juga blackhole yang sesetengah orang percaya ia boleh membawa manusia merentas masa,
dan juga doraemon yang kiut itu.

Jika benar masa lalu itu boleh kita kembalikan,
Apa yang kalian akan lakukan?..apa yang ku mahu lakukan?
Yang pastinya, ku tak akan ubah sedikit pun apa yang da berlaku.
Bukanlah kerana ku sudah cukup bahagia sekarang, bukan jugak kerana ku da cukup cemerlang.
Tapi kerana apa yang aku lalui selama ini, pahit atau manis atau masam pun..itu yang menjadikan aku sekarang.
Yang sudah tertetap akan aku yang hari ini, kerana aku percaya ini yang terbaik buatku,
Aku tauhidkan sepenuhnya pada Yang Maha Tahu, Setelah apa yang telah ku cuba.

Dan..
Jika benarlah masa lalu itu kita boleh kembalikan,
Hari ini, pencuri makin berani mencuri,
pembunuh akan membunuh sesuka hati tanpa bimbang akan hukuman.
Kita juga..tak perlu berusaha untuk sesuatu, tangguhkan saja segala.
Kerana masa itu kita boleh kembalikan.
ku yakin sangat..Pasti huru hara, pasti hidup ini akan hanya sekadar mainan.

Sebab tu lah masa lalu tidak boleh kembali,
Doraemon harus kekal sebagai watak kartun..tak boleh jadi real.
begitu juga teori2 mengarut..kekal sebagai karut.

Sebab tu, Jangan remehkan masa yang masih ada.
Kita mungkin terlelap, hanyut pada mimpi indah dunia..
Cepat2 terjaga, celik, bangkit..
Uruskan masa ini agar lebih bermakna, supaya nanti tidak kita sesal akan waktu yang berlalu itu.
Waktu yang berlalu itu pastinya jauh, dan Yang masih tinggal ini tidak pasti bila penamatnya.
Maha Pengasihnya Allah yang masih memberi ruang waktu untuk kita perbaiki diri,
kalau tak, entah dimana lah tempat kita disana.
Bila lihat kematian yang datang pada yg lain..
jadikan ia pengajaran bagi kita agar lebih bersedia untuk menghadapnya.
kerana..Hari esok itu tidak pasti datangnya.

Hidup ini bukan untuk menjadi happy, tetapi untuk jadikan ia bernilai,
akan ada rasa pedih, akan terluka, akan menangis.
Hidup ini adalah satu medan niaga..amal baik atau buruk. matawangnya dosa pahala.
Laburkan saja pada saham akhirat. Urus niaga dengan Allah pasti lebih baik, sederhana lah saja pada dunia.
kita ini memcari tambang untuk balik ke kampung halaman..kampung abadi.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

1 comment:

xcyber said...

mintak simpang la yer..