Wednesday, April 13, 2011

Hikayat seorang regular costumer.

There's a town called kepong, lived a regular guy name mr.B
and..at the end of the town, there's a kedai mamak that mr.B always come around.
boleh dikatakan twice a day jugak lah mr.B ni singgah kat kedai mamak tu, so dia dan mamak2 tu memang dah kenal sangat muka masing2 dah..ibarat kata, boleh bagitau dah kat mana tahi lalatnya, brapa saiz kasut dia pakai..ha, smpai camtu skali.
oleh kerana itu, mr. B ni terpangkatlah sebagai regular costumer kat kedai mamak tu.

Dari awal mr.B ni berkenalan dengan kedai mamak tu sampai lah sekarang, apa yang di ordernya adalah teh o panas dan ade lah menu2 yang lain..tapi teh o memang dah jadi pemalar. Ehe.

Suatu hari yang malam, mr.B ni rasa macam mengantuk sangat, teringat pula ada kerja lagi yang belum siap..untuk itu bergeraklah dia ke kedai mamak untuk mencari ubat mengantuk.

'Teh o tidak berkesan pada mata yang mengantuk, pada sembelit mungkin mujarab'..teringat mr.B pesan orang tua dulu2 akan petua itu.
Ada yang cakap caffeine boleh hilangkan mengantuk..lalu mr.B membuat keputusan untuk mengubah selera kepada nescafe 'kaw' pada malam tersebut.

"Apa makan?" tanya mamak the waiter itu kepada mr.B sambil melemparkan senyuman yang menggoda. mukanya sedikit iras kawan spupu hitrik rosyam.

mr.B membelek2 menu yang ada ditangannya.
"erm, mee bandung ye~."
entah kenapa mr.B boleh terlekat dengan mee bandung buatan mamak tu, padahal diorang bukan berasal daripada indonesia pun. tapi rasa mee bandungnya, serta dekorasi pada mangkuk mee itu membuat mr.B sering membuka ruang di perutnya.
"nescafe o kaw ye~." mr.B meminta minuman dengan sedikit suara yang menekan supaya jelas.
"wokei~" balas mamak itu sambil beredar ke dapur,

belum lagi sampai ke dapur, dia menjerit kepada si pembancuh air.." %$%#^nescafe o kaw%$@$ "
belum sempat si pembancuh air nak bancuh air..dipintas oleh seorang lagi mamak.
lagaknya seperti leader kat situ, "nonono, teh o panas^%^$%"
the waiter tadi tak puas ati, dia yakin dia tidak pekak dan dia dengar dengan jelas bahawa mr.B meng'order' nescafe o kaw dan bukannya teh o panas.
Tapi mamak the leader itu masih berkeras mengatakan the waiter itu salah dengar, kerana dia amat kenal dengan selera regular costumernya.

Hal ini membuatkan mamak the waiter itu menjadi sangsi, keyakinannya goyah.."adakah pendengaranku bermasalah?".."adakah perlu aku ke hospital untuk membuat check up?".
lalu kemenangan berpihak kepada the leader.

maka sampailah teh o panas yang tidak dipesan itu kepada mr.B
mr.B menjadi serba salah, nak ditukar nanti membazir pula teh o panas ni, kalau tak tukar tak dapat lah nak berjaga malam ni.
Akhirnya, setelah mempertimbangkan segalanya, termasuk effort yg telah diberikan untuk membuat air itu, serta effort dan layanan yang diberikan oleh mamaks kepadanya sebagai regular costumer..lalu dia diamkan saja, dan meneguk teh o panas itu dengan perlahan dan redha. mungkin memang teh o panas ini adalah pemalar antara dia dan kedai mamak itu.
semenjak itu, apa sahaja minuman yang diordernya, akan tetap sampai teh o panas.
mungkin inilah nasib seorang regular costumer.

No comments: