Sunday, April 17, 2011

Perutmu itu tidak bersalah!.


Post yang kali ini adalah untuk ku nak membela Semua perut yg ada dibumi ni, untuk melepaskan perut-perut daripada tuduhan melulu tuannya sendiri.

Jika perut itu mampu bercakap..nescaya akan berkata sang perut, "Bukan aku..bukan aku yang lapar itu!".

Habis tu? kalau bukan perut..ape yang lapar kan~?
Ha..biarkan ku jadi doktor untuk post yg kali ini..

Dengarlah ini ceritera sang perut yang dikambinghitamkan.

Orang demam, walaupun perutnya kosong tetapi tidak merasa lapar..atau 'takde selera' atau 'tak sedap mulut'
Begitu juga baby yang baru lahir, mereka tidak merasa lapar untuk beberapa hari.

"A'a la..ye la kn? betul jugak tu! macam mane eh? cecite! cecite!" <-- Mesti ni yg akan terpancul daripada mulut kalian, sambil membuat2 muka hairan selepas membaca statement diatas.. Aha!

Ok. ini cerita nye.

Apabila incik darah kekurangan bahan nutrisi, dia akan menghantar mesej kepada incik otak melalui saraf yang bertindak sebagai posmen. Kekurangan bahan nutrisi adalah disebabkan oleh aktiviti harian yang banyak menggunakan tenaga.

Orang yang sakit atau demam biasanya tidak melakukan banyak aktiviti, mereka lebih banyak menghabiskan masa mereka dengan berehat sambil menonton crite naruto atau drama korea. ceh!
Jadi, tidak hairanlah mereka tidak merasa lapar untuk jangkamasa 1 atau 2 hari walaupun perut mereka kosong..kerana masih ada lebihan tenaga yang masih belum digunakan.

Jadi, bila nak habis je nutrisi dalam darah, mesej akan terus dihantar ke 'pusat kelaparan' yang berada di otak.
'Pusat kelaparan' ni macam break kepada perut dan usus..dia akan memberhentikan semua kerja dan aktiviti yang berjalan di perut dan usus. Yang peliknya, walaupun 'pusat kelaparan' dah break kerja2 kat usus dan perut, ia masih lagi aktif..Ha..sebab tu la bila lapar akan kedengaran lagu dondang sayang berdendang diperut.

Dan..bila dah betul2 lapar..apa yang ada kat depan mata semua boleh rembat, sedap ke..masam ke..manis ke..tawar ke..janji boleh masuk perut, dah tak memilih dah time tu kn~.
Dan setiap makanan yang dimakan ada kerja dan fungsi mereka, bukan sekadar makan dan kenyang.
Yang kita perlukan adalah bahan nutrisi yang ada pada makanan tersebut.
Contohnya, protein adalah nitrogenous compounds untuk tumbesaran body..repair of muscles and tissues,. Carbohydrates and fats produce heat energy in the body. Minerals build the bones and tissues..Vitamins untuk elakkan penyakit..Dan water merupakan watak yang amat penting. water akan menjadi medium pembawa nutrisi dan oksigen ke different parts dalam body.

Kekurangan nutrisi ni bleh menyebabkan penyakit sebenarnya..

Dan sebagai konklusinya, Kekurangan nutrisi lah yang menyebabkan rasa lapar.
Sapa yang salah?
kalian la kn~kn~..sapa suruh ambil makanan yang kurang nutrisi, pastu salahkan perut pula yang dikatakan lapar.

Jadi kalian..pegang perut masing2 dan cakap.."Gome ne ichou-san!".
atau bahasa jepunnya.."maaf incik perut!".

Sekian daripada dr.kori. ^^

No comments: