Dalam isu membakar alQuran, menghina Rasulullah,,dan segala macam penghinaan lagi keatas islam ni, En.kori rase la kan, berdiam diri lebih baik. tak perlu membalas dengan cacian dan makian, tak perlu habiskan dakwat atau tenaga utk hantar petisyen atau surat bantahan. Juga tak perlu habiskan masa dengan demonstrasi jalanan.. (Uis~..biar betul en.kori ni! tak kan nak biar je islam dihina! ).
Diam bukan bermakna setuju, izin bukan bererti redha!
Ye, memang betul..Kalau buat bantahan, ada juga kemungkinan perbuatan mereka dapat dihentikan seketika disebabkan oleh tekanan yang diberikan keatas mereka. Tapi! ini tak bermakna mereka akan quit terus. Hati mereka masih sama.
Salah satu tujuan mereka berbuat perkara yang tak berakal ni adalah sengaja untuk memarakkan api kemarahan orang islam. Supaya dunia melihat..bagaimana gelabahnya islam menghadapi tohmahan ni. Sekiranya marah menguasai kita, emosi kita terganggu, maka berjayalah plan mereka. Jadi..kita diamkan diri je.
...."Habis tu. biarkan je la mereka kata islam lemah? mudah dipermainkan?"...
Diam tak bermakna mudah dipermainkan. Diam kita kerana tak nak layan permainan jahil lagi tak bermanfaat ni.
...."Sebab apa en.kori kata ni satu permainan? ni kan isu besar!"...
Sebab, hanya budak-budak kecik yang belum sempurna akal je main permainan macam ni..tuduh menuduh yang kosong.
"Ayah aku hebat! ayah ko tak hebat! Ayah aku hebat sebab misai dia lagi lebat!"....kalau ada budak cakap macam ni kat kalian, bukan sekali dua kali, tapi berkali2~..adakah kalian akan membantah sekeras-kerasnya budak tersebut? atau menghantar surat bantahan kepada mak bapak budak tersebut? atau balas balik seperti budak tu kata? En.kori pasti kalian akan buat derk~je (buat tak kisah). Sebab kalian tahu yang budak tu hanya budak yang tak tahu apa-apa.
Samalah dengan keadaan sekarang, jika kita melayan mereka..makin menjadi2 nanti. Jadi..lebih baik diamkan diri, lama kelamaan letih jugak mereka nanti. dan berdoalah agar mereka diberikan hidayah oleh Allah. Mereka adalah orang2 yang penuh semangat, bagus juga kalau mereka islam. ^^
ingat, Allah sentiasa menjaga kalam-Nya.
Mereka tak sedar sebenarnya, apa yang mereka lakukan selama ini makin menarik umat dunia mengenal islam yang indah ini. Amat hebat rencana Allah.
Dan, Jika benar kita nak bersuara, hamburkan pada musuh yang sudah jelas, zionis yang menzalimi palestine.
Bebaskan alQuds..biar palestine kembali damai bersama islam.
No comments:
Post a Comment