Tuesday, August 31, 2010

Virus dalam jiwa bangsa



Apa yg dijunjung duhulunya sehingga kini bukanlah sebuah kemerdekaan. Ia adalah Permulaan derap langkah menuju kemajuan, dan kemerdekaan yg kita harapkan itu masih jauh. Dengan apa yg ada pada hari ini..kemerdekaan itu masih jauh. Kita yg makin hanyut dengan ilusi kemerdekaan. Hasil buah tangan penjajah.


Pejajahan minda, Ia bukan bukanlah sebuah agenda atau pelan yang dirancang, saya pasti.
Kerana mereka yang dikatakan penjajah juga telah  sedia rosak kerana minda sebegini, Ia adalah virus! mereka sekadar berkongsi virus yang mereka hidapi sebagai buah tangan. Dan kita menerimanya tanpa ada penolakan sedikit pun. 

Oleh sebab itu, tidak harus mereka dikambinghitamkan kerana gejala yang kita hadapi sekarang. Kerana kita yang rela menerima tanpa paksa. Diibaratkan, seseorang datang kepadamu lalu menghulurkan sebungkus hadiah sambil berkata," Ini adalah hadiah dariku untukmu, ia adalah sejenis virus yg amat merbahaya yang bisa menghancurkan seluruh bangsa, aku sedang menghidapinya dan aku mahu berkongsi denganmu. orh..satu lagi, ia boleh jadi merosakkanmu tanpa sedar." Lalu kita menerimanya sambil berkata," Terimakasih banyak2~, saya tak kisah bahaya sebesar mana pun, dan saya memang suka sesuatu yang seperti ini."..Reaksi yang pelik bukan? sepatutnya kita lari, atau menolak, tapi kita menerimanya malah dengan tangan yang terbuka, itulah hakikat.

Jadi, Selagi kita tidak mampu menolak virus ini, selagi kita masih enjoy dengan virus ini, kita tak akan menemui vaksin bagi penyakit ini.

Sampai bila lagi?

Thursday, August 26, 2010

Belajar hikmah cara Socrates

Dipetik dari laman: Saifulislam.com


Saya menerima sebuah email berbunyi:

“Assalamualaikum ustaz. Saya nak minta pandangan ustaz tentang hasrat saya berhenti belajar. Saya sudah hilang minat dengan study saya sekarang. Untuk pengetahuan ustaz, saya sedang menuntut di sebuah IPT di dalam bidang kejuruteraan. Saya mahu belajar agama, supaya saya faham al-Quran dan al-Sunnah. Kalau boleh saya mahu jadi macam ustaz dan rasanya saya cemburu dengan ustaz. Saya bercadang untuk ke Negara Arab dan mohon ustaz tolong saya dapatkan fund untuk saya ke sana.”

Kepada pelajar berkenaan, dan rakan-rakan yang sehasrat dengannya, saya perturunkan kisah di bawah ini sebagai panduan:

Suatu hari, seorang pemuda datang kepada Socrates dan berkata, “saya mahu belajar dan tahu semua yang kamu tahu!”
“Kalau itu yang kamu mahukan, mari ikut aku ke sungai” jawab Socrates.
Dengan perasaan penuh ghairah, pemuda tersebut mengekori Socrates berjalan menuju ke sungai yang dimaksudkan. Apabila tiba di tebing sungai, Socrates memanggil pemuda tersebut, menyuruhnya merenung ke air.
“Tengok betul-betul dalam air tu, apa yang kamu nampak?” katanya.
“Saya tak nampak apa-apa pun”, jawab pemuda tersebut.
“Tengok betul-betul. Dekatkan lagi kepala kamu itu ke air” tegas Socrates.
Apabila pemuda itu meniarap dan mendekatkan mukanya ke air, Socrates segera memegang kepalanya dan membenamkan ia ke dalam air! Pemuda tersebut meronta-ronta dan tangannya terkapai-kapai kelemasan.
Terdesak!
Bila mana pemuda tersebut kelihatan sudah seperti mahu lemas, Socrates menarik keluar kepalanya dan menyandarkan beliau ke tebing.
“Hoi orang tua. Engkau gila ke apa?” tanya lelaki itu sambil terbatuk-batuk mencuba nafas.
“Engkau nak bunuh akukah?” geram benar bunyinya.
“Semasa aku benamkan kepala engkau ke dalam air, apakah benda yang paling engkau hajatkan pada detik itu?” tanya Socrates.
“Aku nak bernafas, aku mahukan udara!” jawabnya tegas.
“Jangan sekali-kali kamu tersilap fikir bahawa HIKMAH itu boleh diperolehi dengan mudah, wahai anak muda” kata Socrates.
“Apabila kamu mahu belajar, seperti kamu mahu dan berhajat kepada udara sebentar tadi, barulah datang kepadaku” tegas Socrates, menyimpulkan pelajaran pertamanya petang itu.

[petikan The 7 Habits of Highly Effective Teens - Sean Covey]

Habiskan dahulu pengajian anda. Jika selepas setahun dan berhasil menggenggam segulung ijazah, anda masih mempunyai semangat yang sama tinggi untuk mengaji agama, maka benarlah anda memang patut mengaji agama dan mengkhususkan diri di bidang tersebut. Jika selepas menggenggam ijazah, semangat anda sudah pudar dan timbul pula hasrat-hasrat yang lain, maka bersyukurlah kerana Allah telah menyelamatkan bidang agama daripada didokong oleh orang yang semangatnya hangat-hangat tahi ayam

Tuesday, August 24, 2010

syahadah gadis aties (Novel)




Syahadah gadis aties - Karangan Imran Haaz

First saya dapat tau novel ni adalah daripada akhbar metro. Hari tu jugak saya pergi dapatkannya kat kedai darul ansar. Saya bukanlah pencinta novel, ataupun pembaca novel yg tegar. Tapi novel ni amat menarik minat saya. Melihatkan pada tajuk novel 'syahadah gadis aties' sudah pasti akan ada elemen perbahasan agama didalamnya. Dan telahan saya tepat, malah lebih dari apa yang saya sangka.

Novel ni, apa yang saya boleh gambarkan adalah sebuah buku perbandingan atau perbahasan agama tetapi digarapkan dalam bentuk novel. Dari permulaan sehingga akhir mukasurat, boleh dikatakan penuh dengan hujah dan dalil. Kebanyakan persoalan popular daripada non-muslim serta tuduhan dan tohmahan mereka terjawab dalam novel ni, malah hujahnya begitu jelas dan boleh diterima akal, ditambah kuat lagi dengan selingan dalil2 daripada alQuran serta kitab2 agama lain.

Ia mengisahkan seorang pemuda yang agak 'rock' menaiki tren untuk balik kampung dan terserempak dengan seorang gadis melayu yang ragu2 tentang kewujudan tuhan. Dan mereka duduk ditempat yang bersebelahan didalam train tersebut disepanjang perjalanan mereka. Dari situ bermulalah perbualan mereka tentang tuhan, tentang agama, tentang islam.

Secara keseluruhannya, buku ni adalah sederhana sebagai  novel, TETAPI, ia bagus sebagai buku perbandingan agama atau lebih mudahnya dilabelkan sebagai buku menjawab tohmahan terhadap islam. Amat bagus dan saya sarankan untuk dibaca...  ----> A

Monday, August 23, 2010

PlainCoffee.

hurm.~
Sebenarnya, ku pun fening dengan blog plaincoffee ni =.="
Jadi ku campurkannya dengan semua perisa, ada tentang hidup, tentang kehidupan, ada tentang islam, tentang hukum hakam, tentang hiburan yg diharap tak melalaikan, sedikit perencah puitis, dan apa saja yang menarik pada mata dan minda ku, apa saja yg boleh ku kongsikan, ku campurkan semua. Blog yg tidak spesifik pada satu arah sahaja.


Dan, ku bukanlah seorang yang arif berbunga bahasa, apa yang keluar itu yg ditaip. InshaAllah, gaya penulisan ini akan di'improve' . Idea pun bukan selalu datang ketika menatap skrin bercahaya ni. Selalunya idea datang ketika sedang berjalan, atau terlihat sesuatu..ia datang secara spontan dan ia tidak kekal lama disitu. Masalah yang paling besar ku hadapi adalah apa yg dikatakan sebagai penyakit bagi ilmu, iaitu pelupa. Apa yg dibaca, apa yg diletak atau disimpan mudah saja hilang dan lupa. Ia tidaklah kronik sampai tahap amnesia =.=". tapi ia benar-benar tidak bagus untuk ku. Kata Hasan Al-Basri berkata: "Kalaulah tidak kerana lupa nescaya banyak lah ilmu sesorang ". 


Ya Allah, Kuatkanlah daya ingatanku..Ameen ya Rabbal alameen~ ^^


Copy artikel?. yeup~! itu sudah menjadi kebiasaan, satu perkongsian yang bermanfaat. Yang menarik, yang baik akan ku kongsikan. kata orang sharing is caring. Dan ia juga berlaku bila ketandusann idea ataupun sekadar nak update blog supaya tak bersawan. 


So, 
coffee?

Pemikiran salafi

Aulawiyaat Al Harokah Al Islamiyah fil Marhalah Al Qodimah - Dr.Yusuf Al Qordhowi

Yang dimaksud dengan "Pemikiran Salafi" di sini ialah kerangka berpikir (manhaj fikri) yang tercermin dalam pemahaman generasi terbaik dari ummat ini. Yakni para Sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia, dengan mempedomani hidayah Al-Qur'an dan tuntunan Nabi SAW.

Kriteria Manhaj Salafi yang Benar

Yaitu suatu manhaj yang secara global berpijak pada prinsip berikut :
  1. Berpegang pada nash-nash yang ma'shum (suci), bukan kepada pendapat para ahli atau tokoh.
  2. Mengembalikan masalah-masalah "mutasyabihat" (yang kurang jelas) kepada masalah "muhkamat" (yang pasti dan tegas). Dan mengembalikan masalah yang zhanni kepada yang qath'i.
  3. Memahami kasus-kasus furu' (kecil) dan juz'i (tidak prinsipil), dalam kerangka prinsip dan masalah fundamental.
  4. Menyerukan "Ijtihad" dan pembaruan. Memerangi "Taqlid" dan kebekuan.
  5. Mengajak untuk ber-iltizam (memegang teguh) akhlak Islamiah, bukan meniru trend.
  6. Dalam masalah fiqh, berorientasi pada "kemudahan" bukan "mempersulit".
  7. Dalam hal bimbingan dan penyuluhan, lebih memberikan motivasi, bukan menakut-nakuti.
  8. Dalam bidang aqidah, lebih menekankan penanaman keyakinan, bukan dengan perdebatan.
  9. Dalam masalah Ibadah, lebih mementingkan jiwa ibadah, bukan formalitasnya.
  10. Menekankan sikap "ittiba'" (mengikuti) dalam masalah agama. Dan menanamkan semangat "ikhtira'" (kreasi dan daya cipta) dalam masalah kehidupan duniawi.
Inilah inti "manhaj salafi" yang merupakan khas mereka. Dengan manhaj inilah dibinanya generasi Islam terbaik, dari segi teori dan praktek. Sehingga mereka mendapat pujian langsung dari Allah di dalam Al-Qur'an dan Hadits-Hadits Nabi serta dibuktikan kebenarannya oleh sejarah. Merekalah yang telah berhasil mentransfer Al-Qur'an kepada generasi sesudah mereka. Menghafal Sunnah. Mempelopori berbagai kemenangan (futuh). Menyebarluaskan keadilan dan keluhuran (ihsan). Mendirikan "negara ilmu dan Iman". Membangun peradaban robbani yang manusiawi, bermoral dan mendunia. Sampai sekarang masih tercatat dalam sejarah.

Citra "Salafiah" Dirosak oleh Pihak yang Pro dan Kontra

Istilah "Salafiah" telah dirusak citranya oleh kalangan yang pro dan kontra terhadap "salafiah". Orang-orang yang pro-salafiah - baik yang sementara ini dianggap orang dan menamakan dirinya demikian, atau yang sebagian besar mereka benar-benar salafiyah - telah membatasinya dalam skop formalitas dan kontroversial saja, seperti masalah-masalah tertentu dalam Ilmu Kalam, Ilmu Fiqh atau Ilmu Tasawuf. Mereka sangat keras dan garang terhadap orang lain yang berbeda pendapat dengan mereka dalam masalah-masalah kecil dan tidak prinsipil ini. Sehingga memberi kesan bagi sementara orang bahwa manhaj Salaf adalah metoda "debat" dan "polemik", bukan manhaj konstruktif dan praktis. Dan juga mengesankan bahwa yang dimaksud dengan "Salafiah" ialah mempersoalkan yang kecil-kecil dengan mengorbankan hal-hal yang prinsipil. Mempermasalahkan khilafiah dengan mengabaikan masalah-masalah yang disepakati. Mementingkan formalitas dan kulit dengan melupakan inti dan jiwa.
Sedangkan pihak yang kontra-salafiah menuduh faham ini "terbelakang", senantiasa menoleh ke belakang, tidak pernah menatap ke depan. Faham Salafiah, menurut mereka, tidak menaruh perhatian terhadap masa kini dan masa depan. Sangat fanatis terhadap pendapat sendiri, tidak mau mendengar suara orang lain. Salafiah identik dengan anti pembaruan, mematikan kreatifitas dan daya cipta. Serta tidak mengenal moderat dan pertengahan.
Sebenarnya tuduhan-tuduhan ini merusak citra salafiah yang hakiki dan penyeru-penyerunya yang asli. Barangkali tokoh yang paling menonjol dalam mendakwahkan "salafiah" dan membelanya mati-matian pda masa lampau ialah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah beserta muridnya Imam Ibnul-Qoyyim. Mereka inilah orang yang paling pantas mewakili gerakan"pembaruan Islam" pada masa mereka. Karena pembaruan yang mereka lakukan benar-benar mencakup seluruh disiplin ilmu Islam.
Mereka telah menumpas faham "taqlid", "fanatisme madzhab" fiqh dan ilmu kalam yang sempat mendominasi dan mengekang pemikiran Islam selama beberapa abad. Namun, di samping kegarangan mereka dalam membasmi "ashobiyah madzhabiyah" ini, mereka tetap menghargai para Imam Madzhab dan memberikan hak-hak mereka untuk dihormati. Hal itu jelas terlihat dalam risalah "Raf'l - malaam 'anil - A'immatil A'lam" karya Ibnu Taimiyah.
Demikian gencar serangan mereka terhadap "tasawuf" karena penyimpangan-penyimpangan pemikiran dan aqidah yang menyebar di dalamnya. Khususnya di tangan pendiri madzhab "Al-Hulul Wal-Ittihad" (penyatuan). Dan penyelewengan perilaku yang dilakukan para orang jahil dan yang menyalahgunakan "tasawuf" untuk kepentingan pribadinya. Namun, mereka menyadari tasawuf yang benar (shahih). Mereka memuji para pemuka tasawuf yang ikhlas dan robbani. Bahkan dalam bidang ini, mereka meninggalkan warisan yang sangat berharga, yang tertuang dalam dua jilid dari "Majmu' Fatawa" karya besar Imam Ibnu Taimiyah. Demikian pula dalam beberapa karangan Ibnu-Qoyyim. Yang termasyhur ialah "Madarijus Salikin syarah Manazil As-Sairin ila Maqomaat Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in", dalam tiga jilid.

Mengikut Manhaj Salaf Bukan Sekadar Ucapan Mereka

Yang perlu saya tekankan di sini, mengikut manhaj salaf, tidaklah berarti sekedar ucapan-ucapan mereka dalam masalah-masalah kecil tertentu. Adalah suatu hal y ang mungkin terjadi, anda mengambil pendapat-pendapat salaf dalam masalah yang juz'i (kecil), namun pada hakikatnya anda meninggalkan manhaj mereka yang universal, integral dan seimbang. Sebagaimana juga mungkin, anda memegang teguh manhaj mereka yang kulli (universal), jiwa dan tujuan-tujuannya, walaupun anda menyalahi sebagian pendapat dan ijtihad mereka.
Inilah sikap saya pribadi terhadap kedua Imam tersebut, yakni Imam Ibnu Taimiyah dan Ibnul-Qoyyim. Saya sangat menghargai manhaj mereka secara global dan memahaminya. Namun, ini tidak berarti bahwa saya harus mengambil semua pendapat mereka. Jika saya melakukan hal itu berarti saya telah terperangkap dalam "taqlid" yang baru. Dan berarti telah melanggar manhaj yang mereka pegang dan perjuangkan sehingga mereka disiksa karenanya. Yaitu manhaj "nalar" dan "mengikuti dalil". Melihat setiap pendapat secara obyektif, bukan memandang orangnya. Apa artinya anda protes orang lain mengikut (taqlid) Imam Abu Hanifah atau Imam Malik, jika anda sendiri taqlid kepada Ibnu Taimiyah atau Ibnul-Qoyyim
Juga termasuk menzalimi kedua Imam tersebut, hanya menyebutkan sisi ilmiah dan pemikiran dari hidup mereka dan mengabaikan segi-segi lain yang tidak kalah penting dengan sisi pertama. Sering terlupakan sisi Robbani dari kehidupan Ibnu Taimiyah yang pernah menuturkan kata-kata: "Aku melewati hari-hari dalam hidupku dimana suara hatiku berkata, kalaulah yang dinikmati ahli syurga itu seperti apa yang kurasakan, pastilah mereka dalam kehidupan yang bahagia".
Di dalam sel penjara dan penyiksaannya, beliau pernah mengatakan: "Apa yang hendak dilakukan musuh terhadapku? Kehidupan di dalam penjara bagiku merupakan khalwat (mengasingkan diri dari kebisingan dunia), pengasingan bagiku merupakan rekreasi, dan jika aku dibunuh adalah mati syahid".
Beliau adalah seorang laki-laki robbani yang amat berperasaan. Demikian pula muridnya Ibnul-Qoyyim. Ini dapat dirasakan oleh semua orang yang membaca kitab-kitabnya dengan hati yang terbuka.
Namun, orang seringkali melupakan, sisi "dakwah" dan "jihad" dalam kehidupan dua Imam tersebut. Imam Ibnu Taimiyah terlibat langsung dalam beberapa medan pertempuran dan sebagai penggerak. Kehidupan dua tokoh itu penuh diwarnai perjuangan dalam memperbarui Islam. Dijebloskan ke dalam penjara beberapa kali. Akhirnya Syaikhul Islam mengakhiri hidupnya di dalam penjara, pada tahun 728 H. Inilah makna "Salafiah" yang sesungguhnya.
Bila kita alihkan pandangan ke zaman sekarang, kita temukan tokoh yang paling menonjol mendakwahkan "salafiah", dan paling gigih mempertahankannya lewat artikel, kitab karangan dan majalah pembawa missi "salafiah", ialah Imam Muhammad Rasyid Ridha. Pem-red majalah "Al-Manar' yang selama kurun waktu tiga puluh tahun lebih membawa "bendera" salafiah ini, menulis Tafsir "Al-Manar" dan dimuat dalam majalah yang sama, yang telah menyebar ke seluruh pelosok dunia.
Rasyid Ridha adalah seorang "pembaharu" (mujaddid) Islam pada masanya. Barangsiapa membaca "tafsir"nya, sperti : "Al-Wahyu Al-Muhammadi", "Yusrul-Islam", "Nida' Lil-Jins Al-Lathief", "Al-Khilafah", "Muhawarat Al-Mushlih wal-Muqollid" dan sejumlah kitab dan makalah-makalahnya, akan melihat bahwa pemikiran tokoh yang satu ini benar-benar merupakan "Manar" (menara) yang memberi petunjuk dalam perjalanan Islam di masa modern. Kehidupan amalinya merupakan bukti bagi pemikiran "salafiah"nya.
Beliaulah yang merumuskan sebuah kaidah "emas" yang terkenal dan belakangan dilanjutkan Imam Hasan Al-Banna. Yaitu kaidah :
"Mari kita saling bekerja sama dalam hal-hal yang kita sepakati. Dan mari kita saling memaafkan dalam masalah-masalah yang kita berbeda pendapat."
Betapa indahnya kaidah ini jika dipahami dan diterapkan oleh mereka yang meng-klaim dirinya sebagai "pengikut Salaf"

credit to al-nidaa.com.my

Sunday, August 22, 2010

Ya Ramadan!




Ya Ramadan!, by Noor Syed

In the name of Allah, the most Merciful, the most Kind
A blessed month is casting its shadow upon us
A night of this month is better than a thousand months
Bear with patience for the sake of Ar-Rahman
It's a continuous training to strengthen our Imaan.


Glory be to Allah who sent Ramadan as a mercy to mankind
Its a purification of our soul, our heart, and our mind
With the most sincere devotion and love we fast 
To be cleansed and free from sins of the past


Glorified is He, who choseth this holy month,
To test our sabr and fill our hearts with warmth
Of his Divine Light, His blessings shall glow,
The Seer of the unseen, all He does know


Ya Allah! For thee, let my breath be more pleasant than musk
Ya Allah! For thee, let me be thankful when day turns to dusk
My thoughts and heart are purified, my eyes truly see'
This blessed month, the month of spiritual rhapsody!


Ya Allah! For thee, my life I shall live!
Ya Allah! For thee, my soul I shall give!
In the name of Allah, the most Merciful, the most Kind,
Praise be to Allah, who sent Ramadan as a gift to mankind

Topik: Tempat makan awam

Pernah kerja kat kedai makan? atau restoran? atau seumpamanya?
ku pernah, dan hari ini saya masih lagi kerja ditempat seumpama itu walaupun sekadar part-time job. Kerja saya bermula pada pukul 6 petang, habis pada pukul 9.30malam, sebagai pembancuh air, sebagai pekerja am (basuh dan kutip pinggan, mop dan sapu lantai). Ada sesetengah orang cakap,"Sia-sia lah belajar tinggi2, tapi kerja tempat macam tu"..Ada juga yang cakap,"malu ah! nanti awek tak pandang". 


PERANAN, itu adalah perkataan yg kita perlu fikirkan. Setiap apa yg Allah ciptakan itu tidak sia-sia, hatta daun kering yg gugur itu pun ada peranannya. Begitu juga dengan kerja, Setiap darinya berperanan dan memainkan peranan masing2. Jika pekerja am di tempat makan awam tiada maka persekitaran tempat itu pasti kotor tidak terjaga, nak makan kat situ pun tak ada selera. Lalu hilang pelanggan, dan kesannya adalah pada periuk nasi pemilik tempat makan itu. Terpaksalah ditutup disebabkan tidak laku kerana ketiadaan pelanggan. Sekiranya ia terjadi kepada seluruh tempat makan awam didunia, pastinya tiada lagi kedai makan, restoran, medan selera atau seumpanya kat dunia ni, maka kadar pengangguran pun meningkat..kn? itu adalah contoh mudah. Apa yg ku nak nyatakan disini adalah Setiap sesuatu ada peranan masing2, jadi jangan perkecilkan. Ku pun dibesarkan oleh seorang ibu yang bekerja sebagai tukang sapu dan ku bangga. Apa yang nak dimalukan? Selagi ia halal dan toyyib.


Berbalik pada topik asal. Sebenarnya, banyak perkara yang kita boleh pelajari daripada tempat yang dinamakan "tempat makan awam" ni. Dan kerana jasa tempat inilah yg sedikit sebanyak mengubah hidup ku menjadi seorang yang lebih baik. Disamping mampu mendidik diri, dari tempat makan ini juga kita boleh menilai personaliti seseorang. Masing2 dengan gaya makan yang berbeza, Makan makanan yg berbeza2, bahkan cara order pun berbeza.


Menurut pemerhatian ku, kebiasaannya Meja yang paling kemas, pinggan mangkuk tidak berselerak serta tiada tumpahan itu adalah kebanyakannya pemakan dari golongan terpelajar dan tahu adab makan (ramai pelajar UIA dan kolej islam yg makan kat sini) tapi tidaklah semua. Mereka selalunya akan habiskan makanan mereka tanpa membazir atau mengira ia sedap atau tidak. Dan pinggan mangkuk itu disusun teratur. Bagi mereka apa yg dimakan itu adalah rezeki dari Allah dan harus disyukuri. Itu tanggapan ku. Ku namakan mereka golongan pertama.


Golongan yang kedua, Mereka adalah pemakan awam. Maksudnya, mereka makan dan mereka ada tinggalkan sedikit lebihan makanan. Sekiranya makanan tersebut kurang enak, mereka akan biarkan saja dan berlalu. Meja makan mereka pula tidak terlalu berselerak. Pemakan ini biasanya dari golongan Orang biasa yang hidupnya biasa, Pekerja syarikat atau pelajar2 yang biasa. Golongan ini paling ramai.


Golongan ketiga, Pemakan yang sambil lewa. Makanan adalah seperti mainan mereka, begitu juga pinggan mangkuk. Makan mereka sedikit, lebih banyak dibazirkan, lebih banyak ditumpahkan, lebih banyak dipermainkan. Mereka akan tunjukkan aksi mereka dengan membuat sesuatu yg langsung tak masuk akal. Contohnya Mencurah air ke dalam didalam pinggan nasi hingga melimpah, meletakkan sisa ayam didalam gelas dan segala macam kepelikan.Ada daripada mereka adalah anak muda yg bising, kurang sopan, Kelihatan seperti bermasalah emosi dan jiwa.


Golongan Keempat adalah Pemakan berbentuk keluarga. Mereka datang ramai2, ada anak2 kecil, ada baby. Kebanyakan mereka kurang peka akan cara makan anak2 mereka. Dilihat anak itu kecil, lalu diberi pinggan yg lebih kecil, dan kemungkinan untuk berlaku tumpahan adalah tinggi, si kecil itu masih belum petah utk mengawal kawasan makannya dipinggan, jadi berilah pinggan yg sedikit besar. Dan lagi,Anak dibiar bermain makanan dipinggan. Satu tangan ibu/ayah menyuap anak sementara satu tangan lagi menyuap diri sendiri dengan serentak, lagi meningkatkan kadar risiko untuk berlaku tumpahan. Dan golongan ini paling tinggi dalam melakukan segala macam tumpahan makanan beserta meja yg berselerak. Tidak salah makan dengan anak2 kat luar, malah amat baik dan digalakkan untuk meluangkan masa bersama anak2. tapi biarlah anak itu dididik dengan adab makan yg sopan, adab dengan rezeki. Tapi ada juga diantara mereka yg tahu adab dan praktiknya di tempat makan awam. Saya amat puji org sebegini. Mak saya selalu berpesan,"Macam mana cara makan kita kat rumah, macam tu jugalah cara makan kita kat tempat lain".


Kesimpulannya, perbaikilah cara dan adab kita depan rezeki, cara makan, tahu untuk mensyukuri pemberian Allah. Tahu memainkan peranan kita sebagai hamba kepada Allah, juga peranan insan kepada insan lain.

p/s: Ni adalah luahan pekerja am pencuci meja dan lantai tempat makan awam yg dah letih. ^^