Sunday, August 22, 2010

Topik: Tempat makan awam

Pernah kerja kat kedai makan? atau restoran? atau seumpamanya?
ku pernah, dan hari ini saya masih lagi kerja ditempat seumpama itu walaupun sekadar part-time job. Kerja saya bermula pada pukul 6 petang, habis pada pukul 9.30malam, sebagai pembancuh air, sebagai pekerja am (basuh dan kutip pinggan, mop dan sapu lantai). Ada sesetengah orang cakap,"Sia-sia lah belajar tinggi2, tapi kerja tempat macam tu"..Ada juga yang cakap,"malu ah! nanti awek tak pandang". 


PERANAN, itu adalah perkataan yg kita perlu fikirkan. Setiap apa yg Allah ciptakan itu tidak sia-sia, hatta daun kering yg gugur itu pun ada peranannya. Begitu juga dengan kerja, Setiap darinya berperanan dan memainkan peranan masing2. Jika pekerja am di tempat makan awam tiada maka persekitaran tempat itu pasti kotor tidak terjaga, nak makan kat situ pun tak ada selera. Lalu hilang pelanggan, dan kesannya adalah pada periuk nasi pemilik tempat makan itu. Terpaksalah ditutup disebabkan tidak laku kerana ketiadaan pelanggan. Sekiranya ia terjadi kepada seluruh tempat makan awam didunia, pastinya tiada lagi kedai makan, restoran, medan selera atau seumpanya kat dunia ni, maka kadar pengangguran pun meningkat..kn? itu adalah contoh mudah. Apa yg ku nak nyatakan disini adalah Setiap sesuatu ada peranan masing2, jadi jangan perkecilkan. Ku pun dibesarkan oleh seorang ibu yang bekerja sebagai tukang sapu dan ku bangga. Apa yang nak dimalukan? Selagi ia halal dan toyyib.


Berbalik pada topik asal. Sebenarnya, banyak perkara yang kita boleh pelajari daripada tempat yang dinamakan "tempat makan awam" ni. Dan kerana jasa tempat inilah yg sedikit sebanyak mengubah hidup ku menjadi seorang yang lebih baik. Disamping mampu mendidik diri, dari tempat makan ini juga kita boleh menilai personaliti seseorang. Masing2 dengan gaya makan yang berbeza, Makan makanan yg berbeza2, bahkan cara order pun berbeza.


Menurut pemerhatian ku, kebiasaannya Meja yang paling kemas, pinggan mangkuk tidak berselerak serta tiada tumpahan itu adalah kebanyakannya pemakan dari golongan terpelajar dan tahu adab makan (ramai pelajar UIA dan kolej islam yg makan kat sini) tapi tidaklah semua. Mereka selalunya akan habiskan makanan mereka tanpa membazir atau mengira ia sedap atau tidak. Dan pinggan mangkuk itu disusun teratur. Bagi mereka apa yg dimakan itu adalah rezeki dari Allah dan harus disyukuri. Itu tanggapan ku. Ku namakan mereka golongan pertama.


Golongan yang kedua, Mereka adalah pemakan awam. Maksudnya, mereka makan dan mereka ada tinggalkan sedikit lebihan makanan. Sekiranya makanan tersebut kurang enak, mereka akan biarkan saja dan berlalu. Meja makan mereka pula tidak terlalu berselerak. Pemakan ini biasanya dari golongan Orang biasa yang hidupnya biasa, Pekerja syarikat atau pelajar2 yang biasa. Golongan ini paling ramai.


Golongan ketiga, Pemakan yang sambil lewa. Makanan adalah seperti mainan mereka, begitu juga pinggan mangkuk. Makan mereka sedikit, lebih banyak dibazirkan, lebih banyak ditumpahkan, lebih banyak dipermainkan. Mereka akan tunjukkan aksi mereka dengan membuat sesuatu yg langsung tak masuk akal. Contohnya Mencurah air ke dalam didalam pinggan nasi hingga melimpah, meletakkan sisa ayam didalam gelas dan segala macam kepelikan.Ada daripada mereka adalah anak muda yg bising, kurang sopan, Kelihatan seperti bermasalah emosi dan jiwa.


Golongan Keempat adalah Pemakan berbentuk keluarga. Mereka datang ramai2, ada anak2 kecil, ada baby. Kebanyakan mereka kurang peka akan cara makan anak2 mereka. Dilihat anak itu kecil, lalu diberi pinggan yg lebih kecil, dan kemungkinan untuk berlaku tumpahan adalah tinggi, si kecil itu masih belum petah utk mengawal kawasan makannya dipinggan, jadi berilah pinggan yg sedikit besar. Dan lagi,Anak dibiar bermain makanan dipinggan. Satu tangan ibu/ayah menyuap anak sementara satu tangan lagi menyuap diri sendiri dengan serentak, lagi meningkatkan kadar risiko untuk berlaku tumpahan. Dan golongan ini paling tinggi dalam melakukan segala macam tumpahan makanan beserta meja yg berselerak. Tidak salah makan dengan anak2 kat luar, malah amat baik dan digalakkan untuk meluangkan masa bersama anak2. tapi biarlah anak itu dididik dengan adab makan yg sopan, adab dengan rezeki. Tapi ada juga diantara mereka yg tahu adab dan praktiknya di tempat makan awam. Saya amat puji org sebegini. Mak saya selalu berpesan,"Macam mana cara makan kita kat rumah, macam tu jugalah cara makan kita kat tempat lain".


Kesimpulannya, perbaikilah cara dan adab kita depan rezeki, cara makan, tahu untuk mensyukuri pemberian Allah. Tahu memainkan peranan kita sebagai hamba kepada Allah, juga peranan insan kepada insan lain.

p/s: Ni adalah luahan pekerja am pencuci meja dan lantai tempat makan awam yg dah letih. ^^

No comments: