Tuesday, August 31, 2010

Virus dalam jiwa bangsa



Apa yg dijunjung duhulunya sehingga kini bukanlah sebuah kemerdekaan. Ia adalah Permulaan derap langkah menuju kemajuan, dan kemerdekaan yg kita harapkan itu masih jauh. Dengan apa yg ada pada hari ini..kemerdekaan itu masih jauh. Kita yg makin hanyut dengan ilusi kemerdekaan. Hasil buah tangan penjajah.


Pejajahan minda, Ia bukan bukanlah sebuah agenda atau pelan yang dirancang, saya pasti.
Kerana mereka yang dikatakan penjajah juga telah  sedia rosak kerana minda sebegini, Ia adalah virus! mereka sekadar berkongsi virus yang mereka hidapi sebagai buah tangan. Dan kita menerimanya tanpa ada penolakan sedikit pun. 

Oleh sebab itu, tidak harus mereka dikambinghitamkan kerana gejala yang kita hadapi sekarang. Kerana kita yang rela menerima tanpa paksa. Diibaratkan, seseorang datang kepadamu lalu menghulurkan sebungkus hadiah sambil berkata," Ini adalah hadiah dariku untukmu, ia adalah sejenis virus yg amat merbahaya yang bisa menghancurkan seluruh bangsa, aku sedang menghidapinya dan aku mahu berkongsi denganmu. orh..satu lagi, ia boleh jadi merosakkanmu tanpa sedar." Lalu kita menerimanya sambil berkata," Terimakasih banyak2~, saya tak kisah bahaya sebesar mana pun, dan saya memang suka sesuatu yang seperti ini."..Reaksi yang pelik bukan? sepatutnya kita lari, atau menolak, tapi kita menerimanya malah dengan tangan yang terbuka, itulah hakikat.

Jadi, Selagi kita tidak mampu menolak virus ini, selagi kita masih enjoy dengan virus ini, kita tak akan menemui vaksin bagi penyakit ini.

Sampai bila lagi?

No comments: