Monday, August 23, 2010

PlainCoffee.

hurm.~
Sebenarnya, ku pun fening dengan blog plaincoffee ni =.="
Jadi ku campurkannya dengan semua perisa, ada tentang hidup, tentang kehidupan, ada tentang islam, tentang hukum hakam, tentang hiburan yg diharap tak melalaikan, sedikit perencah puitis, dan apa saja yang menarik pada mata dan minda ku, apa saja yg boleh ku kongsikan, ku campurkan semua. Blog yg tidak spesifik pada satu arah sahaja.


Dan, ku bukanlah seorang yang arif berbunga bahasa, apa yang keluar itu yg ditaip. InshaAllah, gaya penulisan ini akan di'improve' . Idea pun bukan selalu datang ketika menatap skrin bercahaya ni. Selalunya idea datang ketika sedang berjalan, atau terlihat sesuatu..ia datang secara spontan dan ia tidak kekal lama disitu. Masalah yang paling besar ku hadapi adalah apa yg dikatakan sebagai penyakit bagi ilmu, iaitu pelupa. Apa yg dibaca, apa yg diletak atau disimpan mudah saja hilang dan lupa. Ia tidaklah kronik sampai tahap amnesia =.=". tapi ia benar-benar tidak bagus untuk ku. Kata Hasan Al-Basri berkata: "Kalaulah tidak kerana lupa nescaya banyak lah ilmu sesorang ". 


Ya Allah, Kuatkanlah daya ingatanku..Ameen ya Rabbal alameen~ ^^


Copy artikel?. yeup~! itu sudah menjadi kebiasaan, satu perkongsian yang bermanfaat. Yang menarik, yang baik akan ku kongsikan. kata orang sharing is caring. Dan ia juga berlaku bila ketandusann idea ataupun sekadar nak update blog supaya tak bersawan. 


So, 
coffee?

No comments: