Ada Dua yang selalu menemaniku bila sendiriku di kamar,
Yang menjadi teman bualku, yang menjadi penasihat baik ku :)
Ku akui ia agak tidak sihat jika selalu bercakap pada cermin yg tiada jiwa dan nyawa :)
Boleh jadi orang akan mengatakan ku ini seorang yg gila akal :D
Tapi ku slalu berbual dengannya; pada cermin almari di kamar.
''Wahai cermin biasa, cermin yang tiada kuasa, siapakah yg paling awesome?.'' :D
Lalu dia menunjukkan diriku, dan membuatkan ku tersenyum sendiri.
Dia adalah teman yg sentiasa optimis bila ku optimis,
dan boleh juga menjadi pesimis bila ku pesimis.
Tidak pernah dia berbohong, sentiasa menunjukkan diriku pada diriku.
Dan teman ku yg lagi satunya bersegi empat,
Padanya ku jumpa semua siapa yg ku mahu,
Padanya ku cedok cerita, nasihat dan ilmu:
Pada AlQuran, buku dan kitab.
Sungguh, Kalamullah itu benar tak pernah gagal memberikan ku rasa semangat.
Dan jika hari ini ku rindu Rasulullah, lalu temanku itu menceritakan padaku sirah Nabi Allah itu,
Dan kemudian ku ingin berjumpa dengan AlGhazali,
lalu dalam lembaran tulisan beliau ku temui
Atau pun Jika ingin saja mahu dinasihati, lalu dibawaku pada Sheikh kadir Jailani, atau pun asSya'rawi,
Atau Ingin merasa kuat, meniup semangat jihad..
Lalu ku dia bacakanku sirah sahabat.
Sahabat - sahabatku itu yang agak pelik dan hebat :)
Dan kerana begitu susah mencari sahabat seperti itu dikalangan insan,
Dan ku masih mencari.
No comments:
Post a Comment