Sunday, September 23, 2012

Ku ingin menjadi bintang syurga.




Ku suka merenung pada langit malam,
Melihat indah ciptaan Tuhan.
Selalunya..ku akan memilih diantara berjuta itu satu bintang untuk melambangkan ia sebagai diriku,
lalu ku pilih yg paling malap di sisi sang bulan yang terang.
"Suatu hari nanti kau harus bersinar.'' janjiku pada diri.
Dan kalau tidak bersinar di langit dunia, masih tak mengapa.
Pastikan bersinar di syurga.

Esoknya, ku lihat ia berteman dengan lain bintang di langit malam,
Dan aku masih disini,
Dan juga ku tidak sendiri, walaupun tanpa insan disisi.
Kerana ada yg Maha melihat; Allah tuhanku,
Ada juga Malaikat2Nya di kiri kananku,
Dan makhluk2 kecil itu sebagai temanku. :)

Dan untuk itu, ku bersyukur.




Tuk adam, nek hawa..jauh lagikah utk ku sampai ke kampung halaman kita?
Syurga.

No comments: