Monday, September 17, 2012

Ku yg bersemangat.

Determination MAX!.

Dari semalam lagi ku sudah membuat keputusan untuk berusaha lebih lagi dalam menyingkirkan title 'pre-obese' yg ku dapat daripada doktor berdasarkan keputusan ujian darah.

So, Ku akan cuba untuk mengawal cara pemakananku,..it's memang agak susa.
dan ku cuba untuk berjalan kaki atau berjogging dalam perjalanan pergi dan pulang daripada VMMP.
Ia tak dekat sebenarnya, lebih kurang 8-10 kilometer juga anggaran kasarnya. =.=

Hari ni bersemangat ku mulakan perjalanan daripada rumahku ke VMMP dari pukul 5.30am,
Tapi ku tak sangka ia akan mengambil masa lebih 1jam =.=, mungkin sebab terlalu banyak rehat dalam perjalanan, 4 kali berhenti di pit stop. Ehe.

Tapi, sebenarnya berjalan kaki lebih relax berbanding berjogging,
Semalam ku balik ke rumah daripada VMMP hanya mengambil masa 1 jam tepat tanpa berhenti,
Berjogging sebenarnya membuatkan jantung mengepam darah dengan lebih laju, sampai jadi pitam, sampai terduduk, terbaring di rumput pinggir jalan..tu la sebenarnya yg berlaku pagi tadi yg menjadikan 4 kali stop. =.=

Dan bila terbaring, baru ku rasa..ia agak indah sebenarnya.
Langit pagi yg bersedia menyambut mentari, Embun yg bersemi pada rumput, Rasanya dingin.
Biarkan apa saja kata segelintir ummat, Ku selesa pada tikar hijau yg menjadi hamparan dunia itu.
Dan bila jantung mula berdegup normal, lalu ku teruskan lagi larian.

InshaAllah, ku akan cuba teruskan.
Demi memenangi The biggest loser competition yg sedang berlangsung sekarang, :DD
dan mengelakkan obes. :)
Tapi, jika dilihat badanku..bukanlah bersaiz besar pun,
 mungkin inilah yg dipanggil 'the hidden fat'

tapi kan...Semua yg ku cuba lakukan ini, walaupun baru 2 hari..
ia memang penat dan memenatkan. =.=

ganbatte kudasai!.

1 comment:

NotHinG2tHinG said...

2in1...utk kesihatan n mhayati keindahan ciptaan illahi..