Friday, November 26, 2010

The Triple Filter Test


During the golden Abbasid period, one of the scholars in Baghdad, the capital of Muslim caliphate at that time, was reputed to hold knowledge in high esteem.

One day an acquaintance met the great scholar and said, "Do you know what I just heard about your friend?"
"Hold on a minute," the scholar replied. "Before telling me anything I'd like you to pass a little test. It's called the Triple Filter Test."
"Triple filter?"
"That's right," the scholar continued. "Before you talk to me about my friend it might be a good idea to take a moment and filter what you're going to say.
That's why I call it the triple filter test.
The first filter is Truth. Have you made absolutely sure that what you are about to tell me is true?"
"No," the man said, "actually I just heard about it and.."
"All right," said the scholar. "So you don't really know if it's true or not.
Now let's try the second filter, the filter of goodness. Is what you are about to tell me about my friend something good?"
"No, on the contrary..."
"So," the scholar continued, "you want to tell me something bad about him, but you're not certain it's true. You may still pass the test though, because there's one filter left: the filter of usefulness.
Is what you want to tell me about my friend going to be useful to me?"
"No, not really."
"Well," concluded the scholar, "if what you want to tell me is neither true nor good nor even useful, why tell it to me at all?"

"O ye who believe! Let not some men among you laugh at others: It may be that the (latter) are better than the (former)" ... (to end of surah) Hujurat 49.12

"And spy not on each other behind their backs..." (to end of surah) Hujurat 49.13

Praise be to Allah that we are Muslims.

Sunday, October 3, 2010

Hatiku Sebesar Cawan


” Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? ” lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri. 

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, ” bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? ” . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut. 

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan. 

” Anak muda… ” lelaki tua itu bersuara .

” Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. ” ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil…air diisi…dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi. 

” Sekarang kamu minumlah air tersebut “. Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu. 

” Apa rasanya? “, tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.
” Masin! ” lelaki tua itu tersenyum lagi. 

” Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. ” 

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup. 

” Apa rasanya, anakku? ” soal lelaki tua itu. 

” Tawar, tidak masin seperti tadi “, lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut. 

” Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? “tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut. 

” Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri ” .

Friday, September 17, 2010

Perangkap tikus

Seekor tikus mengintip disebalik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya?
Dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus. Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan; “Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, awaslah, ada perangkap tikus di dalam rumah!”
Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap menggaruk tanah, mengangkat kepalanya dan berkata, “Ya maafkan aku, Pak Tikus, aku tahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku peninglah.”
Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing, katanya, “Ada perangkap tikus didalam rumah, sebuah perangkap tikus dirumah!”
“Wah, aku menyesal dengar khabar ini,” si kambing menghibur dengan penuh simpati, “tetapi tak ada sesuatupun yang bisa kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa doaku!”
Tikus kemudian berbelok menuju si lembu.
” Oh? sebuah perangkap tikus, jadi saya dalam bahaya besar ya?” kata lembu itu sambil ketawa.
Jadi tikus itu kembalilah kerumah, kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian.
Malam itu juga terdengar suara bergema diseluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsanya. Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Didalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahawa yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu.
Petani itu bergegas membawanya ke hospital. Dia kembali ke rumah dengan demam. Sudah menjadi kebiasaan setiap orang akan memberikan pesakit demam panas minum sup ayam segar, jadi petani itu pun mengambil goloknya dan pergilah dia ke belakang mencari bahan bahan untuk supnya itu.
Penyakit isterinya berlanjutan sehingga teman teman dan jiran tetangganya datang menjenguk, dari jam ke jam selalu ada saja para tamu. Petani itupun menyembelih kambingnya untuk memberi makan para pengunjung itu.
Isteri petani itu tak kunjung sembuh. Dia mati, jadi makin banyak lagi orang orang yang datang untuk pengkebumiannya sehingga petani itu terpaksalah menyembelih lembunya agar dapat menjamu makan orang orang itu.
Moral kisah ini:
Apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu tiada kaitan dengan anda, ingatlah bahawa apabila ada ‘perangkap tikus’ didalam rumah, seluruh ‘ladang pertanian’ ikut menanggung risikonya . Sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan dari baiknya.


______________________________________________
http://dakchomey.wordpress.com/category/kisah-teladan/

Mari blajo bahse ganu : Lesson 1





Segala loghat dan versi percakapan terengganu ni adalah hasil daripada pengalaman ku sebagai anak terengganu yang telah membesar di terengganu, roger!


Lesson 1~


Ayat Asal : "Kemana kamu pergi?"

Ada beberapa versi dan sebutan

1) "Mung gi 'mane?"

- Versi yang diatas ni adalah yang paling mudah difahami,
Mung (mu) = kamu    gi = pergi      'mane = kemana


* tanda ' ..seperti didepan perkataan mane itu merupakan sebutan 'sabdu'..cara menyebutnya adalah dengan menekankan sedikit sebutan huruf 'm'.


Penggunaan sabdu biasanya sebagai ganti kepada 'ke' dan 'di'...bergantung kepada situasi dan ayat.

Berbalik kepada ayat asal tadi.."mung gi mane"
Ada beberapa lagi versi, antaranya:

2) Mung gi dane?
3) Mung gi duane?
4) Mung gi khane?
5) Mung gi khuane?

Untuk ayat ni..perkataan 'gi' juga boleh digantikan dengan perkataan 'pah'.


Sekian, Selamat beramal~ ^^

Wednesday, September 15, 2010

Tick Tock Until Death's Knock

The truth is, this life we live is so complex
We never know, nor can we guess what will happen next
Whether if tomorrow will be a guaranteed day
Or even if our next breath will convey
And yet, we live our lives like a bunch of blind mice
Not knowing where we are destined, as if we’d live twice
However, the clock continues to go tick tock
Until you hear from death’s knock
We ponder upon life giving the hereafter a cold shoulder
Thinking that we can play while younger and pray once we’re older
But no one ever said that you would live to see another day
When was the last time you visited the graves and witnessed this dismay?
From old men to new born babies, haven’t you realized there is no age for death?
Take heed before your time is up and before you’ve taken your last breath
Every soul shall taste death and this is the sure reality
Not a single human or jinn can run away from this calamity
We all need to stop this deep slumber and awaken
Before it’s too late and our souls are taken
While you waste your life disobeying the Lord who created you
Remember the punishment of the grave and hell fire which we know is true
On a day which foul and evil souls are violently retrieved
Then taken to the first heaven to be rejected and aggrieved
The evil soul is thereafter flung down with a mighty throw
This is where the questioning begins 6 feet below
These evil and dirty sins will surely lead us astray
Even worse for those who used to never pray
Death is surely a calamity which we all know is the reality
Still, we’ve all been given a chance to reach paradise with dignity
All we have to do is submit to Allah and commit
Commit to the rules of Islam in this life which they perfectly befit
Then we will be amongst those who are admitted to a beautiful place
With gardens, beneath which rivers flow and full of grace
__________________________________________________________________

Tuesday, September 14, 2010

buat derk~ je

In en.kOri humble opinion,

Dalam isu membakar alQuran, menghina Rasulullah,,dan segala macam penghinaan lagi keatas islam ni, En.kori rase la kan, berdiam diri lebih baik. tak perlu membalas dengan cacian dan makian, tak perlu habiskan dakwat atau tenaga utk hantar petisyen atau surat bantahan. Juga tak perlu habiskan masa dengan demonstrasi jalanan.. (Uis~..biar betul en.kori ni! tak kan nak biar je islam dihina! ).

Diam bukan bermakna setuju,  izin bukan bererti redha!
Ye, memang betul..Kalau buat bantahan, ada juga kemungkinan perbuatan mereka dapat dihentikan seketika disebabkan oleh tekanan yang diberikan keatas mereka. Tapi! ini tak bermakna mereka akan quit terus. Hati mereka masih sama. 

Salah satu tujuan mereka berbuat perkara yang tak berakal ni adalah sengaja untuk memarakkan api kemarahan orang islam. Supaya dunia melihat..bagaimana gelabahnya islam menghadapi tohmahan ni. Sekiranya marah menguasai kita, emosi kita terganggu, maka berjayalah plan mereka. Jadi..kita diamkan diri je. 

 ...."Habis tu. biarkan je la mereka kata islam lemah? mudah dipermainkan?"...

Diam tak bermakna mudah dipermainkan. Diam kita kerana tak nak layan permainan jahil lagi tak bermanfaat ni.

 ...."Sebab apa en.kori kata ni satu permainan? ni kan isu besar!"...

Sebab, hanya budak-budak kecik yang belum sempurna akal je main permainan macam ni..tuduh menuduh yang kosong.

 "Ayah aku hebat! ayah ko tak hebat! Ayah aku hebat sebab misai dia lagi lebat!"....kalau ada budak cakap macam ni kat kalian, bukan sekali dua kali, tapi berkali2~..adakah kalian akan membantah sekeras-kerasnya budak tersebut? atau menghantar surat bantahan kepada mak bapak budak tersebut? atau balas balik seperti budak tu kata? En.kori pasti kalian akan buat derk~je (buat tak kisah). Sebab kalian tahu yang budak tu hanya budak yang tak tahu apa-apa.

Samalah dengan keadaan sekarang, jika kita melayan mereka..makin menjadi2 nanti. Jadi..lebih baik diamkan diri, lama kelamaan letih jugak mereka nanti. dan berdoalah agar mereka diberikan hidayah oleh Allah. Mereka adalah orang2 yang penuh semangat, bagus juga kalau mereka islam. ^^

ingat, Allah sentiasa menjaga kalam-Nya.

Mereka tak sedar sebenarnya, apa yang mereka lakukan selama ini  makin menarik umat dunia mengenal islam yang indah ini. Amat hebat rencana Allah.

Dan, Jika benar kita nak bersuara, hamburkan pada musuh yang sudah jelas, zionis yang menzalimi palestine.
Bebaskan alQuds..biar palestine kembali damai bersama islam.


Mimpi apakah ini?




Saya ada termimpi..

Saya berada di satu kawasan kubu bersama sekelompok manusia, lalu kubu itu diserang oleh musuh yang amat ramai. Pada mulanya saya mencapai satu tombak yg bersaiz biasa sebagai senjata, melihatkan musuh sudah mulai memenuhi kawasan kubu, saya buang tombak tersebut dan mencapai satu lagi tombak yg lebih panjang..amat panjang, seperti galah. Saya fikir saya mampu gunakan tombak panjang itu untuk memukul musuh dengan jarak yg lebih jauh. Saya melihat musuh hanyalah mengunakan pisau yang kecil dan pendek. Saya berteriak, "Allahu akbar! Allahu akbar!", sambil melibas tombak yang ada pada saya kearah musuh. Walaubagaimana pun, ia tidak mampu menghalang kemaraan musuh. Akhirnya saya ditikam oleh musuh dengan pisau kecil itu bertubi-tubi. Dalam hati saya berkata,"mungkin inilah syahidku". Dibibir mula melafaz kalimah," La ilaha ilallah!."..Lepas tu terus terjaga. 

Mimpi ni membuatkan saya termenung sejenak.

Thursday, September 9, 2010

Selamat menyambut Eid ul-fitr!







Allahu Akbar… ~

Allahu Akbar… ~
Allahu Akbar… 
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar… ~
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd~~.

Dikesempatan ini, Bukhari Mohamed @ kori @ B @ matyie @ QoiE @ Nasrettin nak ucapkan Selamat menyambut eidul fitri. Taqabalallahu minnaa wa minkum syiamana wa syiamakum minal aidzin wal faidzin asalluka afwan dzahiran wa bathinan ( Semoga Allah SWT menerima semua amalan dan puasa kita, dan semoga menjadikan kita termasuk ke dalam golongan orang2 yang kembali dari perjuangan di bulan ramadhan sebagai orang2 yang menang. Mohon maaf lahir dan bathin).


thanx to akhi supriyono.


Sunday, September 5, 2010

Mati itu dekat!

Berita utama dalam akhbar metro semalam betul2 membuatkan saya termenung seketika. Seorang ustazah bersama anaknya yang berusia 10tahun mati dibunuh dengan kejam dengan tangan dan kaki mereka terikat. Siapa dalangnya biarlah Allah saja yang menghukum. Takdir juga telah ditetapkan, pada saat itu malakatul maut menjalankan tugasnya dengan penuh taat dan tepat keatas dua hamba Allah itu.


Melihat seseorang yang berstatus ustazah dibunuh dengan kejam sebegitu pastilah menimbulkan pelbagai persoalan. berrmacam andaian, rasa geram. Sebenarnya ramai juga yg mati dibunuh hari2 terpampang kat dada akhbar, tapi entah kenapa kejadian yg satu ni betul2 mengusik jiwa. Dia pastinya tidak pernah terfikir akan 'dijemput kembali' pada akhir ramadhan ini, dengan cara yang sebegini. Allah sudah menetapkan segalanya. Begitu juga dengan arwah Din beramboi yg mungkin tidak terfikir langsung yang tahun lepas adalah ramadhan terakhirnya, yasmin ahmad juga begitu, siapa sahaja..tiada seorang pun tahu kapan datangnya ajal. Allah jualah yg Maha mengetahui.


Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan." (Al-Jumu'ah:8)


Dan tiada seorang jiwa pun yang mengetahui di belahan bumi manakah ia akan mati (Luqman: 34).


Dan bagi kita yang hidup ni, yang hari-hari menyaksikan berita kematian mereka yg lebih awal dijemput, apa yang kita dapat daripada sebuah khabar kematian? Apa yang kita rasakan? adakah sekadar kasihan seminit untuk mereka yg mati sakit atau accident atau terbunuh atau dibunuh? menyimpan geram seminit untuk pembunuh? 
Daripada kematian orang lain itu juga, dapatkah kita rasakan yang mati itu dekat? Amat dekat sekali.


“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?” tanya Imam Al Ghazali kepada murid-muridnya. Lalu murid-muridnya pun menjawab bahwa yang paling dekat dengan kita adalah orang tua, guru, sahabat, dan teman. Imam Al Ghazali membenarkan jawaban muridnya. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah kematian. Sebab itu merupakan janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti merasakan mati (Ali Imran : 185)


Ambillah iktibar dari khabar sebuah kematian. Agar hati kita tidak terlalai dengan dunia. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Perbanyakkanlah olehmu mengingat perosak kelazatan, iaitu mati." (Hadis riwayat al-Tirmizi)


Selalu sangat kita lupa, antara terlupa atau pura2 lupa, entah yang mana satu. Yang pastinya, kehidupan dunia ini bukanlah detinasi kekal. 


Jangan nanti bila sudah terlewat, tiada lagi alasan di hadapan Allah, tiada lagi peluang kembali. Ambillah masa yang ada ni..Cubalah menjadi kuat, sabar untuk selama hidup ini demi mencapai kebahagiaan yg sebenarnya disana nanti. Biar kita benar-benar mujahadah. Biar kita jadikan kematian itu tidak menakutkan jika kita benar bersedia. Biar kita jadikan kematian itu sebagai istirehat buat kita yang lelah meredah dunia. Perbanyakkan amalan, ikhlaskan ibadah semoga diterima Allah, Semoga termasuk kedalam golongan yg diredhai Allah, dunia akhirat.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya. Sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu ketentuan yang tertulis lalu ia mengerjakan amalan ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

















Tuesday, August 31, 2010

Virus dalam jiwa bangsa



Apa yg dijunjung duhulunya sehingga kini bukanlah sebuah kemerdekaan. Ia adalah Permulaan derap langkah menuju kemajuan, dan kemerdekaan yg kita harapkan itu masih jauh. Dengan apa yg ada pada hari ini..kemerdekaan itu masih jauh. Kita yg makin hanyut dengan ilusi kemerdekaan. Hasil buah tangan penjajah.


Pejajahan minda, Ia bukan bukanlah sebuah agenda atau pelan yang dirancang, saya pasti.
Kerana mereka yang dikatakan penjajah juga telah  sedia rosak kerana minda sebegini, Ia adalah virus! mereka sekadar berkongsi virus yang mereka hidapi sebagai buah tangan. Dan kita menerimanya tanpa ada penolakan sedikit pun. 

Oleh sebab itu, tidak harus mereka dikambinghitamkan kerana gejala yang kita hadapi sekarang. Kerana kita yang rela menerima tanpa paksa. Diibaratkan, seseorang datang kepadamu lalu menghulurkan sebungkus hadiah sambil berkata," Ini adalah hadiah dariku untukmu, ia adalah sejenis virus yg amat merbahaya yang bisa menghancurkan seluruh bangsa, aku sedang menghidapinya dan aku mahu berkongsi denganmu. orh..satu lagi, ia boleh jadi merosakkanmu tanpa sedar." Lalu kita menerimanya sambil berkata," Terimakasih banyak2~, saya tak kisah bahaya sebesar mana pun, dan saya memang suka sesuatu yang seperti ini."..Reaksi yang pelik bukan? sepatutnya kita lari, atau menolak, tapi kita menerimanya malah dengan tangan yang terbuka, itulah hakikat.

Jadi, Selagi kita tidak mampu menolak virus ini, selagi kita masih enjoy dengan virus ini, kita tak akan menemui vaksin bagi penyakit ini.

Sampai bila lagi?