Saturday, April 23, 2011

Yang jauh makin menjauh, yang mendatang belum pasti.



"Apa yang paling jauh dari kita didunia ini?" Soal imam al-Ghazali kepada anak muridnya.
Ada yang jawab Negara Cina..ada juga yang jawab bulan, matahari..bintang-bintang.
Al-Ghazali membenarkan semua jawapan itu, tetapi jawapan yang paling benar ialah 'masa lalu'.

Amat benar.
Gunalah sepanjang hayat hidup yang ada ini untuk mengejar walau seminit masa yang telah berlalu pun, tak akan kembali dekat kita padanya, makin menjauh.

Dan, kerana keinginan manusia amatlah tinggi kepada benda yang paling jauh ini..maka terciptanya teori 'time machine', juga blackhole yang sesetengah orang percaya ia boleh membawa manusia merentas masa,
dan juga doraemon yang kiut itu.

Jika benar masa lalu itu boleh kita kembalikan,
Apa yang kalian akan lakukan?..apa yang ku mahu lakukan?
Yang pastinya, ku tak akan ubah sedikit pun apa yang da berlaku.
Bukanlah kerana ku sudah cukup bahagia sekarang, bukan jugak kerana ku da cukup cemerlang.
Tapi kerana apa yang aku lalui selama ini, pahit atau manis atau masam pun..itu yang menjadikan aku sekarang.
Yang sudah tertetap akan aku yang hari ini, kerana aku percaya ini yang terbaik buatku,
Aku tauhidkan sepenuhnya pada Yang Maha Tahu, Setelah apa yang telah ku cuba.

Dan..
Jika benarlah masa lalu itu kita boleh kembalikan,
Hari ini, pencuri makin berani mencuri,
pembunuh akan membunuh sesuka hati tanpa bimbang akan hukuman.
Kita juga..tak perlu berusaha untuk sesuatu, tangguhkan saja segala.
Kerana masa itu kita boleh kembalikan.
ku yakin sangat..Pasti huru hara, pasti hidup ini akan hanya sekadar mainan.

Sebab tu lah masa lalu tidak boleh kembali,
Doraemon harus kekal sebagai watak kartun..tak boleh jadi real.
begitu juga teori2 mengarut..kekal sebagai karut.

Sebab tu, Jangan remehkan masa yang masih ada.
Kita mungkin terlelap, hanyut pada mimpi indah dunia..
Cepat2 terjaga, celik, bangkit..
Uruskan masa ini agar lebih bermakna, supaya nanti tidak kita sesal akan waktu yang berlalu itu.
Waktu yang berlalu itu pastinya jauh, dan Yang masih tinggal ini tidak pasti bila penamatnya.
Maha Pengasihnya Allah yang masih memberi ruang waktu untuk kita perbaiki diri,
kalau tak, entah dimana lah tempat kita disana.
Bila lihat kematian yang datang pada yg lain..
jadikan ia pengajaran bagi kita agar lebih bersedia untuk menghadapnya.
kerana..Hari esok itu tidak pasti datangnya.

Hidup ini bukan untuk menjadi happy, tetapi untuk jadikan ia bernilai,
akan ada rasa pedih, akan terluka, akan menangis.
Hidup ini adalah satu medan niaga..amal baik atau buruk. matawangnya dosa pahala.
Laburkan saja pada saham akhirat. Urus niaga dengan Allah pasti lebih baik, sederhana lah saja pada dunia.
kita ini memcari tambang untuk balik ke kampung halaman..kampung abadi.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)

Thursday, April 21, 2011

The Perished Nation: Kaum Thamud dan kesan tinggalan mereka.



Ku jadikan buku 'the perished nation' karangan Harun Yahya sebagai sumber.
Ku tak nak bincang tentang tafsirannya akan tempat Allah dalam buku karangan beliau, 'where is god' yg menimbulkan persoalan bukan saja pada ku, mungkin ramai juga pembaca yg kat luar sana.
tu topik yang berbeza.
 Dia adalah Seorang tokoh ilmuan islam yang berjasa, tapi dia juga manusia biasa..bisa melakukan kesalahan. Jadi kita ni jangan la ambil sketol smua skali termasuk yg salah pun. Cedok apa yang patut, tinggal apa yang tak patut.
Dia masih lagi salah seorang tokoh yg ku kagumi.

Ok. back to the real topic.!





Kalau diikutkan memang ramai dah tau, pernah dengar tentang kisah kaum thamud @ kaum nabi salih a.s ni kn.
Post ni sebagai ulangkaji balik la kot..dan mungkin ada juga yang belum tau, ni nak kasi tau.
Ku lebih menekan akan bukti tinggalan kaum tsamud, serta fakta sejarah tentang mereka kat sini.

Allah swt berfirman : “Katakanlah: “ Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)." (Ar-Rum : 42)


Dan ini adalah kisah kaum thamud sebagai peringatan bagi kita yang masih diberi nikmat hidup, masih diberi peluang untuk perbaiki diri.


The Thamud (also) rejected (their) Warners. For they said: "What! a man! a Solitary one from among ourselves! shall we follow such a one? Truly should we then be straying in mind, and mad!" "Is it that the Message is sent to him, of all people amongst us? Nay, he is a liar, an insolent one!" Ah! they will know on the morrow, which is the liar, the insolent one! (Surat al-Qamar:, 23-26)

Seperti yang tercatit dalam alQuran sejak lebih kurang 1500tahun dulu, Kaum thamud ni telah menolak seruan   yang dibawa Nabi salih a.s..lalu mereka ditimpakan balasan oleh Allah.

Penemuan oleh ahli arkeologi akan bekas penempatan di selatan tanah arab telah membuktikan akan kebenaran alQuran.

Komuniti al-Hijr yang disebutkan dalam alQuran dikatakan adalah kaum tsamud.
Nama lain bagi kaum tsamud ni adalah Ashab al-Hijr.
'Tsamud' ni merupakan nama kaum, al-Hijr ni pla merupakan nama bandar tempat diorg tinggal.
Seorang Greek geographer yang bernama Pliny bersetuju akan ini, dia cakap yang Domatha dan Hegra terletak dikawasan tersebut, lalu membentuk bandar al-hijr ni.

Sumber yang tertua selain quran yang refer kat kaum tsamud ni adalah laporan kemenangan perperangan Babylonian King, Sargon II (8th Century BC), yang menewaskan kaum tersebut dalam kempen perperangannya ke utara tanah arab.
Greeks pun ada refer kaum ni dengan nama 'tamudaei' dalam penulisan Aristo, Ptolemy dan Pliny.
Diorang telah lenyap sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi, lebih kurang dalam 400-600 AD.






Dalam alQuran ada disebut bersama kaum tsamud dan kaum ad.(kaum nabi Nuh a.s).
Nabi salih a.s memberi peringatan kepada kamu tsamud supaya mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi ke atas kaum Ad yang sebelum mereka. Ini menunjukkan seperti kaum tsamud dan kaum Ad mempunyai perkaitan.


To the Thamud people (We sent) Salih, one of their own brethren: He said: "O my people! worship Allah: ye have no other god but Him" "And remember how He made you inheritors after the 'Ad people and gave you habitations in the land: ye build for yourselves palaces and castles in (open) plains, and carve out homes in the mountains; so bring to remembrance the benefits (ye have received) from Allah, and refrain from evil and mischief on the earth." (Surat al-Araf: 73-74)

Mereka mempunyai perkaitan dalam history mungkin, atau culture.
Walaubagaimana pun, kedudukan geografi yang agak terpisah antara kedua2 kaum ini memustahilkannya,
Jadi, kenapa kedua2 kaum ni dikaitkan dalam satu ayat tersebut?

Persoalan tersebut akhirnya terjawab.
Kedudukan geografinya mungkin agak mengelirukan kita, tetapi Sumber sejarah mengatakan mereka sememangnya mempunyai perkaitan yang amat rapat, mereka dari keturunan yang sama.



Britannica Micropaedia menulis tentang kedua2 kaum ini dibawah tajuk 'thamud':
In ancient Arabia, tribe or group of tribes that seem to have been prominent. Although the Thamud probably originated in Southern Arabia, a large group apparently moved northward at an early date, traditionally settling on to the slopes of Jabal (Mount) Athlab. Recent archaeological work has revealed numerous Thamudic rock writings and pictures not only on Jabal Athlab, but also throughout Central Arabia.


Tulisan yang dijumpai di selatan tanah arab (tempat tinggalnya kaum Ad) hingga ke kawasan hijaz agak mempunyai persamaan dengan  Smaitic alphabet (yang dipanggil Thamudic).
Smaitic alphabet ni telah dikenal pasti di kawasan tengah utara yaman (kawasan penempatan kaum Tsamud) yang mana sempadan ke utara Rub'al Khalil, ke selatan hadramaut dan ke barat shabwah .

Sebelum ni kita memang dah tau yang kaum Ad tinggal di selatan tanah arab. Walaubagaimana pun, agak signifikan apabila ada tinggalan kaum tsamud (yang diketahui tinggal di kawasan utara) dijumpai dikawasan tinggalan kaum Ad, terutama sekali dikawasan hadramites, dimana tempat keturunan Ad tinggal, malah tempat  bandar kaum Ad didirikan. Ini sudah cukup menjelaskan apa yang dinyatakan dalam alQuran yang kaum tsamud sebagai pengganti kaum Ad:

To the Thamud people (We sent) Salih, one of their own brethren:
He said: "O my people! worship Allah: ye have no other god but Him..." (Surat al-Araf : 73)

And remember how He made you inheritors after the 'Ad people and gave you habitations in the land (Surat al-Araf: 74)





Konklusinya,
kaum tsamud akhirnya musnah. Semua binaan mereka yang tampak hebat itu langsung tidak mampu melindungi mereka daripada balasan yang diturunkan oleh Allah. Sebagai balasan bagi mereka yang menolak kebenaran.

Kalau tengok cite hollywood, 'Transformers: The revenge of the fallen,' tu..Kawasan penempatan kaum tsamud tu la terkurungnya 5 primes, dalam bangunan yang terukir pada gunung tu la..Hehe..siut je kn~..karut tak abis2~. =.=!

Tapi, aku memang kagum dengan kekuasaan Allah.
Hebatnya ilmu Allah, aku tak tau orang zaman sekarang mampu ke tak ukir gunung sampai jadi macam tu.
Such a piece of art.~



Credit to 'theperishednations.com'

Wednesday, April 20, 2011

Ku yang speechless.

"aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil kerana orang jahil itu tidak pernah faham akan landasan ilmu", - Imam syafie.

ku sokong bebenar dengan statement diatas.
Bukanlah nak cakap aku ni orang yang tinggi ilmunya sampai boleh berhujah dengan 10 orang yang berilmu,
Ilmu ku pun takdelah seberapa..
Masih banyak yang perlu belajar.

Apa yang ku nak sampaikan kat sini sebenarnya..Amatlah susah untuk kita bercakap berkisar tentang sesuatu ilmu dengan orang yang tak berminat dengannya. Contohnya beberapa orang sahabat yang ku sayang itu (no need to mention their name la kan~, sekadar teladan), apa saje yang ku utarakan..walau fakta yang jelas nyata sekali pun, dan tujuannya adalah untuk menyebarkan pengetahuan sesama rakan..ia tetap sia-sia, tetap dibalasnya dengan mainan kebudak-budakan yang sehingga suatu ketika mampu membuat ku naik hangin, sehingga membuatkan ku speechless, membuatkan aku tersenyum hambar..dan aku sendiri tak tahu kenapa aku tersenyum, kerana tak tahu nak cakap ape dah ke? atau..senyum kerana kebodohan ku yang berkali2 tak pernah serik cuba untuk berdiskusi ilmu dengan orang yang tak minat akan ilmu.


Kekadang aku terfikir..
kenapalah Allah meletakkan aku dikalangan mereka2 ni..
Kenapalah Allah tak letakkan aku dalam kelompok orang yang sentiasa dekat dengan ilmu. Kan lebih best~.
Mungkin juga kerana tanggungjawabku,
menjadi penegur jika mereka keterlaluan, menjadi penyokong bagi mereka untuk menjadi insan yang lebih baik.
Bagaimana lah agaknya, sedang aku sendiri masih dalam proses pembaikian kualiti.
Ya Allah..bagi lah ku kekuatan.
Ameen~.

Sunday, April 17, 2011

Perutmu itu tidak bersalah!.


Post yang kali ini adalah untuk ku nak membela Semua perut yg ada dibumi ni, untuk melepaskan perut-perut daripada tuduhan melulu tuannya sendiri.

Jika perut itu mampu bercakap..nescaya akan berkata sang perut, "Bukan aku..bukan aku yang lapar itu!".

Habis tu? kalau bukan perut..ape yang lapar kan~?
Ha..biarkan ku jadi doktor untuk post yg kali ini..

Dengarlah ini ceritera sang perut yang dikambinghitamkan.

Orang demam, walaupun perutnya kosong tetapi tidak merasa lapar..atau 'takde selera' atau 'tak sedap mulut'
Begitu juga baby yang baru lahir, mereka tidak merasa lapar untuk beberapa hari.

"A'a la..ye la kn? betul jugak tu! macam mane eh? cecite! cecite!" <-- Mesti ni yg akan terpancul daripada mulut kalian, sambil membuat2 muka hairan selepas membaca statement diatas.. Aha!

Ok. ini cerita nye.

Apabila incik darah kekurangan bahan nutrisi, dia akan menghantar mesej kepada incik otak melalui saraf yang bertindak sebagai posmen. Kekurangan bahan nutrisi adalah disebabkan oleh aktiviti harian yang banyak menggunakan tenaga.

Orang yang sakit atau demam biasanya tidak melakukan banyak aktiviti, mereka lebih banyak menghabiskan masa mereka dengan berehat sambil menonton crite naruto atau drama korea. ceh!
Jadi, tidak hairanlah mereka tidak merasa lapar untuk jangkamasa 1 atau 2 hari walaupun perut mereka kosong..kerana masih ada lebihan tenaga yang masih belum digunakan.

Jadi, bila nak habis je nutrisi dalam darah, mesej akan terus dihantar ke 'pusat kelaparan' yang berada di otak.
'Pusat kelaparan' ni macam break kepada perut dan usus..dia akan memberhentikan semua kerja dan aktiviti yang berjalan di perut dan usus. Yang peliknya, walaupun 'pusat kelaparan' dah break kerja2 kat usus dan perut, ia masih lagi aktif..Ha..sebab tu la bila lapar akan kedengaran lagu dondang sayang berdendang diperut.

Dan..bila dah betul2 lapar..apa yang ada kat depan mata semua boleh rembat, sedap ke..masam ke..manis ke..tawar ke..janji boleh masuk perut, dah tak memilih dah time tu kn~.
Dan setiap makanan yang dimakan ada kerja dan fungsi mereka, bukan sekadar makan dan kenyang.
Yang kita perlukan adalah bahan nutrisi yang ada pada makanan tersebut.
Contohnya, protein adalah nitrogenous compounds untuk tumbesaran body..repair of muscles and tissues,. Carbohydrates and fats produce heat energy in the body. Minerals build the bones and tissues..Vitamins untuk elakkan penyakit..Dan water merupakan watak yang amat penting. water akan menjadi medium pembawa nutrisi dan oksigen ke different parts dalam body.

Kekurangan nutrisi ni bleh menyebabkan penyakit sebenarnya..

Dan sebagai konklusinya, Kekurangan nutrisi lah yang menyebabkan rasa lapar.
Sapa yang salah?
kalian la kn~kn~..sapa suruh ambil makanan yang kurang nutrisi, pastu salahkan perut pula yang dikatakan lapar.

Jadi kalian..pegang perut masing2 dan cakap.."Gome ne ichou-san!".
atau bahasa jepunnya.."maaf incik perut!".

Sekian daripada dr.kori. ^^

Thursday, April 14, 2011

Fact: Air panas lebih cepat membeku daripada air sejuk.

Eh? macam pelik je bunyi nye kn?
kalau ikut logik akal memang tak dapat terima.

Critenye cam ni..

hotter water loses mass to evaporation..jadi, disebabkan itu..penggunaan energy pun kurang la dalam proses pembekuan. Sebenarnya, tak lama dulu aristotle pernah menerangkan tentang kejadian ni, sekitar 350 B.C. Fenomena ni dinamakan 'Mpemba effect', ia bersempena dengan orang yang perasan akan kejadian ni secara x sngaja sewaktu menjeram susu untuk buat aiskrim, iaitu seorang student yang bernama Erasto B. Mpemba dalam tahun 1963.

Untuk penerangan yang lebih lanjut tentang fenomena ni bleh la dengan rajinnya pegi kat:
http://lanl.arxiv.org/PS_cache/physics/pdf/0512/0512262v1.pdf

Ha..kalau nk tau betul ke tak, cuba la buat ais pakai air panas..^^

credit to weirdfacts.com

Kimchi of bachelor. (hidangan yg simple & sihat)

First, credit goes to dr.ben kim diatas ilmu yg diberikan. Aha!

Dah lama jugak la tertangguh, smalam baru ada kekuatan, ada masa terluang untuk ku praktikkan. alhamdulillah.

So, here we go!~..kimchi of bachelor! (nama ni sebab ku yg berstatus bujang yg masak kimchi ni, kalau da kawen nnti re-brand la balik jd kimchi suami penyayang ke..kn~ ^^)

Sebelum mulakan cara masakan, biarlah ku ceritakan serba sedikit ape itu kimchi, sebab bukannye smua org tau apa kimchi ni. contohnye matdin budak srumah aku, bleh pula dia ckp ku melawak yg kimchi ni makanan korea. =.=!

ku konpi ni drp makcik wiki.:

Kimchi (김치; pronounced /ˈkɪmtʃi/, Korean pronunciation: [kimtɕʰi]), also spelled gimchi, kimchee, or kim chee, is a traditional fermented Korean dish, made of vegetables with varied seasonings. Kimchi may also refer to unfermented vegetable dishes. There are hundreds of varieties of kimchi, made with a main vegetable ingredient such as napa cabbage, radish, green onions or cucumber. Kimchi is the most common banchan, or side dish, in Korean cuisine. Kimchi is also a main ingredient for many popular Korean dishes such as kimchi stew (김치찌개; kimchi jjigae), kimchi soup (김칫국; kimchiguk), and kimchi fried rice (김치볶음밥; kimchi bokkeumbap).

Ha..tu dia, BI seketul. faham2kan.

Kat Malaysia ni, kimchi jadi terkenal sebab cite2 korea..
Hee, korang pun mesti tau kimchi drp drama/movie korea knknkn? ehe.
Sebenarnya kimchi ni salah satu hidangan yg sihat, baik untuk sesapa yg nak diet, siyes!
kadar kalorinye pun rendah.

Skarang kalian dah tau ape itu kimchi. so, jom start dengan ingredient nye.
Ni adalah bahan2 yg ku beli smalam, cabbage tu ku beli yg dah di'packet. dan botol budu yg kt tepi gambar tu xde kena mengena..Ehe.
Bahan2nye:
  1. Nappa cabbage (kobis yg agak panjang)..ni yg common, bleh jugak pakai cucumber (mentimun)
  2. Green onions (bak kate orang kite..daun bawang)
  3. Serbuk cili (50sen je se'packet..cap adabi)
  4. Yellow onion (bawang besar yg kaler kuning tu.)
  5. Garlic
  6. ginger
  7. salt
  8. 1/2 buah Pear, 1/2 buah apple (Ni yg membezakan rase kimchi..bleh dikatakan secret ingredient la)
  9. Sos ikan ( kalau kalian vegeterian..tak perlu)
Prosedurnye:

Potong cabagge tu jadi kecik2, tapi jangan terlalu kecik, sebab nanti dia akan mengecut
 Lepas tu, larutkan garam dengan air suam dan masukkan kedalam bekas cabbage tadi.



 Rendam je cabbage tu dengan air garam dan tunggu sampai 4jam paling kurang. garam ni akan draw moisture out of the cabbage..dia juga boleh jadi natural preservative.

 
Setelah 4jam, cabagge mengecut dengan rendaman air garam
 Bila dah 4jam, bilas cabbage tadi lebih kurang 3kali dengan air bersih sbb nak buang air garam tu, sejatkan (mesti la air bersih kn..xkan bilas dgn air kotor pla kn~..;D)

Then, potong green onions kecik2..masukkan dalam bekas cabbage


Sekarang, letakkan serbuk cili dalam satu bekas, dan kemudian masukkan air suam dan kacau.
Depend on kalian la..kalau nak pedas sampai dapat buasir, letak la 10 packet. Ku letak 2 packet pun da meletup. Mungkin satu packet da cukup. Dan jgn la cair sgt bancuh cili tu..buat pekat macam cili boh yg kt kedai tu.
habis tu knape tak pakai cili boh je kn?
Sebabnye..biasanye ciliboh dah tercampur dgn bahan lain.


Kemudian, masukkan garlic yang dah dikisar, halia yang dah dikisar dalam bekas cabagge tadi.

garlic yg da dikisar


ginger yg da dikisar
 Lepas tu, masukkan campuran Apple, pear, yellow onion yg di blend together.

Masukkan sos ikan






Pastu, kacau semua bahan tadi dalam sati bekas, kacau hingga sebati.





Dan..WALLA~!! kimchi anda sudah sedia untuk disumbat ke mulut.
Bottle kan ia (dalam bekas kaca bagus), kalau kalian nak masukkan kedalam peti kena biarkan dulu ia 24jam kat suhu bilik baru bleh masukkan dalam peti. biarkan ia ferment.
Dan bila isi ke dalam bekas, jgn penuh sampai penuh mlimpah, sbb bila dia ferment..dia akan expand a bit.

Kimchi ni bleh tahan sbulan paling kurang. dan dia akan jadi masam disebabkan oleh proses ferment. tapi kalau tak suka masam tak perlu la tunggu lelama..

ku beli bekas ni semata2 nak letak kimchi..Aha! smangat betul ku knkn?


Ha..da siap!. nampak tak? the glorious of bachelor kimchi. ^^

Menurut matdin, sebagai orang pertama yg menjadi pengkritik kimchi ku, dan orang yg xtau ape itu kimchi sebelum ni.."sedap jugak eh!".

Selamat mencuba! ^^

Wednesday, April 13, 2011

Hikayat seorang regular costumer.

There's a town called kepong, lived a regular guy name mr.B
and..at the end of the town, there's a kedai mamak that mr.B always come around.
boleh dikatakan twice a day jugak lah mr.B ni singgah kat kedai mamak tu, so dia dan mamak2 tu memang dah kenal sangat muka masing2 dah..ibarat kata, boleh bagitau dah kat mana tahi lalatnya, brapa saiz kasut dia pakai..ha, smpai camtu skali.
oleh kerana itu, mr. B ni terpangkatlah sebagai regular costumer kat kedai mamak tu.

Dari awal mr.B ni berkenalan dengan kedai mamak tu sampai lah sekarang, apa yang di ordernya adalah teh o panas dan ade lah menu2 yang lain..tapi teh o memang dah jadi pemalar. Ehe.

Suatu hari yang malam, mr.B ni rasa macam mengantuk sangat, teringat pula ada kerja lagi yang belum siap..untuk itu bergeraklah dia ke kedai mamak untuk mencari ubat mengantuk.

'Teh o tidak berkesan pada mata yang mengantuk, pada sembelit mungkin mujarab'..teringat mr.B pesan orang tua dulu2 akan petua itu.
Ada yang cakap caffeine boleh hilangkan mengantuk..lalu mr.B membuat keputusan untuk mengubah selera kepada nescafe 'kaw' pada malam tersebut.

"Apa makan?" tanya mamak the waiter itu kepada mr.B sambil melemparkan senyuman yang menggoda. mukanya sedikit iras kawan spupu hitrik rosyam.

mr.B membelek2 menu yang ada ditangannya.
"erm, mee bandung ye~."
entah kenapa mr.B boleh terlekat dengan mee bandung buatan mamak tu, padahal diorang bukan berasal daripada indonesia pun. tapi rasa mee bandungnya, serta dekorasi pada mangkuk mee itu membuat mr.B sering membuka ruang di perutnya.
"nescafe o kaw ye~." mr.B meminta minuman dengan sedikit suara yang menekan supaya jelas.
"wokei~" balas mamak itu sambil beredar ke dapur,

belum lagi sampai ke dapur, dia menjerit kepada si pembancuh air.." %$%#^nescafe o kaw%$@$ "
belum sempat si pembancuh air nak bancuh air..dipintas oleh seorang lagi mamak.
lagaknya seperti leader kat situ, "nonono, teh o panas^%^$%"
the waiter tadi tak puas ati, dia yakin dia tidak pekak dan dia dengar dengan jelas bahawa mr.B meng'order' nescafe o kaw dan bukannya teh o panas.
Tapi mamak the leader itu masih berkeras mengatakan the waiter itu salah dengar, kerana dia amat kenal dengan selera regular costumernya.

Hal ini membuatkan mamak the waiter itu menjadi sangsi, keyakinannya goyah.."adakah pendengaranku bermasalah?".."adakah perlu aku ke hospital untuk membuat check up?".
lalu kemenangan berpihak kepada the leader.

maka sampailah teh o panas yang tidak dipesan itu kepada mr.B
mr.B menjadi serba salah, nak ditukar nanti membazir pula teh o panas ni, kalau tak tukar tak dapat lah nak berjaga malam ni.
Akhirnya, setelah mempertimbangkan segalanya, termasuk effort yg telah diberikan untuk membuat air itu, serta effort dan layanan yang diberikan oleh mamaks kepadanya sebagai regular costumer..lalu dia diamkan saja, dan meneguk teh o panas itu dengan perlahan dan redha. mungkin memang teh o panas ini adalah pemalar antara dia dan kedai mamak itu.
semenjak itu, apa sahaja minuman yang diordernya, akan tetap sampai teh o panas.
mungkin inilah nasib seorang regular costumer.