Friday, July 13, 2012

Hidup antara Sijjin & Illiyyin

Hidup ini antara Sijjin & Illiyyin.

Sijjin adalah kitab yg tercatatnya segala perbuatan dosa dan durhaka (Al-Tatfif [83]:7-8), Mana kala Illiyyin adalah kitab yang tercatat padanya segala amal kebaikan dan bakti kepatuhan kita kepada Allah (At-Tatfif [83]:18-19).

Kita sentiasa di beri pilihan, baik kah yg kita mahu? atau buruk yg kita pilih,
tapi kebanyakan daripada manusia, penilaian mereka lebih kepada nilai kepuasan keduniaan tanpa mengambil berat soal dosa pahala, syurga neraka.

Syaitan dan iblis itu,, Adalah sememangnya kerja mereka menyesatkan keturunan adam, akan tetapi mereka tidak mempunyai kuasa untuk mengawal keputusan yang kita lakukan. Apa yg dilakukan hanya memujuk rayu, berbisik merdu yang akhirnya membuat manusia tersungkur,

Dan hakikat sebenarnya adalah, kita sendiri yg memilih untuk berbuat dosa, kerana kita yg menetapkan apa yang kita mahu berbuat, dan sebenarnya diri kita sendiri yang meletakkan catatan Sijjin melebihi Illiyyin, apabila dosa melebihi amal pahala.

Kita adalah makhluk yg dicipta Allah diserta akal dan minda sebagai anugerah, dan islam sebagai satu rahmat yg amat besar, Di kurnia lagi insan hebat, Rasulullah sebagai pemimpin, AlQuran dan sunnah sebagai panduan, di beri lagi peluang berdoa sebagai senjata dan medium meminta kepada Sang Pencipta. Harusnya kita mampu berfikir, tahu menilai apa yg baik walaupun dilihat pahit, dan apa yg buruk walaupun dilihat baik.


Bak kata peter parker dlm spiderman 3:

"Whatever comes our way. Whatever battle we have raging inside us. We always have a choice. My friend Harry taught me that. He chose to be the best of himself. It's our choices who make us who we are. And we can always choose to do what's right."

No comments: