Friday, September 14, 2012

Ghurabaa'.

Pernah dengar alunan nasheed drp sheikh Yaser Brijas? - Ghurabaa'
Apa itu Ghurabaa'? siapakah ghurabaa' itu?

Ghurabaa' tu adalah 'orang asing'

Mereka ni ummat akhir zaman yg kerjanye berjuang untuk islam  tak kala yg lain leka dalam lalai.
Mereka ni tak hirau apa org cakap..mujahadah mereka tinggi pada jalan Allah.
Dan apabila mereka yg lain melihat kepada golongan ghurabaa' ni mereka rasa pelik, mereka dilihat asing.
Apa yg mereka pakai, apa yg mereka buat..segala sunnah yg cuba ditegak..golongan ramai akan melihat ia sebagai suatu yg pelik.


Rasullah SAW bersabda :

Islam bermula dalam keadaan dagang dan ia akan kembali dalam keadaan dagang. Maka  (syurga) kepada para pedagang

Para sahabat bertanya kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Siapakah para pedagang itu.

Di dalam riwayat Imam Tirmidzi menyebut, Rasullah SAW bersabda: Iaitu golongan yang menghidupkan kembali sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia.

Di dalam riwayat Imam Ahmad dan Tabrani : Mereka ialah suatu kaum yang kecil di kalangan kaum jahat yang ramai di mana orang yang menentang mereka lebih ramai dari mentaatinya.

     

Dari Abu Hurairah R.a, bahwa Rasulullah S.a.w bersabda:

 Pertama kali muncul, Islam dianggap asing (gharib), nanti dia akan dianggap asing lagi seperti awalnya. Maka, beruntunglah orang-orang terasing itu. (HR. Muslim No.145. Ibnu Majah No. 3986. Abu Uwanah dalam Mustakhraj No. 221. Ath Thabarani dalam Al Awsath No. 7493, dari Abu Said Al Khudri. Al Qudhaâi dalam Musnad Asy Syihab No. 982, dari Ibnu Umar. Abu Jaâfar Ath Thahawi, Musykilul Atsar No. 588, dari Anas bin Malik )


Dalam riwayat lain, dari Abdurrahman bin Sannah R.a,   dia mendengar bahwa Rasulullah S.a.w bersabda:

      
Pertama kali muncul, Islam dianggap asing (gharib),  kemudian dia akan dianggap asing lagi seperti awalnya. Maka, beruntunglah orang-orang terasing itu. Ditanyakan: Wahai Rasulullah siapakah ghuraba itu? Beliau menjawab: Orang-orang yang melakukan perbaikan ketika manusia merosak.(HR. Ahmad No. 16094. Ibnu Baththah, Ibanah Al Kubra No. 30, dari Abu Hurairah. Alauddin Al Muttaqi Al Hindi, Kanzul Ummal, No. 1201. Dishahihkan oleh Syaikh Al Albani, lihat As Silsilah Ash Shahihah No. 1273 )


Hari ni dah boleh dilihat akan perkara ni.
Apabila sesuatu yg baik cuba dilakukan, ditonjolkan..ia dilihat pelik.
Umat islam itu sendiri seperti malu menonjolkan identiti islam mereka, cara berpakaian yg sebenar, cara kehidupan mereka.
ramai kini lebih suka pada pakaian keduniaan, cara hidup yg tidak berlandaskan islam. mereka sukakan kepuasan dan kecantikan yg takkan kekal, suka pada pujian manusia.

lihat saja pada mereka yg tidak bertutup aurat..kita seperti lali, seperti ia bukan lagi kesalahan yg harus dipandang, dengan wanita yg tak menutup aurat dengan sempurna, lelaki pun sama dgn slua pendeknya. kita seperti tidak merasa pelik dengan smua ni.
Tapi, Bila ada yg berserban berjubah atau berpurdah, atau yg cuba mengamalkn sunnah..mata2 manusia akan tertumpu, seperti itu suatu yg bukan kebiasaan zaman.


So guys, Let's be a Ghurabaa'.
Jalannya tak mudah,
Mujahadahnya perlu tinggi melangit.
Tapi Allah sentiasa membantu org2 yg cuba menegakkan jalanNya inshaAllah.
Moga sesama kita termasuk dalam golongan yg diredhai Allah. 

No comments: