Wednesday, March 26, 2014

MH370: Ujian buat semua

Peristiwa MH370.
Tragedi yg berlaku untuk menguji.
Ujian yg bukan sahaja pada keluarga mangsa, tapi juga pada pemimpin negara, juga pada seluruh rakyatnya..kita semua.

Ujian kehilangan yg tersayang buat keluarga mangsa, menguji rasa sabar dan mengajar reda.
Juga medan uji buat pemimpin, mmberi gambaran pada dunia akan bagaimana kepimpinannya, bagaimana beraksi ketika saat genting.
Dan ujian juga buat kita, bagaimana kita mencerna berita dan menyebarnya.
Ada yg memilih utk berdiam dan tunggu..mereka tahu yg memastikan sahihnya berita itu perlu.
Dan ramai pula yg memilih utk mengutip segala sumber tak kira salah benarnya, lalu menyebar pula ia..berlumba seperti aku serba tahu segala.
Pakar2 penerbangan segera pun muncul, dan teori2 konspirasi juga bak cendawan selepas hujan, mendidik minda utk menjadi paranoid, lupa mengejar pada apa yg sebenarnya perlu.

''Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.'' QS: Al-Hujraat (6)

No comments: