Saturday, June 5, 2010

Minda ini,..perlu lebih terbuka




" if today is not today..then what day is today? "

Soalan sebenar adalah bukan sekadar pada soalan itu..tapi pada bagaimana kita mentafsir, melihat soalan itu. Kebanyakan akan melihat ia sebagai satu soalan yang mengelirukan dan memeningkan kerana mereka berada di dalam satu ruang litup yang hanya menamakan hari itu dengan hari Isnin - Ahad..dan mereka melihat jika hari ini adalah hari selasa, mana mungkin ia boleh bertukar kepada hari lain. Sedangkan jawapannya adalah begitu dekat, iaitu HARI LAIN, "If today is not today..then, today is another day ". Cara kita berfikir sebenarnya banyak dipengaruhi oleh apa yang telah ditetapkan oleh sekeliling, atau keadaan atau suatu penyataan yang kita menerimanya sehingga kita tidak lagi nampak pendapat yang lain,sehingga ia menyekat peningkatan kita untuk berfikir lebih. Apa yang kita patut lakukan adalah dengan membuka seluas-luasnya ruang minda kita agar dapat berfikir dan cuba melihat dari semua sudut dan tidak dipagari oleh sesuatu yang boleh membantut pemikiran kita.

Satu lagi keadaan, Seperti melihat sebuah gelas yang separuhnya diisi dengan air, jika ditanya apa yang dilihat pada gelas itu, mungkin sebahagian daripada anda akan menjawab," saya melihat air yang memenuhi separuh gelas", tapi pada pandangan sebahagian yang lain pula mungkin akan menjawab,"saya melihat separuh gelas adalah kosong diisi udara ". Dan kedua-dua jawapan itu adalah betul dan tidak perlu lagi bergaduh tentang jawapan siapa yang tepat. Oleh sebab itu, dalam melibatkan diri dengan dunia manusia atau dalam menjalani kehidupan yang mungkin kita yakin laluan ini adalah sebaik jalan bagi kita, perlu juga kita mendengar pandangan sebelah pihak yang lain, pandangan itu mungkin agak berbeza dari kita, dan seharusnya kita mempertimbang, membanding dan menilai dengan sebaiknya dan bukanlah menolak mentah kerana terlalu berpegang kepada apa yang dipegang selama ini.

Kesimpulannye, Seharusnya kita cuba lah sedaya untuk membuka minda, cuba untuk tidak melimitkan pemikiran kita malah cuba untuk melihat dari segenap sudut serta mampu menerima pendapat yang berlainan dan bukanlah mementingkan ego dan rasa pandai dalam diri. ^_~

No comments: