Thursday, April 21, 2011

The Perished Nation: Kaum Thamud dan kesan tinggalan mereka.



Ku jadikan buku 'the perished nation' karangan Harun Yahya sebagai sumber.
Ku tak nak bincang tentang tafsirannya akan tempat Allah dalam buku karangan beliau, 'where is god' yg menimbulkan persoalan bukan saja pada ku, mungkin ramai juga pembaca yg kat luar sana.
tu topik yang berbeza.
 Dia adalah Seorang tokoh ilmuan islam yang berjasa, tapi dia juga manusia biasa..bisa melakukan kesalahan. Jadi kita ni jangan la ambil sketol smua skali termasuk yg salah pun. Cedok apa yang patut, tinggal apa yang tak patut.
Dia masih lagi salah seorang tokoh yg ku kagumi.

Ok. back to the real topic.!





Kalau diikutkan memang ramai dah tau, pernah dengar tentang kisah kaum thamud @ kaum nabi salih a.s ni kn.
Post ni sebagai ulangkaji balik la kot..dan mungkin ada juga yang belum tau, ni nak kasi tau.
Ku lebih menekan akan bukti tinggalan kaum tsamud, serta fakta sejarah tentang mereka kat sini.

Allah swt berfirman : “Katakanlah: “ Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah)." (Ar-Rum : 42)


Dan ini adalah kisah kaum thamud sebagai peringatan bagi kita yang masih diberi nikmat hidup, masih diberi peluang untuk perbaiki diri.


The Thamud (also) rejected (their) Warners. For they said: "What! a man! a Solitary one from among ourselves! shall we follow such a one? Truly should we then be straying in mind, and mad!" "Is it that the Message is sent to him, of all people amongst us? Nay, he is a liar, an insolent one!" Ah! they will know on the morrow, which is the liar, the insolent one! (Surat al-Qamar:, 23-26)

Seperti yang tercatit dalam alQuran sejak lebih kurang 1500tahun dulu, Kaum thamud ni telah menolak seruan   yang dibawa Nabi salih a.s..lalu mereka ditimpakan balasan oleh Allah.

Penemuan oleh ahli arkeologi akan bekas penempatan di selatan tanah arab telah membuktikan akan kebenaran alQuran.

Komuniti al-Hijr yang disebutkan dalam alQuran dikatakan adalah kaum tsamud.
Nama lain bagi kaum tsamud ni adalah Ashab al-Hijr.
'Tsamud' ni merupakan nama kaum, al-Hijr ni pla merupakan nama bandar tempat diorg tinggal.
Seorang Greek geographer yang bernama Pliny bersetuju akan ini, dia cakap yang Domatha dan Hegra terletak dikawasan tersebut, lalu membentuk bandar al-hijr ni.

Sumber yang tertua selain quran yang refer kat kaum tsamud ni adalah laporan kemenangan perperangan Babylonian King, Sargon II (8th Century BC), yang menewaskan kaum tersebut dalam kempen perperangannya ke utara tanah arab.
Greeks pun ada refer kaum ni dengan nama 'tamudaei' dalam penulisan Aristo, Ptolemy dan Pliny.
Diorang telah lenyap sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi, lebih kurang dalam 400-600 AD.






Dalam alQuran ada disebut bersama kaum tsamud dan kaum ad.(kaum nabi Nuh a.s).
Nabi salih a.s memberi peringatan kepada kamu tsamud supaya mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi ke atas kaum Ad yang sebelum mereka. Ini menunjukkan seperti kaum tsamud dan kaum Ad mempunyai perkaitan.


To the Thamud people (We sent) Salih, one of their own brethren: He said: "O my people! worship Allah: ye have no other god but Him" "And remember how He made you inheritors after the 'Ad people and gave you habitations in the land: ye build for yourselves palaces and castles in (open) plains, and carve out homes in the mountains; so bring to remembrance the benefits (ye have received) from Allah, and refrain from evil and mischief on the earth." (Surat al-Araf: 73-74)

Mereka mempunyai perkaitan dalam history mungkin, atau culture.
Walaubagaimana pun, kedudukan geografi yang agak terpisah antara kedua2 kaum ini memustahilkannya,
Jadi, kenapa kedua2 kaum ni dikaitkan dalam satu ayat tersebut?

Persoalan tersebut akhirnya terjawab.
Kedudukan geografinya mungkin agak mengelirukan kita, tetapi Sumber sejarah mengatakan mereka sememangnya mempunyai perkaitan yang amat rapat, mereka dari keturunan yang sama.



Britannica Micropaedia menulis tentang kedua2 kaum ini dibawah tajuk 'thamud':
In ancient Arabia, tribe or group of tribes that seem to have been prominent. Although the Thamud probably originated in Southern Arabia, a large group apparently moved northward at an early date, traditionally settling on to the slopes of Jabal (Mount) Athlab. Recent archaeological work has revealed numerous Thamudic rock writings and pictures not only on Jabal Athlab, but also throughout Central Arabia.


Tulisan yang dijumpai di selatan tanah arab (tempat tinggalnya kaum Ad) hingga ke kawasan hijaz agak mempunyai persamaan dengan  Smaitic alphabet (yang dipanggil Thamudic).
Smaitic alphabet ni telah dikenal pasti di kawasan tengah utara yaman (kawasan penempatan kaum Tsamud) yang mana sempadan ke utara Rub'al Khalil, ke selatan hadramaut dan ke barat shabwah .

Sebelum ni kita memang dah tau yang kaum Ad tinggal di selatan tanah arab. Walaubagaimana pun, agak signifikan apabila ada tinggalan kaum tsamud (yang diketahui tinggal di kawasan utara) dijumpai dikawasan tinggalan kaum Ad, terutama sekali dikawasan hadramites, dimana tempat keturunan Ad tinggal, malah tempat  bandar kaum Ad didirikan. Ini sudah cukup menjelaskan apa yang dinyatakan dalam alQuran yang kaum tsamud sebagai pengganti kaum Ad:

To the Thamud people (We sent) Salih, one of their own brethren:
He said: "O my people! worship Allah: ye have no other god but Him..." (Surat al-Araf : 73)

And remember how He made you inheritors after the 'Ad people and gave you habitations in the land (Surat al-Araf: 74)





Konklusinya,
kaum tsamud akhirnya musnah. Semua binaan mereka yang tampak hebat itu langsung tidak mampu melindungi mereka daripada balasan yang diturunkan oleh Allah. Sebagai balasan bagi mereka yang menolak kebenaran.

Kalau tengok cite hollywood, 'Transformers: The revenge of the fallen,' tu..Kawasan penempatan kaum tsamud tu la terkurungnya 5 primes, dalam bangunan yang terukir pada gunung tu la..Hehe..siut je kn~..karut tak abis2~. =.=!

Tapi, aku memang kagum dengan kekuasaan Allah.
Hebatnya ilmu Allah, aku tak tau orang zaman sekarang mampu ke tak ukir gunung sampai jadi macam tu.
Such a piece of art.~



Credit to 'theperishednations.com'

No comments: